Chapter 26

1.6K 86 16
                                    

Chapter sebelumnya...

"Now, what will we do?" tanya Minato yang sedari tadi mendiamkan diri kini bersuara. Aku memandang sekeliling dapur. Mencari jam dinding di dapur. Aku rasa semua tempat ada jam. Tak tahu kenapa. Firasat je.

Jumpa. Jam menunjukkan 12:30 tengahari. Apa kata kalau aku masakan makanan untuk diaorang?

"How about saya masakan awak semua makanan melayu? Ada berani makan kah?" kata aku mencabar mereka.

Mereka memandang ke arah satu sama lain lalu Shiro berkata,"We're accepted your challenge, Mr. Firash."

CHAPTER 26
Written by : Raiz4You

Firash's Point of View

Aku melihat diaorang bertiga tekun melihat aku tengah masak. Aku memang pandai masak. Sejak setahun yang lalu. Selepas kematian ahli keluarga aku. Ingat balik pasal tu, tiba-tiba rasa nak nangis pula. Tambahan lagi, aku tengah potong bawang. Bawang ni cari masalah betul lah.

'Everything is fine.... I'm fine...' ucap aku dalam hati. Walaupun nak nangis tapi aku tahan air mata aku. Sedikit keluar dari kelopak mata aku.

"Are you ok Mr. Firash?" Aduhai Shiro. Macam mana lah kau boleh tahu yang aku tengah tak ok.

"Saya? Ok je. Bawang ni hah cari pasal." Bawang juga yang aku salahkan. Kesian bawang. Dah lah kena cincang, lepas kena tuduh pula.

'Maafkan aku, bawang.' ampun Firash didalam hatinya.

"Hmmmm, You can let us know if something happened. Maybe we can help you." ucap Shiro dengan senyumannya yang menawan.

Aku hanya meanggukkan kepala aku menanda ya. Walaupun tadi aku cuma terfikir masa lalu aku. Sekurang-kurangnya, sekarang dah ada orang yang sayang aku. Bukan Daichi ya. Aku takkan mengaku yang lelaki yang mesum tu boyfriend aku. Walaupun aku terima tawaran dia. Tapi ni untuk keselamatan aku.

Balik semula kepada benda yang tengah aku buat sekarang, aku tengah potong bawang yang telah aku tuduh tadi. Sekali lagi, aku minta maaf bawang.

Aku nak masak apa? Benda yang pedas, tapi ada lemaknya. Cuba lah teka. Semestinya makanan kesukaan orang Malaysia, Nasi Lemak. Siapa kata yang nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi sahaja? Nasi lemak pun boleh dimakan waktu tengahari lah. Mak aku selalu mas....

Lupakan jelah apa yang aku nak cakap tadi. Tapi memang betulkan nasi lemak ni kegemaran orang Malaysia? Tak kira waktu, nasi lemak adalah kegemaran kita semua. Untuk warga Malaysia actually. Mungkin bukan kita semua, mungkin sesetengah sahaja yang hanya meminatinya.

Seperti aku, yang sememangnya menyukai nasi lemak sejak dari kandungan bayi lagi. Macam aku tahu? Hanya aku yang tahu.

Sekarang aku nak masak nasi lemak resepi mak aku. Bila teringat kembali masakan mak aku, dah lama tak mera...

Aku terdiam. Berhenti, Firash. Jangan fikir benda yang dah berlalu. Teruskan hidup kau yang sekarang ni. Jangan lah mensia-siakannya. Walaupun sekarang kau tengah jadi incaran Yakuza.

Tapi sekarang ni aku rasa macam tak selesa. Aku pandang ke arah belakang. Kelihatan anak buah Daichi yang telah mengambil tempat duduk di meja makan tidak lepas memandang ke arah aku. Merenung aku setajam-tajamnya.

"Umm, boleh tak jangan pandang macam tu? Tak selesa." aku berucap sambil tangan kanan aku mengusap leher aku.

