Chapter sebelumnya...
"Boleh abang masuk dalam rumah Firash?" tanya Daichi.
"Hmmm, boleh je. Kalau nak masuk, mari lah."
Daichi melepas pergelangan tangan Firash. Dia terus keluar dari perut keretanya. Mereka pun menuju ke rumah milik ibu bapanya Firash.
"Minta maaf kalau tak selesa. Buat macam rumah sendiri tau. Abang tunggu kat sini kejap. Saya nak pergi salin baju."
Daichi hanya mengangguk lalu melabuhkan punggungnya ke sofa yang berada di ruang tamu. Melihat di sekitar ruang tamu tersebut, banyak kenangan yang terukir di situ. Dinding-dinding di ruang tamu tersebut penuh dihiasi gambar Firash dan keluarganya.
Daichi tidak menyedari kehadiran Firash yang telah siap menyalin pakaiannya. Firash melihat Daichi seperti termenung.
"Abang tengok apa tu?"
CHAPTER 15
Written by : Raiz4YouFirash's Point of View
Daichi memandang ke arah aku. Muka yang tampan itu telah mencuri hati ku sejak dia menolong aku.
"Abang tengok gambar ni hah, semua orang nampak gembira."kata abang Daichi kepada aku.
Aku hanya mampu tersenyum. Aku lupa yang aku tidak menghidang apa-apa makanan atau minuman untuk dijamah oleh Abang Daichi.
"Abang." panggil aku.
"Ya, kenapa?"
"Saya gi dapur kejap tau. Nak buat air untuk abang." kata ku kepadanya.
"Okay." balasnya.
Lantas aku berjalan terus ke dapur untuk membuat air. Sambil membuat air yang ingin diberikan kepada abang Daichi, aku melihat ke arah abang Daichi.
Semakin lama aku memandangnya, semakin jauh aku jatuh cinta padanya. Setelah selesai sahaja aku membuat air, aku terus berlalu pergi ke ruang tamu. Aku cuma membuat segelas air sunquick sejuk.
Setelah menjamu sedikit air yang aku buat, dia memandang ke arah aku. Aku pun memandang ke arahnya. Manik matanya yang berwarna biru laut itu sungguh cantik dan indah jika dipandang dengan dekat.
Aku mengalihkan pandangan aku. Jika dipandang terlalu lama, semakin jauh aku jatuh cinta kepadanya. Aku tidak ingin mengharapkan cinta ku dibalas.
"Abang Daichi." panggil aku tanpa memandangnya.
"Anak mata abang cantik." kata aku dengan pipiku bersemu merah. Aku harap abang Daichi tidak melihat muka aku sekarang.
Abang Daichi mengambil tangan aku lalu menggengamnya.
"Ini kali pertama ada seseorang cakap mata abang cantik." aku memandang ke arahnya.
"Iya ke?"
"Ya, selalu kawan abang cakap yang mata abang ni buruk. Tak cantik. Awak lah orang pertama yang cakap mata abang cantik." pandangnya kepada aku dengan riak muka penuh berterima kasih atas pujian yang dilontarkan oleh mulutku tadi. Aku hanya tersenyum.
Tiba-tiba, riak muka abang Daichi bertukar seperti baru sahaja mengingati sesuatu.
"Abang baru teringat something. Mana ahli keluarga Firash yang lain? Tak nampak pun." Aku ingat abang Daichi nak tanya apa lah tadi.
"Adik Firash ada kat dalam bilik. Tak tahu buat apa entah." ucapku padanya.
"Ayah dan ibu Firash?"
"Tadi ibu ada telefon Firash yang ayah dan ibu pergi pasaraya. Beli bahan untuk makan malam nanti katanya."
"Ohh, Ingatkan Firash duduk rumah ni sorang-sorang." katanya sambil menggosok belakang kepalanya.
" Tak la, Firash-" ucapan aku terhenti apabila adik aku memanggilku.
