Chapter sebelumnya...
'Budak ni dah tidur ke?' bisik kecil hati Daichi.
Diachi melihat ke arah Firash. Kelihatan Firash sedang tertidur dengan matanya yang sedikit berair. Daichi mengelap air mata tersebut.
Daichi melepaskan Firash dari dakapannya. Dia meluru keluar dari keretanya dan menuju ke arah tempat duduk Firash.
Dia mengangkat Firash lalu membawanya ke bilik tidur miliknya. Untuk bagasi, dia menyuruh para anak buahnya untuk dimasukkan ke dalam rumah.
Dia meletakkan Firash perlahan-lahan di atas katil supaya tidak mengejutkannya. Dia memandang ke arah muka Firash, lalu memberikan kecupan singkat di pipi kanannya lalu berkata,
"Sweet dream, Baby."
CHAPTER 9
Written by : Raiz4YouFirash's Point of View
Aku terbangun. Aku melihat keadaan sekeliling. Terasa seperti asing untuk diri aku.
Aku melihat di sisi kiri ada jam loceng. Aku melihat sekarang sudah pukul 4.00 petang.
Aku merasakan gerakan kecil di sisi kanan katil. Aku memandang ke arah tersebut dan melihat Daichi sedang tidur beralaskan lengannya.
Aku yang berasa kasihan tersebut mengejutkannya untuk tidur di atas katil.
"Tuan? Ohhhh Tuan... Bangun... Meh sini tidur atas katil. Nanti badan Tuan sakit." kataku sambil menggoncangkan tubuhnya.
"Ya, kejap lagi mama.. Lagi 5 minit...." mengigau Daichi dalam tidurnya.
Aku yang tak faham apa yang diucapkan oleh Daichi mengerutkan dahi. Aku mengejutkannya sekali lagi.
Kali ini, aku menggunakan cara yang sedikit ekstrem."Tuan... Bangun! Ada kebakaran! Cepat Tuan!" jerit aku dalam nada yang agak perlahan.
Aku melihat Daichi bangun kelam kabut dalam keadaan mamainya.
Ingin aku ketawa, tetapi aku menahannya."Cepat panggil bomba! Cepat!" kata Daichi dalam keadaan mamai.
Aku yang melihat gelagatnya tersebut tidak dapat menahan ketawa. Tanpa sengaja, aku melepaskan tawa ku yang tidak dapat ditahan lagi.
Daichi memandang ke arah aku. Dia mengerutkan dahinya dan cuba memproses apa yang sebenarnya berlaku. Tiba-tiba, Daichi memandang aku dengan pandangan tajam. Tawa ku terhenti apabila diberikan pandangan seperti itu. Rasa takut menyelubungi diri aku. Ini ke pandangan yang selalu diberikan oleh ketua yakuza jika dirinya telah ditipu? Cuak pulak aku dibuatnya.
Daichi berdiri. Pandangan masih sama, menatap tajam ke arah aku. Aku terus memandang ke arah bawah, iaitu memandangi selimut yang menbaluti tubuh aku untuk mengelakkan pandangan tersebut.
Tanpa aku sedari, Daichi merubah pandangannya ke arah aku dengan senyuman.
"Hei... Jangan takut. Saya tak marah lah." kata Daichi ke arah aku sambil menyentuh daguku. Dia mengarahkan muka aku untuk menatap dirinya.
"Tapi tadi Tuan pandang saya macam nak bunuh saya. Sebab tu saya takut."
Ucapku kepadanya."Saya saja je tu. Ingat awak tak takut. Rupa-rupanya awak takut. Saya minta maaf okay?" kata Daichi sambil meminta maaf padaku.
Aku hanya menganggukkan kepala sebagai tanda menerima permintaan maafnya. Tiba-tiba, aku teringat pasal kejadian yang menimpa aku tengah hari tadi. Badan aku menggigil.
