Chapter 29

1.6K 77 6
                                    

Chapter sebelumnya...

Kenzo berjalan menuju ke arah pintu pejabat Daichi. Tentu sahaja ingin keluar dari pejabat bekas kawannya. Sebelum dia keluar dari pejabat Daichi, dia memandang ke arah Daichi sambil berkata, "So, don't act like your so important to him." sebelum dia menyeringai lalu menutup pintu pejabat Daichi.

Daichi duduk kembali setelah melihat pemergian Kenzo dari pejabatnya. Memikirkan semula perkataan yang dilontarkan oleh Kenzo membuatnya marah dan juga terdiam bersamaan.

"I want you guys to call Shiro. Tell him don't let Firash go out anywhere. This is an order from me." kata Daichi kepada anak buahnya. Tentu sahaja mereka mengikut arahan ketua mereka.

"Just wait and see, Kenzo."

CHAPTER 29
Written by : Raiz4You

Firash's Point of View

Sedang sibuk aku berborak-borak dengan anak buah Daichi, kedengaran deringan bunyi telefon pintar bergema memenuhi ruang tamu. Shiro mengambil telefon pintarnya lalu meminta izin menjawabnya.

"Excuse me." Aku memandang ke arah Shiro yang mula berganjak dari sofa yang berada di ruang tamu menuju jauh dari pandangan kami. Aku memandang ke arah Hayato dan Minato.

Selepas makan tengahari tadi, aku ajak malaun bertiga ni borak-borak dengan aku. Literally, aku bosan hidup. Eh salah. Aku kebosanan sebab aku punya telefon berada kat dalam kereta Daichi. So....here we are.

Tapi tadi baru je Shiro berlalu pergi sebab nak jawab panggilan. Dan berakhirlah aku disini dengan bunyi cengkerik dan hawa dingin yang mencengkam walaupun dah masuk pukul 2:18 petang. Aku rapat dengan Shiro, tapi dengan Hayato dan Minato, kurang sikit. Muka diaorang bertiga memang kacak tapi, muka Minato ada parut kat bahagian pipi manakala badan Hayato penuh dengan tattoo.

Macam mana aku boleh tau yang badan Hayato ada tattoo? Sekarang ni dia tengah pakai baju t-shirt lengan pendek. Jadi, aku boleh nampak. Well, macam mana nak start conversation kalau tak ada orang yang nak mulakan dulu?

Sebagai seorang lelaki tulen yang gagah berani, aku akan mulakan percakapan antara aku dan mereka. Tapi, aku nak cakap pasal apa?

"Uhhh... Awak berdua dah ada girlfriend ke? Or... Boyfriend?" ragu-ragu juga aku nak tanya. Ini saja yang dapat muncul dalam kepala otak aku. Sungguh tidak berguna kau wahai otak.

Kesunyian melanda pertanyaan yang sangat tidak cerdik yang aku berikan. Aku memandang kearah mereka berdua. Kelihatan muka Minato merah menahan malu manakala Hayato, hanya berdiam diri tidak bersuara.

'Uishh, muka macam tu pun boleh blushing eh?' bisikku dalam hati. Aku memandang ke arah Minato. Minato memandang ke arah lain, tidak mahu menatap ke arah aku mahupun Hayato. Something fishy here....

Aku pandang ke arah Hayato pula. Dia boleh pula buat muka selamba badak tak kisah kan pertanyaan aku.

"Jadi, awak berdua ada ke tak?" tanya aku kembali kepada mereka berdua. Dan seperti apa yang aku sangkakan, tidak ada bunyi dari mereka berdua. Sibuk melakukan hal sendiri dan berada dalam dunia sendiri. Adakah aku ini cuma nyamuk yang mengganggu acara kesenangan mereka?

Bercakap pasal yang aku menjadi nyamuk ni, tiba-tiba aku terfikirkam sesuatu. Tadi, masa aku tanya mereka  yang mereka dah ada girlfriend or boyfriend, muka Minato menjadi merah seperti tomato dan Hayato, diam seperti tunggul. Adakah ini bermaksud yang mereka ni....

Aku memandang ke arah mereka berdua silih berganti. Dan tentu sahaja gelagat aku ini menarik perhatian mereka berdua. Mereka memandang pelik ke arah aku.

"Ahh..." aku membuka suara. Kelihatan muka Hayato tenang sahaja tapi Minato, gemuruh seperti telah tertangkap basah. "Kamu berdua ke-" pertanyaan aku terhenti apabila suara Shiro memanggil nama aku.

"Mr. Firash..." Kelihatan muka Shiro begitu serius memanggil nama aku. Aku merasakan ada benda yang tak kena.

"I've got something to tell you." muka dia serius sangat ni. Takut pula aku nak dengar apa yang dia nak bagitahu.

"From now on,..." perkataannya terhenti disitu. Aduh, tak kuat aku nak dengar. "...you can't leave this house without supervision and permission. This is an order from our big boss." sejurus sahaja Shiro berkata begitu, aku terpana. Tentu sahaja aku terkejut. Aku tak boleh tinggalkan rumah agam ni tanpa izin dan juga pengawasan mereka bertiga?

Aku tak boleh duduk diam dalam rumah macam orang tak ada kerja. Tapi, aku memang tak ada kerja pun. Aku kan sekarang kerja jadi orang gaji dekat rumah agam ni. Lagipun, sekarang aku dah pindah kat rumah agam ni, jadi tak ada sebab aku nak tinggalkan rumah ni.

Tapi, takkan aku nak duduk kat dalam rumah ni tanpa buat apa-apa? Setiap kali aku nak buat kerja atau bersihkan rumah agam ni, mesti mereka bertiga dah siapkan atau selesaikan. Aku jadi macam menyemak pula hidup kat rumah agam ni.

Tengah aku sibuk menerawang dengan khayalan dan perlawan batin aku, aku dikejutkan dengan suara Hayato yang memanggil nama aku.

"Hey Mr. Firash, are you ok?" tanya Hayato kepada aku.

"I'm... ok. Well, not quite actually." kata aku. Mesti Daichi tak benarkan aku keluar rumah agam ni keseorangan sebab masalah yang tengah melanda aku ni.

"Tapi, saya faham apa yang Daichi yang lakukan. Dia lakukan macam ni untuk keselamatan saya." kata aku kepada mereka.

"Your right about the word you said earlier. Maybe there is a reason why did he do this to you." Shiro berkata kapada aku untuk menceriakan lagi keadaan.

"Tapi, apa yang saya nak buat dalam rumah agam ini. Kalau semua perkerjaan saya awak bertiga dah lakukan, tak kan saya nak jadi tunggul batu kat dalam rumah ni?" Mereka bertiga diam mendengar apa yang diperkatakan oleh aku.

"You can play with us." Ucap Minato kepada aku.

"Tak kan itu sahaja yang boleh saya buat dalam rumah ni?" tanya aku kepada mereka bertiga.

"Just do what you want in this house." kata Hayato. "But for this time, just listen what big boss want you to do and remember what Shiro just said." sambungnya lagi.

"Don't go out alone from this house."

TBC

Saya tahu yang cerita ini makin bosan. Dan kalau perasan cara penulisan saya lain, sila bagitahu tau.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now