Chapter 12

1.9K 82 1
                                    

Chapter sebelumnya...

... gambar aku sendiri ketika aku masih bersekolah. Kepala aku pening. Ingatan lama kembali muncul di kepala aku. Aku jatuh terduduk.

"Firash? Are you okay?" kedengaran suara Shiro samar-samar. Kepala aku sakit.

Pandangan ku mulai gelap. Ingatan yang telah lama hilang berputar di kepala aku.

"Firash? Firash, wake u-"

Aku rebah ke lantai. Aku pingsan.

CHAPTER 12
Written by : Raiz4You

Flashback

Empat tahun yang lalu...

Author's Point of View

Awal bulan Mei, sekitar jam 3.00 petang, kelihatan seorang budak lelaki sedang dikelilingi oleh sekumpulan budak lelaki yang lain di belakang kawasan sekolah.

"Tolong lepaskan saya." kata budak lelaki yang dikelilingi oleh budak lain.

"Lepaskan kau? Kau nak kitaorang lepaskan kau?" ucap salah seorang daripada budak lelaki yang lain selaku ketua mereka.

Budak lelaki tersebut mengangguk dengan laju. Dia tidak mahu dibuli.

"Jangan harap lah." kata lelaki tersebut sambil menyeringai.

Budak lelaki tersebut ketakutan.

"Geng, jom buli dia." kata ketua kumpulan lelaki tersebut.

Setelah selesai membelasah budak lelaki tersebut, mereka membiarkan budak lelaki itu dalam keadaan lebam di sekitar badan dan mukanya. Budak lelaki tersebut berdiri dengan segala tenaga yang ada lalu berjalan tertatih-tatih ke rumahnya.

Tibanya dirumah, dia disambut oleh ibunya di pintu rumah. Ibunya terkejut melihat lebam-lebam di muka anaknya.

"Ya Allah, Abang kenapa ni?" Kata ibunya apabila dia sampai di depan pintu rumah.

"Tak ada apa-apa lah bu. Tadi kawan abang tertendang bola kat abang. Tu yang lebam." kata budak lelaki tersebut sambil menahan rasa sakit dan kegusaran hatinya. Dia tak nak ibunya tahu dia di buli di sekolah oleh seniornya.

Ibunya hanya memandang dia tidak percaya dengan pernyataannya anaknya.

"Betul ke bang? Kalau abang kena buli, cakap je terus dengan ibu. Jangan pendam sendiri." hampir tertanggal jantung budak lelaki tersebut apabila ibunya berkata pasal buli.

"Betul bu. Abang terkena bola yang kawan abang tendang. Sebab tu lebam. Kalau abang kena buli pun, siapa je yang nak buli abang? Abang kan baik." kata budak lelaki tersebut sambil menunjukkan senyumannya. Tapi disebalik senyumannya tersebut, terdetik di dalam hati ingin memberitahu ibunya bahawa dia telah dibuli di sekolah.

Akan tetapi, dia buang perasaan tersebut supaya ahli keluarganya tidak khawatir terhadapnya. Dia tidak mahu membebankan fikiran ibu bapanya dengan masalah ini.
Biar dia sahaja yang selesaikan.

"Kalau macam tu, abang pergi mandi dulu. Lepas mandi, tuam lebam tu guna air batu. Biar surut." kata ibu kepadanya.

"Baik bu. Adik dah balik belum bu?" tanya dia kepada ibunya sambil membuka kasut sekolahnya.

"Adik dari tadi dah balik." balas ibunya kepada dia.

"Ohhh.. Kalau macam tu, abang naik atas dulu bu." kata dia segera menaiki tangga menuju ke arah biliknya.

"Hati-hati! Jangan lari, nanti jatuh!" jerit ibunya sambil mengeluh nafas.

Setibanya dia sampai ke bilik, dia terus mengambil tuala lalu menuju ke bilik air.Ketika mandi, dia terpaksa menahan sakit apila air menyentuh luka di badannya. Seusai mandi, dia memakai baju dan seluar lalu melelapkan matanya seketika.

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam.Dia terbangun. Dia menggosok matanya, lalu bangun dari katil dan terus menuju ke arah dapur untuk mengambil sebekas air batu. Setelah mengambilnya, dia terus menuju ke bilik adik lelakinya yang berumur setahun muda darinya.

"Hello? Adik ada kat dalam ke?" tanya dia apabila sampai tepat di depan pintu bilik adiknya.

"Masuk je bang! Pintu tak kunci!" jerit kecil adiknya di dalam bilik.

Dia membuka pintu bilik tersebut. Kelihatan adiknya berada di atas katil sambil membaca buku komik.

"Ada apa abang nak jumpa adik ni?" tanya adiknya tetapi mata tetap fokus di buku komiknya.

"Tak boleh ke jumpa adik kesayangan abang ni?"pertanyaan adiknya dibalas dengan pertanyaan.

"Bukan tak boleh, mana tau abang nak minta adik something ke..." adiknya menutup buku komik tersebut lalu memandang ke arah abangnya.

Adiknya terkejut apabila melihat dia mempunyai lebam di sekitar mukanya.

"Apa dah jadi dengan abang!?" adiknya bertanya dalam keadaan risau.

"Tak ada apa-apa lah.Lebam kecil je ni." kata dia untuk menenangkan adiknya.

Dia tahu perangai adiknya. Adiknya suka melindungi dia dari masalah yang dihadapi oleh dia. Overprotektif adik lah katakan.

"Baik abang bagitahu adik siapa yang buat abang. Adik tahu abang kena buli." ancam adiknya kepada dia. Dia terpaksa mengalah.

"Senior abang yang buli abang. Adik jangan bagitahu ibu dan ayah tau. Abang tak nak buat diaorang risau." katanya kepada adiknya.

"Hmmm, baiklah, tapi janji dengan adik yang abang akan jaga diri abang." Dia hanya mengangguk.

"Mari sini adik tolong abang tuam air batu kat lebam abang." tawar adiknya kepada dia.

Semasa adiknya menuam air batu di kawasan lebamnya, dia menceritakan macam mana dia boleh kena buli.
Sebenarnya, dia pun tak tahu kenapa dia kena buli. Tup tup je kena buli macam tu.

"Adik tahu kenapa abang kena buli. Mesti sebab muka abang yang comel tu."

Tidak dinafikan olehnya yang dia memang mempunyai muka yang sedikit comel dan mempunyai badan yang langsing. Berbeza pula dengan adiknya, adiknya mempunyai muka yang maskulin dan badan yang sedikit sasa daripadanya. Dan pasal ketinggian, adiknya lebih tinggi daripadanya.

"Tapi takkan lah sebab tu je."

"Tu pendapat adik je. Tapi mana lah tahu apa yang adik cakap ni betul."

Dia hanya terdiam. Tidak mampu menbalas balik kata-kata adiknya. Mungkin ada yang benar juga apa yang diperkatakan oleh adiknya.

Ucapan adiknya masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Boleh stress kalau fikir lama-lama. Tiba-tiba, kedengaran ibu mereka memanggil mereka berdua.

"Abang! Adik! Mari sini makan malam."

"Ibu dah panggil tu, jom turun bang." ajak adik kepadanya. Mereka turun ke bawah lalu menuju ke dapur.

Kelihatan ayah mereka sudah berada di meja makan tersebut. Ayah memandang ke arah dia.

"Kenapa muka abang macam tu?"

TBC

I'm back with new chapter. Wait for the next chapter okay?

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now