Chapter 17

1.8K 75 13
                                    

Chapter sebelumnya...

Aku melihat kereta abang Daichi berlalu pergi dari kawasan rumah kami. Tiba-tiba, adik aku menarik tangan aku menuju ke biliknya. Selepas masuk ke dalam biliknya, dia terus menutup pintu biliknya supaya aku tidak lari.

"So, terangkan pasal apa yang abang cakap kat adik tadi." aku menelan ludah. Menyesal aku beritahu dia yang aku sukakan abang Daichi.

"Sebenarnya...

CHAPTER 17
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

Firash bangun dari tidur lenanya. Melihat jam yang menunjukkan pukul 6.00 pagi menandakan yang dia perlu bersiap-siap untuk ke sekolah. Dia bergegas mengambil tuala lalu mandi. Seusai mandi, dia menyalin pakaian, menggapai beg sandangnya dan turun ke bawah untuk pergi ke sekolah.

Semasa keluar dari bilik, dia terserempak dengan adik dia,Farish yang mukanya kelihatan seperti ingin meminta maaf. Firash memandang tajam adiknya lalu turun ke bawah tanpa menghiraukan adiknya yang berada di depannya. Hati dia masih lagi sakit disebabkan perkataan adiknya yang membuatkan dirinya sedar yang dia tidak boleh berada di sisi sesiapa pun. Kejadian yang berlaku malam tadi kembali berulang di ingatannya.

Flashback

"Sebenarnya... Abang suka dekat abang Daichi." kata Firash kepada adiknya.

Keheningan melanda seketika. Kemudian, kedengaran bunyi tawa di dalam bilik tersebut. Firash memandang ke arah adiknya. Adiknya sedang mentertawainya.

"Serius lah bang? Abang tak setaraf dengan dia kot! Hahaha!" ucap adiknya sambil ketawa.

Firash kelihatan seperti menahan amarah dan malu. Sanggup adik dia cakap kat dia macam tu.

"Suka hati abang lah! Bukan ada kena dengan kau pun."balas Firash.

Farish berhenti ketawa. Dia memandang abangnya dari atas ke bawah. Lalu dia berkata,"Cuba abang tengok diri abang tu. Abang dah lah introvert, pendiam pulak tu. Abang Daichi tu popular orangnya. Tak nak dia dengan kau bang. Membosankan." perkataan tersebut menusuk hati Firash.

Firash merasakan dirinya memang seorang introvert, tapi tidaklah seperti apa yang disangka kan oleh adik. Tanpa Firash berfikir panjang, dia terus menampar adiknya.

"Aku tahu yang aku ni membosankan, tapi kau dah melampau dik!" lantas dia keluar dari bilik tersebut.

Flashback End

Firash mengambil sehelai roti keping lalu di masukkan ke dalam mulut. Farish, adiknya Firash mengambil tempat duduk disebelahnya. Keheningan begitu mencengkam di ruangan dapur tersebut. Aura janggal memenuhi ruangan dapur. Ibu mereka yang perasaan akan keheningan yang begitu tidak normal merasa ada benda yang tidak kena dengan mereka berdua. Selalunya, mereka akan berborak bersama, akan tetapi, pada hari itu, senyap sahaja mulut mereka.

'Mesti ada benda yang tak kena ni.' kata ibu mereka dalam hati.

Selesai sahaja sarapan, tanpa melengahkan masa lagi, Firash terus berjalan keluar dari dapur lalu menunggu ayahnya bersiap-siap untuk menghantar mereka. Sebelum itu, dia bersalaman dengan ibunya tanpa mengucapkan apa-apa pun.

Setelah Firash keluar, giliran Farish pula.Belum sempat Farish menyalami ibunya, ibunya memegang bahunya lalu berkata,"Kamu ada buat salah dengan abang kamu ke?"

Firasat ibu tak pernah salah. Farish hanya mengangguk. Dia tahu yang dia telah membuat abangnya terluka.

