Chapter 4

3.4K 151 14
                                    

Chapter sebelumnya...

Kalau diaorang bantah atau berkhianat pada aku, cuma satu benda yang aku lakukan, iaitu bunuh.

Selepas mendengar arahan tersebut, anak buah aku bergegas keluar dari ruang kerja aku. Aku melihatnya keluar dari ruangku dengan tergesa-gesa.

Aku termenung seketika kemudian menyeringai sendirian.

"Kau akan jadi Milik aku selamanya, little bunny." kata ku dan selepas itu aku ketawa dengan sangat kuat.

CHAPTER 4
Writen by : Raiz4You

Pada keesokan harinya,

Firash's Point of View

Aku terbangun dalam keadaan terkejut. Aku melihat bahagian bawah ku, basah.

"Serius ah? Aku mimpi basah dengan mamat tu? Apa nak jadi dengan aku ni?" Kata aku dalam keadaan yang masih tak percaya.

Semalam aku bukan main lagi sepak dia punya 'tu' kuat-kuat lepas tu harap mandul, tapi sekarang, aku mimpi basah dengan dia?

Ahhhh! Persetankan jelah benda tu. Aku tengok jam loceng aku. Aku dah lambat!

Aku bergerak ambil tuala dan terus pergi bilik air. Mandi wajib lah. Lepas siap mandi semua, aku pakai baju yang sesuai dengan cita rasa ku.

Aku pergi ke dapur untuk mengambil sekeping roti sebagai sarapan pagi aku. Lepas itu, aku bergerak ke depan pintu rumah. Selesai keluar dari rumah, aku mengunci pintu rumah ku.

Sebelum bergerak ke kafe tempat ku bekerja, aku memandang langit seketika.

'Aku harap hari ni lebih baik daripada semalam....'




























Tetapi tidak.

Selepas sampai di tempat kafe ku, aku ternampak mamat semalam berada di depan kafe tempat ku bekerja.

"Asal pula mamat ni depan kafe?" kata hati ku gusar melihatnya.

Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus je lalu depan dia. Persetankan lah dia nak tangkap aku ke sebab aku tendang dia punya.

Aku meluru masuk ke dalam kafe. Aku tengok Kak Sara a.k.a manager kafe ni memandang aku dengan muka tertanya-tanya.

"Asal Firash lambat hari ni? Selalu tak macam ni pun..." tanya Kak Sara pada aku.

Untuk pengetahuan korang, aku ni 'The Best Employee' in this cafe. Selalu datang awal, tak pernah mintak cuti dan lagi satu, aku ni bekeja keras dalam melakukan tugas.

Bukan nak bangga diri, tapi tu lah kenyataannya.Back to the main subject,

"Sorry lah Kak Sara, semalam ada benda buruk dah jadi kat Firash tu yang Firash lambat bangun tu..." Kata aku sambil membuat puppy eyes.

"Tak pe... Akak faham..." katanya pada aku.

Aku melihatnya bergerak ke arah pintu masuk kafe. Aku pun tanya lah dia nak pergi mana.

"Akak... Akak nak pergi mana tu?" tanya ku dengan muka blur.

"Ohhh... Akak nak pergi jumpa pemilik kafe ni. Dia kata dia nak tahu perkembangan kafe ni." Aku mendengarnya berkata 'pemilik kafe'.

Jadi, ni bukan Kak Sara punya lah? Aku ingat ni Kak Sara punya kafe. Tiba-tiba aku teringat mamat yang berdiri depan pintu kafe tadi.

Aku cakap kat Kak Sara,"Akak, hati-hati tau, tadi kat luar tu ade orang gila."

"Hmmmm, ok lah. Dah, pergi kerja sana." kata Kak Sara mengiyakan perkataan ku.

"Ok lah Kak... Hati-hati tau!" kata ku padanya.

Aku mula bergerak menuju ke bahagian dapur. Aku sebenarnya bekerja sebagai pencuci dan juga pembancuh air.

Selepas beberapa minit bekerja, aku melihat Kak Sara memandang ku dengan muka sedih.

"Akak kenapa ni?" tanya aku kepadanya.

"Maafkan Akak, Firash. Akak terpaksa pecat kamu." kata Kak Sara yang membuat ku terkejut dengan ucapannya.

"Ta-Tapi Kak, sa-saya tak buat salah pun..." kata ku memohon supaya dia tidak memecatku. Aku tak nak hilang karier aku yang aku pegang selama 1 tahun ini.

"Maaf Firash tapi ni arahan pemilik kafe ni... Akak tak boleh buat apa-apa..." kata Akak meminta maaf pada ku.

Aku berasa geram dengan pemilik kafe ni. Kau dah lah tak jaga kafe lepas tu ada hati nak pecat orang macam tu je. Ni yang aku marah ni!

"Siapa pemilik kafe ni! Meh sini Firash ajar dia!" kata aku dalam keadaan geram.

"Aku pemilik kafe ni." suara seseorang lelaki yang sangat maskulin menyahut ku.

Aku melihat ke arah suara tersebut.
Rupa-rupanya pemilik kafe ni...































Si mamat gila tadi!

Aku berjalan ke arah dia lalu memegang kolar dia dan berkata,

"Ohhh... Jadi kau lah pemilik kafe ni? Aku ingat kau tak faham bahasa melayu, rupa-rupa kau faham! Jadi, apa masalah kau nak pecat aku? Aku elok-elok je kerja kat sini, tup-tup kau datang sini pecat aku macam tu je! Kau ingat kau siapa hah!?" kata ku di depan mukanya.

"Aku siapa? Aku pemilik kafe ni lah. Suka hati aku lah nak pecat pekerja aku. Yang kau, apa masalah kau dengan aku?" katanya dengan bongkak.

Boleh pula di cakap yang aku ada masalah dengan dia? Dia yang ada masalah dengan aku!

"Hei! For your information, kau yang ada masalah dengan aku! Bukan aku!" kata aku dengan sekuat-kuatnya.

Pelanggan yang berada di kafe mula memandang ke arah kami. Ada yang merakam dan ada juga yang berbisik-bisik.

Aku yang tengah panas hati ni mula lah nak marah si mamat gila tadi. Tapi mengingatkan tentang reputasi kafe ni, aku mula berundur.

"Akak, saya tarik diri. Saya dah tak nak jadi pekerja kafe ni lagi." kata ku sambil memandang muka mamat tu tadi.

Sebelum aku bergerak keluar, aku berbisik di sebelah dia, " muka je hensem, tapi perangai macam babi!" sambil berjalan keluar dari kafe.

Tanpa aku sedari, si mamat tadi mengukir seringai di mukanya.

Daichi's Point of View

Aku memandang ke arah little bunny yang pergi keluar daripada kafe ku. Aku tak sangka yang dia bekerja di kafe milik aku.

Semakin mudahlah untuk aku dapatkan dia. Tak sangka rancangan aku tadi berjaya.Aku akan pastikan yang kau akan menjadi milik aku, Little Bunny.

TBC

So, hope korang enjoy story ni. Sorry kalau tak best. Setiap kesilapan pasti mempunyai sebab. Sampai berjumpa lagi di next update! Adios!

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now