Chapter 13

1.9K 85 7
                                    

Chapter sebelumnya...

Dia hanya terdiam. Tidak mampu menbalas balik kata-kata adiknya. Mungkin ada yang benar juga apa yang diperkatakan oleh adiknya.

Ucapan adiknya masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Boleh stress kalau fikir lama-lama. Tiba-tiba, kedengaran ibu mereka memanggil mereka berdua.

"Abang! Adik! Mari sini makan malam."

"Ibu dah panggil tu, jom turun bang." ajak adik kepadanya. Mereka turun ke bawah lalu menuju ke dapur.

Kelihatan ayah mereka sudah berada di meja makan tersebut. Ayah memandang ke arah dia.

"Kenapa muka abang macam tu?"

CHAPTER 13
Written by : Raiz4You

Author's Point Of View

Dia menggigil sebentar. Suara ayahnya yang kedengaran sedikit garang bertanya kenapa dia mempunyai lebam di muka membuat dirinya sedikit takut.

"Ohh.. Tadi dia cakap kat sayang yang di kena bola yang di tendang oleh kawannya." kata ibunya menjawab soalan ayah sambil menghidangkan lauk di atas meja.

Dia menarik nafas lega. Nasib baik ibunya tolong dia menjawab.

"Ohh, lain kali hati-hati. Jangan buat ayah risau. Dah tak cantik dah anak kesayangan ayah ni. Hahaha!" kata ayah sedikit menasihatinya dan sedikit membuat lawak tentang kecantikan yang dipunyai oleh dirinya.

"Ayah, abang tak cantik lah! Abang hensem!" balas dia tidak terima akan ucapan yang dilontarkan oleh ayahnya.

Dia berjalan mengambil tempat duduk di meja tersebut. Adiknya mengambil tempat di sebelahnya.

"Sejak bila anak ayah yang seorang ni hensem? Adik kamu je yang hensem. Muka kamu tu comel." kata ayah.

Dia tidak terima apa yang dikatakan oleh ayahnya. Kalau adiknya yang cakap, dia masih boleh terimanya. Ini tidak, ayahnya pun ikut mengatakan bahawa mukanya comel.

Muka masam terpampang di muka dia. Lalu, dia memandang ke arah adiknya yang duduk di sebelahnya. Kelihatan muka adiknya sedang menahan ketawa.

"Adik!" adiknya melepaskan tawanya yang ditahan dari tadi.

"Maaf bang! Tak boleh tahan! Hahaha!" kata adiknya sambil ketawa.

"Ibu! Tengok ayah dengan adik tu. Saja nak sakat abang!" kata dia kepada ibunya.

"Dah, jangan gaduh depan rezeki. Tak baik." kata ibu tersenyum sambil menyediakan nasi dipinggan.

"Betul la apa yang saya cakap tu. Si abang ikut awak, si adik pula ikut saya." kata ayahnya sambil membuat thumb-up kepada adik lalu adik membalasnya.

"Dah lah tu, jangan sakat abang lagi. Tengok tu, merajuk dah dia." Dia hanya menunjukkan muka cemberutnya.

"Alolo... Jangan merajuk lagi ye abang. Ayah gurau je." kata ayah sambil memujuk dia.

Dia hanya mengangguk. Dia sedar yang mukanya memang comel. Terpaksa lah dia menerima kenyataan.

"Adik pun minta maaf."

"Dah, tak payah nak buat drama dekat meja makan. Sekarang mari kita makan." kata ibu.

Setelah ibu selesai duduk, mereka semua menadah tangan. Ayah mula membaca doa makan. Meja makan menjadi sunyi sepi. Tiada perbincangan atau adu mulut dilakukan. Seusai makan, dia bergerak ke bilik untuk tidur.
Dia membaringkan badannya di atas katil lalu memandang ke arah atap rumah berharap yang esok menjadi lebih indah daripada hari ini.

