Chapter sebelumnya...
Sampai je dekat ruang tamu, dia pun berhenti tanpa bagitahu aku. Hampir-hampir aku nak langgar dia.
Kemudian, dia berbalik badan ke arah aku dan berkata,"Awak dah tahu kan tempat kerja awak kat mana? Jadi, esok awak dah boleh mula kerja."
Disebabkan aku sekarang pekerja dia, jadi aku kena hormat dia. Aku tukar panggilan aku-kau kepada saya-tuan.
"Faham, tu-" Kata ku tertangguh disebabkan ade suara lain.
"Sayang!"
CHAPTER 6
Writen by : Raiz4YouAuthor's Point of View
Firash dan Daichi memandang ke arah empunya suara tersebut.
Firash nampak seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 20-an di hadapan pintu utama. Firash memandang si mamat di sebelahnya tersebut.
Firash melihat muka Daichi seperti tidak menyukai kehadiran si perempuan tersebut.
"Ichika, apa kau buat kat sini?" kata Daichi dalam bahasa jepun.
"Lah, nak jenguk tunang sendiri pun tak boleh ke?" kata perempuan tersebut yang bernama Ichika.
"Kita dah putus tunang Ichika! Kau tak faham-faham lagi ke?" kata Daichi dalam keadaan marah.
Firash hanya melihat perbualan dua orang manusia tersebut. Dia nak masuk campur, tapi tu lah, tak pandai bahasa jepun.
"Tak, kita tak putus tunang!" kata Ichika dengan mata kemerahan dan berair.
Firash berasa kasihan terhadap perempuan yang sepertinya tengah dimarahi oleh Daichi.
"Ya, kita dah putus tunang sebab kau curang!" kata Daichi,"Kau main dengan lelaki lain bila aku pergi kerja luar negara. Nasib baik masa tu aku nampak kalau tak,merana aku sebab kena tipu dengan kau." sambungnya lagi.
"Tapi tu dulu, tak kan awak nak ungkit balik?" kata Ichika.
Firash yang dari tadi duduk diam mula bergerak ke arah Daichi untuk menanyakan topik perbualan antara Daichi dan Ichika.
"Ahhh... Tuan, tuan cakap dengan dia pasal apa?" bisik Firash dan disebabkan Daichi ni Boss kepada tempat yang dia kerja nanti, terpaksa lah dia bahasakan Daichi tu 'Tuan'.
Daichi tak menjawab. Dia cuma terpegun sebab cepat betul Firash menukarkan panggilan dia. Dia tak kisah pun kalau Firash nak cakap dengan dia guna 'aku-kau'.
Kemudian, Daichi memandang ke arah Ichika. Tiba-tiba muncul satu idea di otaknya.
"Kau tau tak Ichika? Kau memang tak sesuai dengan aku." kata Daichi kepada bekas tunangnya.
"Kenapa?" kata Ichika dengan matanya yang berair.
Daichi memandang ke arah Firash. Kemudian, dia memandang semula ke arah Ichika lalu berkata,"Sebab aku dah jumpa seseorang yang lebih baik dari kau."
Ichika memandang ke arah Daichi dengan matanya yang berair, "Siapa dia?"
Daichi menarik lengan Firash. Firash yang masih blur dengan perbincangan dua manusia jepun terkejut akan tarikan daripada Daichi.
"Dia lah sekarang ni cinta hati aku." ucap Daichi sambil tangannya berada di pinggang Firash.
Ichika memandang tidak percaya ke arah Daichi. Dia tak sangka tunang dia jadi gay.
"Dengan budak tu!?" kata Ichika dengan geram sambil menunding jari ke arah Firash.
Firash yang masih terkejut dengan tarikan tangan oleh Daichi semakin terkejut sebab perempuan tu menunding ke arahnya. Dalam hatinya berkata,'Apa salah aku?'
