Chapter sebelummya...
"Awak tak apa-apa ke?" tanya lelaki tersebut kepadanya.
Dia memandang ke arah lelaki tersebut. Lelaki tersebut mempunyai rupa paras yang begitu menggugat iman. Lelaki tersebut mempunyai wajah yang sangat kacak dan bentuk badan yang boleh menarik perhatian para wanita, termasuk lah dia. Akan tetapi, dia seorang lelaki.
"Sa-ya tak a-apa-apa. Te-terima ka-kasih selamat sa-ya." balas dia kepada lelaki tersebut.
Sama-sama. Nama saya Daichi. Boleh saya tahu nama awak?" katanya memperkenalkankan diri sekaligus bertanya namanya.
"Na-nama saya ....." hanya suara kecil sahaja yang keluarkan olehnya.
"Apa dia? Tak dengarlah."
"Nama saya Firash."
CHAPTER 14
Written by : Raiz4YouAuthor's Point of View
Firash berjalan pulang ke kelasnya. Kejadian tadi asyik berlegar-legar di mindanya.
"Abang Daichi..." seperti dia sudah di lamun cinta kepada Daichi.
Flashback
Semasa Firash berjalan pulang ke kelas bersama Daichi, banyak cerita yang diborakkan oleh mereka.
"So, umur abang 17 tahun? Abang lagi tua daripada saya tiga tahun." kata Firash kepada Daichi.
"Yup, ni tahun terakhir abang berada di sekolah." balas Daichi kepada pertanyaan yang diberikan oleh Firash.
"Jadi Firash tak boleh jumpa abang lah lepas ni?" kata Firash dengan nada sedikit muram.
Daichi memandang Firash lalu tersenyum."Boleh je kalau Firash nak jumpa. Nanti abang bagi alamat rumah abang."
"Boleh ke kalau Firash nak pergi rumah Abang?" tanya Firash ragu-ragu.
"Boleh je... Sebab Firash dah jadi adik angkat abang."kata Daichi lalu mencuit hidung Firash.
"Sejak bila?"
"Sejak tadi."Daichi tersengih.
Flashback end
Firash masih memegang kertas yang berisikan alamat rumah Daichi. Dia tersenyum. Tapi kemudian muram kembali apabila mengingati bahawa Daichi tidak akan lagi bersekolah disini.
Setelah sampai ke kelasnya, Cikgu dan murid kelasnya memandang ke arah Firash.
"Lambat kamu balik kelas Firash. Pergi mana?" ucap Puan Maridah iaitu guru Bahasa Melayu di kelasnya.
"Saya sakit perut tadi cikgu. Sebab tu lama sikit." tipu Firash kepada cikgu.
"Ok, kamu boleh kembali ke tempat duduk kamu."
"Terima kasih, cikgu."
Firash berjalan kembali ke tempat duduknya. Pembelajaran pada masa seterusnya berjalan dengan lancar.
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat. Firash mengemas buku di atas mejanya lalu di masukkan ke dalam begnya. Bunyi bising di depan pintu kelas membuatkan Firash mengalihkan pandangannya ke arah bunyi bising tersebut.
Kelihatan Daichi sepertinya sedang menunggu seseorang. Tapi dia dikelilingi oleh budak perempuan kelasnya. Firash tidak mengetahui bahawa Daichi adalah lelaki yang terkenal di sekolahnya.
'Apa yang abang Daichi buat kat sini? Mungkin abang Daichi tunggu aku kot...' bisik kecil hati Firash. Tapi Firash tak berani untuk pergi ke arah Daichi.
'Mungkin dia tengah cari orang lain kot. Tak mungkin punya aku yang dia cari. Lagipun kitaorang baru je kenal.' bisik Firash sekali lagi. Tanpa melengahkan masa lagi, dia terus berjalan menuju pulang ke rumah.
Tiba-tiba, kedengaran seperti ada orang menjerit namanya.