Pagi menjelma, dia terbangun dari tidurnya. Melihat angka yang berada di jam tidur menandakan telah masuk pukul 6 pagi, dia terus mandi dan menyalin baju sekolah. Jam menunjukkan pukul 6.25 pagi. Masih terlalu awal untuk dia pergi ke sekolah.

Bauan haruman nasi goreng menerpa hidung dia. Lantas dia menuju ke arah dapur. Kelihatan ibunya sedang memasak.

"Ibu masak apa tu?" tanya dia walhal telah mengetahui apa yang dimasak oleh ibunya.

"Ibu masak nasi goreng. Abang tolong rasa sikit, dah cukup masin belum?" aku mengambil sudu lalu mengambil sedikit nasi goreng itu dari kuali.
Aku terus menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulut.

"Panas! Panas!" dia terlupa yang nasi goreng tersebut baru sahaja selesai di masak. Dia hanya mengancungkan ibu jarinya mengatakan bahawa nasi goreng tersebut cukup rasa.

"Pergi kejut adik dengan ayah sana. Suruh cepat salin baju lepas tu turun bawah sarapan sama-sama." arah ibu kepadanya.

Dia hanya menurutinya sahaja. Seusai sahaja memanggil mereka berdua, dia turun ke bawah kembali lalu duduk di kerusi meja makan tersebut.

Ayah dan adik datang kemudian. Muka mereka memang hampir sama. Masih hensem sebelum dan selepas tidur. Dia cemburu.

Sarapan pagi itu berjalan dengan lancar. Tiada drama yang dilakukan pagi itu. Setelah sarapan, dia dan adiknya bergerak ke sekolah manakala ayahnya pergi bekerja.

Sampai di sekolah, semuanya berjalan seperti biasa. Tetapi, ketika rehat, dia telah dibawa paksa oleh pembuli semalam. Dia dibawa ke stor sukan lama. Pintu stor ditutup.

"Apa yang a-awak se-mua nak bu-buat ni?" tanya dia ke si pembuli.

"Well, kau tahu tak?" dia hanya menggeleng. Air matanya ingin jatuh dari kelopak matanya.

Si pembuli tersebut memegang dagu dia."Kau ni comel sangat. Sampai aku tak tahan nak rogol kau."

Dia menangis, lalu berkata, "Ja-jangan rogol sa-saya!"

"Siapa je yang mampu tolong kau sekarang ni? Tak ada sesiapakan? So, terima jelah nasib kau." semakin kuat tangisannya.

Sebelum si pembuli sempat membuka bajunya, tiba-tiba pintu stor dibuka.

"Kenzo, jangan kau berani apa-apakan dia! Kalau tak, aku laporkan kepada guru perbuatan kau ni!" kata seorang murid di depan pintu stor tersebut.

Si pembuli tadi yang bernama Kenzo memandang ke arah lelaki tersebut.
Dia memandang sinis,"Tak payah nak jadi hero sangat lah. Dah lah geng, jom blah!"

Sempat Kenzo menyinggul bahu lelaki tersebut. Lelaki tersebut menuju ke arahnya.

"Awak tak apa-apa ke?" tanya lelaki tersebut kepadanya.

Dia memandang ke arah lelaki tersebut. Lelaki tersebut mempunyai rupa paras yang begitu menggugat iman. Lelaki tersebut mempunyai wajah yang sangat kacak dan bentuk badan yang boleh menarik perhatian para wanita, termasuk lah dia. Akan tetapi, dia seorang lelaki.

"Sa-ya tak a-apa-apa. Te-terima ka-kasih selamat sa-ya." balas dia kepada lelaki tersebut.

Sama-sama. Nama saya Daichi. Boleh saya tahu nama awak?" katanya memperkenalkankan diri sekaligus bertanya namanya.

"Na-nama saya ....." hanya suara kecil sahaja yang keluarkan olehnya.

"Apa dia? Tak dengarlah."

"Nama saya Firash."

TBC

So guys, author rasa chapter ni sedikit pelik. Hahahah. Tapi tak pe. Yang penting author dah tulis.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now