Chapter 21

1.7K 75 8
                                    

Chapter sebelumnya...

"If you want to call him, wait till 11:00 pm or tomorrow. Now, time for you to bath." ujar Shiro. Aku baru perasan yang makanan aku telah pun habis.

"Pukul 11:00 malam? Baik, saya akan tunggu." kata aku. Aku bangun dari katil menuju ke arah bilik air. Welp. Diaorang tak halang aku. Nasib baik. Kalau tak mesti nanti aku dimandikan oleh mereka. Aku harap mata aku bekerjasama malam ni.

CHAPTER 21
Written by : Raiz4You

Firash's Point of View

Seusai sahaja mandi, aku menyalin pakaian yang telah disediakan oleh anak buah Daichi. Nampak sangat yang aku ni macam bayi. Tapi tak apa, ada orang uruskan. Aku membaringkan tubuhku ke atas katil. Aku ngantuk tapi nak telefon Daichi. Saja. Bukan rindu ya.

Aku memandang tiga orang yang masih tetap lagi berdiri di sebelah katil. Aku membuat isyarat tangan menyuruh mereka supaya duduk.

"Duduk jelah. Tak ada siapa marah kalau kamu duduk." mereka hanya menuruti arahan aku. Rasa macam jadi boss pula.

Aku melihat ke arah jam. Well, baru pukul 8:57 malam. Masih ada banyak masa lagi untuk aku menelefon Daichi. Bosan lah kalau tunggu pukul 11:00 malam tanpa buat apa-apa semata-mata nak telefon Daichi. Otak aku bekerja keras memikir aktiviti yang hendak dilakukan sembari menunggu waktu berjalan.

Baca buku? Nope. Aku tak minat. Bersenam? Kau gila ke apa nak aku bersenam malam-malam buta ni? Kalau pagi sikit tu tak apa lah. Main permainan video online? Macam best juga. Tapi, jap. Mana telefon aku?

Aku melihat sekitar bilik Daichi. Seingat aku, telefon aku dalam beg kecil yang aku bawa dari pagi tadi. Jadi mana beg tu? Aku bangun menjauh dari katil. Anak buah Daichi yang tadi duduk kini bangun semula melihat aku berjalan menjauhi katil.Aku mula berjalan ke arah pintu bilik Daichi. Nak cari telefon aku yang mungkin berada di ruang tamu.

"Where are you going Mr. Firash?" Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik, ganggang pintu telah dipegangi oleh sepasang tangan. Aku memandang ke arah empunya tangan tersebut. Siapa lagi kalau bukan Shiro. Dia je yang paling sosial dengan aku.

"Nak pergi ruang tamu." balas aku padanya. Dia memandang ke arah aku. Yang lagi dua anak buah Daichi tu cuma berdiam diri memandang ke arah aku.

"For what?" tanya dia kembali.

"Nak cari telefon saya. Mungkin ada kat ruang tamu." aku mengangkat bahu menandakan aku tidak mengetahui lagi adakah benar telefon aku ada di ruang tamu. Tapi aku merasakan yang telefon aku memang berada di ruang tamu.

"Boleh lepaskan tak?" kata aku cuba melepaskan pegangan tangan Shiro di ganggang pintu. Tapi, macam korang tahu, kekuatan aku tak sebanding dengan dia. Badan dia besar, sasa dan kuat, manakala badan aku kecil, kurus dan juga lemah. Memang tak terlepaslah pegangan dia tu.

"We will find your phone. No excuse." Cis. Macam tau-tau je yang aku nak tolak permintaan dia.

"Suka hati awak lah. Dah, galihkan tangan awak. Saya nak keluar." tangannya masih lagi belum melepaskan ganggang pintu.

"We said, we will find your phone for you. Your stay here and sit down." Kejap. Apa dia cakap? Jadi, aku kena duduk diam kat dalam bilik ni sementara diaorang pergi turun bawah carikan telefon aku?

"Tak. Saya tak terima. Saya nak keluar juga." bantah aku. Apa-apaan sih? Kok jadi protektif banget? Lagian, aku itu udah besar, udah pandai jaga diri.

"Please don't be so stubborn. Just hear what I say. Your safety is our priority." katanya. Tapikan, aku bukan keluar rumah pun. Pergi ruang tamu je kot.

"Tapi, saya cuma pergi ruang tamu je. Alahai tiga ekor budak ni." aku mengeluh. Aku pandang mereka bertiga dengan tatapan sayu. Ini lah yang dipanggil, cutie no jutsu.

Tangan Shiro yang memegang ganggang pintu terlepas dek kerana kecomelan aku yang melebih jangkauan. Yang lagi dua ekor tu terpana. Dah macam batu aku tengok. Tak berganjak langsung. Jangan bangga diri dulu. Sekarang, mari kita keluar dari bilik ni.

Aku mencapai ganggang pintu lalu mengeluarkan diri aku dari bilik puaka tersebut. Aku berlari dan terus berlari. Layaknya seperti dikejar oleh hantu.

"Wait Mr. Firash! That is an illegal moves!" aku mengendahkan jeritan Shiro, Minato dan Hayato yang sedang mengejar aku dari belakang. Aku lari sekeliling rumah agam ni. Kan besar, jadi aku lari daripada ditangkap oleh tiga orang tersebut. Aku terlupa matlamat sebenar aku yang ingin mencari telefon kesayangan.

Lebih dari 1 jam lebih yang diaorang bertiga tak dapat tangkap aku. Walaupun badan aku ni kecil, jangan sangka aku lembap lari ya. Aku ni dulu no.1 juara rumah sukan bila ada pertandingan lari.

Tapi kan, asal sunyi semacam je ni? Diaorang dah pergi ke? Aku meninjau kawasan rumah. Tak ada orang. Mana diaorang pergi?

Aku keluar dari tempat persembunyian aku. Aku sembunyi kat dalam bilik mana entah. Rumah agam ni banyak sangat bilik. Aku berjalan keluar dari bilik yang ku jadikan sebagai tempat sembunyi ku.

Berjalan ke arah ruang tamu, seraya memerhatikan keadaan sekitar, tidak ada tanda yang menunjukkan bahawa adanya kehidupan disini. Eh? Dah hilang atau diaorang tengah sembunyi juga ke? Kalau main sembunyi-sembunyi pun, tak kan semua sembunyi? Habis siapa yang cari?

Sampai sahaja di ruang tamu, memang tak ada tanda kelibat ketiga-tiga anak buah Daichi yang dititipkan olehnya pada ku. Aku mengingati kembali kenapa aku lari dari diaorang ek? Lupa lah. Ok, aku ingat. Aku nak cari beg yang berisi kan telefon aku. Apalagi, aku mengeledahlah ruang tamu ni. Bukan main besar. Cari punya cari tak jumpa. Kesian kan aku?

Sekali lagi, aku ulang, sekali lagi aku memikirkan dimana terletaknya beg aku tu. Mengambil tempat duduk di sofa yang berada di ruang tamu, memikirkan benda yang sangat berharga bagi aku kerana itu adalah pemberian dari arwah ayah dan ibu ku, tiba-tiba sekeliling aku menjadi gelap seakan ada benda atau sesuatu di belakang aku.

Aku memandang ke arah belakang. Kelihatan anak buah Daichi di belakang aku dengan raut muka yang kelihatan marah. Upsss. Aku buat diaorang marah.

"Arghhhh!!!"

TBC

This is getting weird. Semakin author menulis, semakin pelik citer ni menjadi. Hahahahaha!! Betul, author tak tipu. Kalau rasa pelik, please comment. Nanti I decide.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now