Chapter 11

2.3K 94 7
                                    

Chapter sebelumnya...

Aku memandang ke arah mereka. Mereka tersenyum tapi terus menyembunyikannya dengan wajah datar mereka apabila aku memandang diaorang.

Aku memandang ke arah Daichi. Daichi tersenyum lalu memberikan sebuah kecupan singkat di pipi sebelah kanan aku.

Aku terkedu sementara waktu.

"Jaga diri tau." ucapnya lalu berlalu pergi bersama dua anak buahnya.

Jadi disini hanya tinggal aku berserta tiga orang anak buah Daichi. Keheningan memenuhi ruang tamu tersebut.

"Jadi, korang bertiga ni pandai dan faham bahasa Melayu ke?" Tanya aku kepada mereka.

"...

CHAPTER 11
Writen by : Raiz4You

Author's Point of View

"... Well, indeed and we actually can understand what are you saying Mr. Firash." ucap salah seorang daripada mereka. Aku hanya meng-ohh-kannya sahaja. Daichi tipu aku lah ni.

"Jadi... Nak saya cakap dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu supaya kamu semua lebih mudah faham?" tanya aku kepada mereka.

"Suit for yourself Mr. Firash. As long you feel comfortable talking to us."

"Kalau macam tu, saya cakap dalam bahasa Melayu lah. Malas lah nak speaking bagai." kata aku sambil memandang ke arah mereka.

"We don't mind if you want to use any language. As long you are using a language that we can understand."
Aku mengangguk.

"Boleh kita berkenalan dahulu? Nama saya Firash. Umur saya 18 tahun." tanya ku kepadanya seraya mengenalkan diriku.

"We already know your name and age Mr. Firash. My name is Shiro and im 21 years-old. Right next to me is Minato, and his age is just same as mine. On the left side, this is Hayato and he is the older one. He's 23 years-old now." aku hanya mendengar penerangannya dengan penuh teliti.

Kalau dilihat dari luar, diaorang ni nampak macam baik tapi tak tahu lah dalaman diaorang macam mana. Aku tengok diaorang sasa-sasa semua. Tergugat iman aku. Tiba-tiba muncul idea di fikiran aku.

"Nak dengar korang cakap Melayu boleh?" pinta ku pada mereka.

"You want to hear us speaking in Malay language?" Diaorang ni asyik panggil aku  Mr. Firash je. Tak suka lah. Aku masih muda kot.

"Ya dan lagi satu,tolong jangan panggil saya Mr. Firash ye. Panggil saya Firash je." kata aku kepada mereka.

"...But Boss said you are our new bo-" aku memotong percakapannya.

"Itu boss awak yang suruh. Saya tak nak kena panggil macam tu. Tak suka." mereka hanya diam.

"Okay, Firash." hah! Macam ni lah yang aku nak.

"Bila awak semua nak cakap Melayu ni? Tak sabar saya nak dengar." kata aku teruja apabila teringat kembali yang mereka ingin menggunakan bahasa Ibunda Negara ini.

"But promise first that you will not laughing at us if our Malay language is bad." aku angguk. Lalu menunjukkan jari kelingking aku.

"Promise."

"What we want to speak? We don't have any topic to speak with you." kata Shiro pada ku.

"Anything. You guys can ask me anything." ucapku pada mereka.

Kelihatan mereka sedang berfikir. Tapi, aku lihat Hayato seperti patung. Pandangannya sangat kosong. Tiba-tiba, alunan suara yang garau lalu di corong telinga aku.

"Firash dah makan belum?" aku memandang ke arah empunya suara tersebut. Rupa-rupanya suara itu adalah kepunyaan milik Minato.

Aku terdiam. Dari tadi hanya Shiro yang bercakap dari mula perkenalan diaorang sehingga janji tadi. Tapi tak sangka pulak yang Minato ni mempunyai suara yang begitu mantap.

'Tadi tengah hari dah makan. Tapi lepas aksi kejar mengejar yang berlaku tadi, saya tertidur dan belum makan sehingga sekarang.' kata aku tapi hanya mampu diucapkan di dalam hati.

"Firash?" aku terbangun dari mimpi indah ku.

"Ahh.. Dah makan dah." lantas aku menjawab soalan itu.

Aku memandang ke arah Hayato. Mata kami bertembung. Aku merasakan seperti aura yang tidak selesa keluar darinya. Terus ku mengalihkan pandangan daripada menatapnya.

Dia seorang sahaja yang belum mengeluarkan suara. Mungkin malas hendak berbicara kot. Kita kena husnuzan.

Sedari dari tadi, hanya Shiro yang betah bercakap dengan aku. Bosan lah kalau macam ni.

"Sekarang ni kita nak buat apa?" tanya ku kepada mereka. Mereka hanya diam.

Kemudian, aku teringat kembali pasal buku album yang hendak ku lihat isi di dalamnya tersebut. Lantas, aku terus menuju ke bilik Daichi yang berada di tingkat atas.

"Firash, where are you going?" tanya Shiro kepada ku. Mereka ikut berjalan di belakang aku.

"Nak pergi bilik Daichi. Saya nak tengok album gambar yang dia simpan." kata aku sambil berjalan melihat hadapan.

Tidak lagi kedengaran bunyi derapan kaki di belakang aku. Aku menoleh ke arah belakang. Kelihatan mereka berhenti.

"Kenapa berhenti ni? Tak nak ikut masuk ke?" tanya ku kepada mereka.

"We can't enter the private space belonging to the boss as we pleased."kata mereka pada aku.

"Ala, awak semua masuk je, kalau dia marah, nanti saya cakap yang saya ajak awak semua."

"But..."

"Tak ada tapi-tapi. Sekarang jom ikut saya."kata aku kepada mereka. Aku melihat mereka hanya pasrah dengan arahan aku.

Setelah sampai di depan bilik Daichi, aku terus sahaja masuk tanpa melengahkan masa. Anak buah Daichi hanya mengikuti aku dari belakang.

Aku mengambil album tersebut. Lalu melihat isi dalamannya. Album tersebut hanya penuh dengan gambar Daichi ketika ia masih bayi. Gambarnya sungguh comel. Tidak macam sekarang ni, muka ketat je memanjang.

Selak punya selak, jatuh gambar dari album tersebut. Aku ambil gambar tersebut lalu terlihat seperti ada tulisan di bahagian belakang gambar tersebut.

'Happy Memories For Abang Daichi!'

Tulisan tersebut seperti tulisan aku. Serupa. Aku terbalikkan gambar tersebut untuk melihat imej yang berada di hadapan.

Aku terkejut. Gambar yang aku pegang adalah ...




























































... gambar aku sendiri ketika aku masih bersekolah. Kepala aku pening. Ingatan lama kembali muncul di kepala aku. Aku jatuh terduduk.

"Firash? Are you okay?" kedengaran suara Shiro samar-samar. Kepala aku sakit.

Pandangan ku mulai gelap. Ingatan yang telah lama hilang berputar di kepala aku.

"Firash? Firash, wake u-"

Aku rebah ke lantai. Aku pingsan.

TBC

So, another chapter for you guys to read. Sorry kalau bosan. Idea tak ada. Lagipun esok sekolah. Bagi yang masih bersekolah dan ade kelas online, sila masuk kelas tersebut. Kesian cikgu korang dah buat kelas lepas tu tak ada yang masuk. Tu je Raiz nak ingatkan. Lagi satu, sorry buat MC asyik pengsan je. Haahhaah. Pape, roger Raiz. Bubye!

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now