"Firash!" Firash memandang ke arah suara tersebut. Rupa-rupanya si Daichi yang memanggil namanya. Daichi mula membuka langkah untuk menuju ke arah Firash.
"Abang cari saya ke?" tanya Firash apabila Daichi telah sampai didepannya.
"Aah, abang nak hantar Firash balik boleh tak?" tanya Daichi ke Firash.
Firash ingin menyetujui cadangan tersebut akan tetapi, dia teringat akan adiknya.
"Saya ok je tapi kena telefon adik saya dulu. Mana lah tahu dia belum balik." kata Firash kepada Daichi. Daichi hanya mengangguk.
Firash mendail nombor adiknya. Panggilannya di angkat oleh adiknya.
"Hello adik. Adik dah balik ke?"
"Adik dah balik lama dah. Kenapa tanya?"
"Abang nak balik dengan senior abang ni."
"Ohh, ok ok. Kalau macam tu, adik letak panggilan dulu lah. Kesian senior abang tunggu lama-lama. Kalau ada apa-apa terjadi, roger adik. Bye-bye!"
Panggilan telefon diletakkan baegitu sahaja sebelum Firash sempat berkata apa-apa. Firash memandang ke arah Daichi lalu berkata,"Adik saya dah balik. Jom kita gerak balik."
"Ok cun! Jom." kata Daichi sambil menarik tangan Firash. Budak perempuan yang berada di situ cemburu kerana Firash rapat dengan Prince Charming mereka.
Setelah sampai di tempat letak kereta, Firash memandang Daichi dengan penuh tanda tanya. Daichi yang melihat muka Firash pun mengatakan bahawa yang dia membawa kereta ke sekolah.
"Abang pandai pandu kereta!?" tanya Firash.
"Aah, dari umur 16 tahun abang dah pandai pandu kereta. Kenapa tanya?" jawab Daichi sambil bertanya kembali.
"Ayah dengan adik saya tak pernah bagi saya pandu kereta atau motor. Mereka takut saya jatuh. Padahal saya lelaki."
Daichi memandang Firash lalu berkata,"Mereka takut awak terluka kot." tapi berbisik di dalam hati,'Memang patut pun diaorang takut. Awak tu dah lah lemah, mereka takut perkara buruk berlaku kat awak.'
Mereka memasuki kereta milik Daichi. Semasa dalam perjalanan menghantar Firash punya, tidak ada perbincangan dilakukan. Hanya alunan musik dari radio sahaja yang kedengaran.
Setelah sampai di rumah, Firash mengucapkan terima kasih kepada Daichi kerana sudi menghantarnya.
"Terima kasih abang Daichi sebab hantar saya."
"Sama-sama." balas Daichi sambil tersenyum.
Firash membuka pintu kereta lalu keluar dari kereta tersebut. Sebelum dia sempat keluar dari kereta, Daichi memegang pergelangan tangannya.
"Boleh abang masuk dalam rumah Firash?" tanya Daichi.
"Hmmm, boleh je. Kalau nak masuk, mari lah."
Daichi melepas pergelangan tangan Firash. Dia terus keluar dari perut keretanya. Mereka pun menuju ke rumah milik ibu bapanya Firash.
"Minta maaf kalau tak selesa. Buat macam rumah sendiri tau. Abang tunggu kat sini kejap. Saya nak pergi salin baju."
Daichi hanya mengangguk lalu melabuhkan punggungnya ke sofa yang berada di ruang tamu. Melihat di sekitar ruang tamu tersebut, banyak kenangan yang terukir di situ. Dinding-dinding di ruang tamu tersebut penuh dihiasi gambar Firash dan keluarganya.
Daichi tidak menyedari kehadiran Firash yang telah siap menyalin pakaiannya. Firash melihat Daichi seperti termenung.
"Abang tengok apa tu?"
TBC
Nah, triple up. Sakit jari author menaip. Hahahaha!! By the way, nak chapter baru lagi? Sila tunggu minggu depan ya. Gurau ii.
By,
Raiz
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
ActionYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...