Daichi yang melihat aku menggigil terus memeluk aku untuk menenangkan diri aku. Untuk seketika, aku berasa selesa dengan pelukan Daichi dan perasaan takut yang menyelebungi diri aku hilang begitu saja.
"Kenapa ni? Teringat pasal tadi ke?" Daichi bertanya ke arah ku. Aku hanya menganggukkan kepala ku.
"Dah tak ada yang perlu dirisaukan lagi. Awak kan ada saya. Saya akan jaga awak dengan nyawa saya." kata Daichi.
Walaupun kitaorang cuma couple sehingga aku selamat dari gangguan Ichika dan abang nya, tapi Daichi memperlakukan aku seperti cinta matinya.
Aku ingin mengatakan sesuatu akan tetapi, kedengaran deringan telefon di gegendang telinga aku membatalkan niat tersebut.
Aku dan Daichi mencari dimana deringan tersebut. Rupa-rupanya deringan tersebut datang dari telefon Daichi yang berada di atas meja. Daichi bergerak ke arah telefon tersebut lalu mengangkat panggilan tersebut.
Daichi's Point of View
Aku melihat nombor panggilan yang tidak diketahui oleh aku. Aku mejawab panggilan tersebut.
'Hello?'
'Well, Don't you remember me Daichi?" kedengaran suara lelaki garau diseberang sana. Aku kenal suara ni.
"Kau nak apa dari dia Kenzo?" kata ku dalam keadaan geram.
"Aku cuma laksana perintah dari adik kesayangan aku. Tapi tak sangka pulak yang budak dia suruh bunuh tu comel." kata Kenzo di seberang sana.
Aku terdiam dalam keadaan marah.
"Jadi, daripada aku bunuh dia, lebih baik aku rampas dia dari kau. Aku nak jadikan dia sebagai budak seks aku." sambung Kenzo lagi.
"Kau ni memang nak kenakan !? Jangan kau berani apa-apakan dia, kalau tak, aku bunuh kau dengan tangan aku sendiri."kata ku dalam keadaan marah.
"Marah nampak, relax ah brother. Macam kau berani je nak bunuh aku. Hahahaha."
Aku mendengus kemarahan terhadap ucapan yang dilontarkan kepada aku itu tadi. Kau ingat aku tak berani bunuh orang ke?
"Well, ni sebagai peringatan sebab kau putuskan tunang dengan adik aku. So, get ready to suffer." kata Kenzo dan terus mematikan panggilan tersebut sebelum aku sempat berkata apa-apa.
Aku hanya terdiam selepas panggilan tersebut. Aku melihat ke arah Firash yang memandangku dengan mukanya ketakutan.
Ni mesti sebab suara aku yang macam marah orang tadi. Sekarang ni aku dah buat kesayangan aku ketakutan.
"Jangan buat muka macam tu. Saya minta maaf sebab tinggi kan suara saya okay?" minta ku padanya.
Aku tak tahu kenapa aku selalu minta maaf kepadanya. Aku ni ketua Yakuza. Mana pernah meminta maaf pada orang lain. Tetapi, dengan Firash, senang saja aku mengucapkan maaf kepadanya. Mungkin aku telah jatuh pada pesonanya.
Aku memandang dia. Mukanya kelihatan seperti sudah tidak takut pada aku lagi. Aku bernafas lega. Tapi pertanyaan Firash membuatku terkedu seketika.
"Tadi awak cakap dengan siapa?" tanya Firash pada aku.
Aduh, macam mana ni? Tak kan aku nak jawab abang Ichika yang telefon aku untuk memberi peringatan kepada dirinya. Aku tak nak buat dia takut lagi. Aku meletakkan tangan aku di dagu dia lalu mengarahkan kepalanya memandang aku.
" Sebenarnya, yang telefon tadi ......."
TBC
Sorry for a late update and kalau chapter ni pendek sangat. Ni je yang author mampu bagi untuk korang. Jumpa in the next update reader. Adios!
By,
Raiz
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
ActionYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...