"Abang! ohhh abang! Adik nak minta to-" kata-katanya terhenti apabila melihat aku dan abang Daichi memandang ke arahnya yang baru sahaja keluar dari biliknya.
Aku memandang adik aku tajam. Adik aku hanya membuat muka sambil lewa apabila memandang ke arah aku tetapi pandangannya bertukar menjadi teruja apabila melihat abang angkat aku, abang Daichi.
"Jap! Ni abang Daichi ke!?" kata adik aku teruja kepada Daichi. Aku melihat abang Daichi hanya mengangguk.
"Wahhh, dapat jumpa depan mata lah. Nama saya Farish Razmi . Boleh panggil saya Farish." kata adik aku sambil menghulurkan tangan sebagai tanda pengenalan. Aku melihat abang Daichi membalas huluran tersebut.
"Bestnya dapat jumpa abang depan mata. Rasa gembira pula!" kata adik aku. Aku tak tahan dengan perangai adik aku. Menyibuk hal orang jelah dia ni. Baru nak sweet-sweet dengan bakal boyfriend. Ehh...
"Dah tu, kau kenapa macam kena sawan ni?" sarkastik aku. Adik aku, memandang ke arah aku.
"Kau tak kenal ke tak siapa orang sebelah kau bang?" tanya adik aku pada ku. Aku hanya menggelengkan kepala.
Adik aku mengeluh. Lalu dia berkata,"Orang sebelah abang tu orang popular kat sekolah. Kau tak tahu ke?"
Aku ternganga. Jadi orang sebelah aku ni orang popular kat sekolah? Patutlah tadi ramai budak kelas aku berhimpit nak jumpa abang Daichi ni.Murid terkenal rupanya. Kalau macam tu, mesti aku tak ada peluang untuk dekat dengannya.
Abang Daichi dan adik aku melihat muka aku lalu ketawa. Aku lupa yang tadi aku ternganga lepas dengar pernyataan yang diberikan oleh adik aku. Aku menahan malu.
'Aduh kau ni Firash, tak pandai jaga adab betul. Kan abang Daichi dah ketawa tu. Malunya aku!!' bisik aku dalam hati dengan muka aku yang bersemu merah.
Abang Daichi berhenti dari tawanya. Lalu dia memandang adik aku lalu berkata,"Abang awak memang macam ni ke? Comel lah kalau dia malu." kata abang Daichi kepada adik aku. Adik aku berhenti ketawa.
Dia memandang ke arah aku. Aku melihat mukanya seperti tersenyum sinis.
"Aah lah bang, comel macam perempuan." kata adik aku mengejek aku.
Aku marah. Tahulah aku lebih pendek dari dia, tapi sanggup dia kata abang dia yang kacak dan hensem ni macam perempuan. Biar betul kau ni dik.
"At least aku tak macam kau, suka fikir benda bukan-bukan dalam otak." balas aku kepadanya.
"Apa kau cakap bang? Kau nak adu mulut dengan aku ya? Meh sini. Kita tengok siapa yang menang." cabar adik aku.
Aku terima cabaran dia. Kami beradu mulut tanpa mengingati bahawa abang Daichi berada di rumah kitaorang. Kelihatan abang Daichi ingin meleraikan adu mulut di antara aku dan adik aku.
"Dah lah tu... Jangan lah gaduh lagi." kata abang Daichi tidak di endahkan oleh kami berdua.
Tiba-tiba, kedengaran suara perempuan menjerit ke arah kami bertiga.
"Hei! Hei! Apa yang bising-bising ni?"
Aku, adik aku dan abang Daichi memandang ke arah suara tersebut.
TBC
Hmmm, ok lah ni kan? Sorry for making you guys waiting this story to be update for so long and sorry kalau chapter ni tak best. Author kehabisan idea. Anyways, see you guys in this Saturday. There will be a supriseee! Just kidding.
By,
Raiz
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
ActionYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...