Chapter 35

2.3K 68 26
                                    

Chapter sebelumnya...

"Jangan bergerak! Kalau tak, aku tembak budak lelaki ni." Kenzo bersuara dengan lantang. Langkah Daichi beserta anak buahnya terhenti untuk menyelamatkan Firash. Namun, Daichi cuba maju ke hadapan tanpa menghiraukan amaran yang Kenzo berikan.

"Dorrr!!" bunyi tembakan membuat semua mata memandang ke arah suara tersebut.

"Daichi!!"

CHAPTER 35
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

Dingin. Suram. Itulah suasana yang sedang melanda di kawasan tanah perkuburan Firash datangi. Manakala Firash, masih lagi dalam keadaan berduka cita dengan air matanya yang mengalir tanpa berhenti.

Sepasang tangan kini menyentuh bahu Firash. Firash memandang ke arah belakang lalu berdiri dan memeluk sang empunya tangan.

"Calm down little bunny, it's okay, you have me. Let the past, be past." Daichi mula menggosok belakang badan Firash untuk menenangkan dirinya. Firash yang sedang menangis itu kini kian reda. Firash dapat merasakan ketenangan yang datang ketika Daichi memeluknya.

"Have you finished visiting your family grave?" tanya Daichi kepada Firash. Firash mengesat air mata lalu menganggukkan kepala.

"Now, it's time to get back home." Daichi mula membuka langkah sambil tangannya menggenggam tangan Firash. Firash melihat muka Daichi yang mempunyai bekas parut di bawah pipinya kini teringat kembali masa lampau yang telah dia hadapi.

Flashback...

Daichi yang telah terkena peluru tembakan dari Kenzo di bahagian perutnya kini terbaring lemah menyembam tanah.

Firash yang melihat keadaan yang berlaku kepada Daichi kini menjerit dengan sekuat hati, "Daichi!!!" lalu berlari ke arahnya. Firash memangku kepala Daichi di atas pehanya.

"Abang, jangan tinggalkan Firash." kata Firash sambil tangannya menutup tempat tembakan Kenzo untuk memberhetikan pendarahan.

"Promise with me Firash, you will always be happy even without me. Promise?" balas Daichi sambil menahan rasa sakit.

"No, Daichi. I wouldn't be happy if you weren't with me. Please hold on a little longer." kata Firash dengan matanya berkaca-kaca.

Daichi menggagahkan dirinya untuk mengangkat tangan lalu menyentuh pipi Firash dan berkata,"I love you, Firash." sambil tersenyum. Firash yang menerima perlakuan tersebut kini menjatuhkan air matanya yang telah dia tahan sejak tadi.

"I love you too, Dai-" belum sempat Firash menghabiskan kata-katanya, tangan yang memegang pipinya kini jatuh. Firash yang menangis kini memandang ke arah Daichi. Mata Daichi... Tertutup.

"A...bang?" Firash mula mengalihkan tangannya untuk menepuk pipi Daichi. Tapi, tidak ada gerak balas atau pergerakan yang ditunjukkan oleh Daichi.

"Abang..." Firash menangis sejadi-jadinya. Kenzo yang melihat kejadian tersebut mengambil peluang untuk melarikan diri. Tepat sahaja dia sampai di depan pintu, kelihatan anak buah Daichi telah menunggunya di situ.

"Where do you think you're going, Sir?" kata Hayato sambil tersenyum.

"Shit." umpat Kenzo kini terperangkap dalam permainannya sendiri.

Kedengaran bunyi siren kereta polis dan ambulan di luar sana. Kemudian, datang beberapa anggota polis menahan Kenzo dan Ichika dari melarikan diri.

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now