Ichika mengelap matanya. Kemudian dia memandang ke arah Firash dan berkata,"Kau akan terima akibatnya!" sambil menuju keluar dari ruang utama rumah tersebut.
Firash yang dari tadi blur akan kejadian tersebut mula memandang ke arah Daichi untuk menerangkan apa yang berlaku sebenarnya.
Daichi sebenarnya tidak ingin memberitahu Firash tentang apa yang berlaku tadi tetapi muka Firash yang comel itu membuatkan pertahanan dia runtuh.
Jadi Daichi mula bercerita dari apa yang berlaku dan siapa perempuan tersebut.
"Sebenarnya macam ni...
"... macam tu lah ceritanya." cerita Daichi panjang lebar. Tidak lama selepas itu, terdengar jeritan daripada Firash.
"Apa dia!?" jerit Firash betul-betul di hadapan Daichi. Mula-mula Firash tak percaya yang mamat ni dah pernah bertunang.
Tapi ada ke patut dia kata kat depan bekas tunang dia yang si Firash ni kekasih hati dia?Hell no! Firash pun tak suka kat dia, ada hati nak claim yang si Firash ni kekasih dia.
"Aku jadi kekasih hati kau? Kau gila ke apa? Tak nak aku jadi kekasih hati kau." kata Firash yang membuatkan hati Daichi remuk.
"Lagi satu, apa yang perempuan tu cakap kat aku sebelum dia keluar dari rumah ni?" tanya Firash ingin tahu.
Daichi yang masih remuk terhadap ucapan Firash tadi terdiam sebentar lalu berkata,"Dia suruh awak berjaga-jaga sebab dia nak balas dendam."
Firash yang mendengar ucapan bossnya terkedip-kedip mata.
"Dan lagi satu, abang perempuan tadi tu seorang yakuza." sambung Daichi lagi.
Mulut Firash terlopong besar. Dia tak sangka yang dia akan terlibat dengan yakuza punya hal. Dia memandang Daichi dengan renungan tajam. Kemudian Firash bertanya kepada Daichi,"Apa nama kau?" sambil tersenyum.
"Nama saya Daichi Akihito. Panggil je saya Daichi." kata Daichi tanpa ragu-ragu.
Firash mengambil nafas yang panjang lalu menjerit,"Daichi Akihito!" tanpa menghiraukan status Daichi sebagai bossnya.
Daichi yang mendengar jeritan tersebut mula mengambil langkah untuk melarikan diri. Dalam hatinya berkata,'Habislah aku kali ni!'
"Mari sini kau!" jerit Firash sambil berlari mengejar Daichi.
Di tempat lain, kelihatan seorang perempuan dan seorang lelaki sedang membualkan sesuatu perkara yang serius.
"Abang, adik nak abang hapuskan budak yang dah ganggu rancangan adik untuk dapatkan balik Daichi." kata Ichika kepada lelaki tersebut.
"Baiklah, untuk adik abang, semuanya abang sanggup lakukan." kata lelaki tersebut yang merupakan abang kepada Ichika.
"Sayang abang."Kata Ichika sambil memeluk abang nya.
Setelah itu, Ichika menyeringai lalu tersenyum kerana penghalang untuk dirinya mendapatkan Daichi akan mati tak lama lagi.
"See you in Hell, Bitch Boy"
TBC
First thing, author mintak maaf sebab chapter ni pendek sangat. Author dah tak ada idea macam mana nak sambung cerita ni. Sorry untuk reader yang menunggu cerita ni. Please vote and comment. See you soon guys.
By,
Raiz
YOU ARE READING
Let Me Go, Stupid Yakuza!
ActionYakuza, Mafia, Gangster dan seangkatan dengannya. Tidak pernah dia memikirkan yang dirinya akan terlibat permasalahan dengan orang seperti begitu. Muhammad Firash Rizqi, seorang jejaka yatim piatu yang sebelumnya hidup dengan tenang kini berhadapan...