"Minta maaf dengan abang kamu. Kamu tahu kan yang abang kamu cepat tersentuh kalau cakap benda yang boleh sakitkan hati dia?"ujar ibu pada Farish. Farish termenung. Mungkin apa yang dia cakap semalam itu menyakitkan hati abangnya.

Selesai sahaja menyalami ibunya, Farish bergegas ke arah kereta lalu memasukinya. Kereta pun mulai bergerak. Sampai sahaja mereka di sekolah, Firash menyalami ayahnya dan terus keluar dari kereta. Farish turut keluar dari kereta.

Firash berjalan laju menuju ke kelas. Dia berharap yang dia tidak terserempak dengan abang Daichi atau adiknya di sekolah.

Sampai sahaja dia di kelas, terus sahaja dia duduk di bangku kerusinya. Pembelajaran pada hari itu berjalan dengan lancar.

Waktu rehat pun telah tiba. Firash hanya duduk di kelas. Dia tidak ada selera untuk menjamu makanan. Firash sedang menyiapkan kerja sekolahnya. Akan tetapi, ada bayangan yang menghalang penglihatannya dari arah depan. Firash memandang ke arah kelibat tersebut. Dia ingin marah tetapi tidak jadi kerana abang Daichi lah yang menghalang pandangannya.

"Firash boleh jumpa abang tak balik sekolah ni kat belakang sekolah?" tanya Daichi kepada Firash. Firash diam.

"Kalau tak boleh, tak apa. Abang tak paksa pun." kata Daichi lagi.

Firash menganggukkan kepalanya pantas. Daichi tersenyum.

"Ok, abang tunggu kat belakang sekolah nanti. Tata." Daichi berlalu pergi sambil melambaikan tangannya. Firash membalas lambaian tersebut. Nasib baik classmate dia semua turun ke kantin. Dia memikirkan apa yang ingin dibicarakan oleh Daichi sampai perlu berjumpa di belakang sekolah.

Waktu tamat sekolah telah tiba. Deringan loceng menandakan waktu pulang sudah tiba. Murid-murid keluar dari kelas berpusu-pusu. Firash pula mula bergerak ke arah belakang sekolah untuk bertemu dengan Daichi.

Setibanya di belakang sekolah, Firash melihat adiknya dan Daichi sedang menunggunya.

"Ni mesti adik aku bagitau abang Daichi yang aku suka dia." kata Firash lalu berputar balik untuk pulang sahaja ke rumah. Tetapi langkahnya terhenti apabila dia ditahan oleh Daichi.

"Awak nak pergi mana tu. Kan saya nak jumpa awak." aku hanya mendiamkan diri.

"Adik awak ada kata yang dia sakitkan hati awak. Betul ke?" tanya Daichi.

"Awak tanya lah dia sendiri." ucap Firash.

Farish mula berjalan ke arah abangnya. Lalu di pegang telapak tangan abang dan mengucapkan maaf.

"Abang, adik nak minta maaf pasal semalam.Adik terlepas cakap pasal abang dan benda yang adik cakap tu menyakitkan hati abang. Maafkan adik."kata adik Firash sambil memandangnya.

Firash yang sememangnya tidak suka merajuk terlalu lama memaafkan adiknya. Lalu dia berkata,"Ya, abang maafkan adik. Tapi ingat, yang adik tak kan sebut perkataan tu lagi. Janji?"

"Adik janji." ucap adiknya. Daichi yang menjadi penonton di situ mula tersenyum.

"Dah selesai kan?" pertanyaan Daichi dibalas anggukkan daripada kedua beradik tersebut.

"Kalau macam tu, jom ikut abang pergi rumah abang." kata Daichi

"Rumah abang?" tanya mereka berdua.

TBC

I know this story getting weird right now. Hahaha. Macam pelik tapi memang macam tu jalan ceritanya. Anyway, kalau tak best, boleh bagitau author. Nnti author delete story ni dan buat cerita baru. See you guyss.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now