"Sorry. Just wonder what will you cook for us." kata Minato. Pandang mereka beransur pulih seperti biasa.

"Saya nak masak makanan tradisional Malaysia. Kalau tahu, bagus. Kalau tak tahu, duduk diam-diam. Biar saya hidangkan khas untuk kamu semua."

Aku boleh nampak muka diaorang yang berkerut tu. Mesti tengah fikir apa yang nak aku masak.

Aku buat nasi lemak ni yang mudah dan senang punya. Tak lah mengambil masa yang agak lama nak siapkannya.

Cara-cara nak masak nasi lemak versi mak aku senang je. Perkara pertama yang perlu aku buat adalah masak nasi. Halia, bawang putih, bawang besar, santan, daun pandan dan semestinya nasi.

Selesai sahaja aku menanak nasi di periuk nasi, aku beralih pula ke bahagian mengoreng ayam. Kunyit, tepung, sedikit garam dan kalau nak sedap lagi, salut ayam dengan telur.

Minyak yang berada di dalam kuali perlulah berada dalam keadaan panas, tapi bukan panas menggelegak ya. Kalau nak tahu minyak tu dah panas ke belum, boleh lah celup jari kat minyak tu. Tapi tips ni untuk yang pro je. Aku dah pro, jadi aku selalu buat macam ni.

Lepas minyak dah panas, kita celup ayam yang dah disalut tepung. Biar rangup. Jangan gosong-gosong masaknya. Nanti pahit. Lepas rasa ayam tu dah cukup masak, angkat dan toskan ayam tu, biar tak berminyak.

Akhir sekali, sebagai pelengkap nasi lemak, kita mesti letak sambal. Bahan-bahan nak buat sambal, kita mesti ada ikan bilis, lada merah kisar, bawang dan sedikit gula. Kenapa tak letak garam? Sebab ikan bilis dah masin. Jadi garam tidak diperlukan.

Nak tahu sambal dah siap ke belum, tunggu sampai pecah minyak. Dah menggelegak macam gunung berapi nak meletus tu, maknanya dah siap.

Semua dah siap. Sambal yang aku buat pun dah kaw-kaw punya. Aku sebenarnya tak lah cabar diaorang. Saja nak buat macam aku tantang diaorang. Tapi tak sangka pulak yang diaorang ingat aku nak cabar diaorang. Walaupun wasabi datang dari Jepun, tak semua orang Jepun makan makanan pedaskan?

Sekarang aku kena hidangkan mereka nasi lemak buatan air tangan aku. Aku letak semua lauk-pauk yang aku masak di atas meja. Anak buah Daichi memandang ke arah makanan yang telah aku buat. Aku nampak diaorang meneguk ludah.

Aku lupa satu benda. Timun. Ni wajib kena ada kalau makan nasi lemak. Biar berjus gitu. Aku bergerak ke dapur nak potong timun dan mengambil pinggan sekali. Kembali aku ke meja makan, aku mula meletakkan pinggan di depan diaorang. Mencedok nasi untuk diaorang.

Aku melihat anak buah Daichi mula meletakkan sambal dan ayam goreng ke pinggan mereka.

"Jemput makan. Jangan malu-malu. Tak sedap jangan complain. Sedap baru complain."

"Itadakimasu!" kata mereka bertiga. Aku faham maksud dia. Maksud dia, 'Jemput makan' atau 'Saya akan menikmati ini'.

Aku tengok diaorang makan. Aku? Nanti baru makan. Aku nak tengok reaksi diaorang makan nasi lemak.
Mereka bertiga mula menyudu makanan yang berada di pinggan mereka dengan menggunakan sudu. Masuk ke dalam mulut mereka. Mata diaorang membesar. Maksud aku, terbeliak.

Aku mula terfikir, tak sedap ke aku masak? Tiba-tiba, terdengar suara mereka mengatakan,

"Oishī!" dengan serentak.

TBC

Sorry for not updating this story for so long. I'm taking my times in this school holiday. I'm very sorry.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now