Chapter 32

1.6K 69 16
                                    

Chapter sebelumnya...

Dia memandang aku dengan riak mukanya yang serius. "You're not gonna let me leave until I spill it out, right?" aku mengangguk dan dia mengeluh. "You're better not to tell this to anyone. Promise you'll keep it secret?" aku mengangguk pantas.

"I promise with my heart. Jadi, bagitahu lah." aku mengangkat tangan kanan aku separas bahu sebagai tanda aku bersumpah dengan kata-kata yang telah aku ucapkan.

Hayato memandang aku tepat di mata. "Actually, I..."

CHAPTER 32
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

Kelihatan Shiro dan Minato sedang duduk di sebuah bangku yang berada di pusat beli belah tersebut. Menunggu Firash dan Hayato yang belum lagi memunculkan diri sejak dari tadi. Mereka telah menunggu hampir satu jam tapi tidak ada kelibat salah seorang daripada mereka yang dapat dikesan oleh mereka berdua.

"Berapa lama nak kena tunggu ni?" Shiro menggerutu kerana punggungnya terasa kebas duduk terlalu lama di bangku. Minato hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dimana mereka berdua.

"Macam mana kalau sesuatu jadi kat mereka berdua? Apa nak buat?" kata Shiro lagi dengan mukanya sedikit bimbang. Tidak kalah juga Minato yang hatinya kini didatangi rasa bimbang tentang seseorang.

Tidak lama kemudian, kelihatan dari jauh Hayato sedang berlari menuju ke arah mereka berdua. Mereka berasa lega tapi ada yang kurang, seperti seseorang. Mereka baru perasan yang Firash tidak bersama dengan Hayato.

"Tu dia Hayato! Tapi mana Firash?" sekali lagi fikiran Shiro dipenuhi dengan pertanyaan yang membimbangkan dirinya.

Hayato sampai di hadapan mereka berdua tercungap-cungap dengan barang yang dipegang masih tidak lagi dilepaskan. Shiro berganjak dari bangku tersebut lalu mendekati Hayato.

"Abang Hayato ok tak ni!? Mana Firash!? Apa yang terjadi!?" Pertayaan bertalu-talu diberikan oleh Shiro kepada Hayato.

Hayato masih lagi mengambil nafas, sebelum berkata,"Firash... Dia hilang!" dengan nafasnya yang terputus-putus.

Mendengar sahaja ucapan yang dikatakan oleh Hayato, mereka terkejut. Bagaimana benda macam ni boleh berlaku? Macam mana Hayato boleh terlepas pandang dalam menjaga permata milik Daichi?

Saat ini, Shiro merasa bersalah dalam hal ini. Kalau lah dia tidak membenarkan Hayato dan Firash berjalan berdua, mungkin perkara seperti ini tidak akan berlaku.

"Macam mana dia boleh hilang?" dengan rasa gundah di hati, dia ingin mengetahui kronologi sebelum Firash di hilang di telan tanpa diketahui sebabnya.

"Tadi, kami berdua pergi cafe minum air sebentar. Lepas tu, Firash kata dia nak pergi ke tandas." Hayato tidak bercerita penuh mengapa dia pergi ke cafe. Dia tidak mahu rahsia yang diketahui diantara dirinya dan Firash terbongkar begitu sahaja.

"Saya dah tunggu beberapa minit, tapi dia tak muncul-muncul dari tandas. Jadi, saya pergi lah tandas tengak apa yang berlaku, tengok-tengok tak ada orang kat dalam sana. Kosong!" sambung Hayato kembali menghabiskan kata-katanya.

Mereka bertiga kini buntu. Firash hilang, dan tidak ada tanda atau petunjuk yang dapat digunakan. Hanya cuma ada satu cara sahaja, iaitu menjelajahi pusat beli belah ini.

Mereka bertiga berpecah mencari Firash dengan barang yang masih mereka pegang. Langit yang cerah kini kian gelap menunjukkan hari sudah menuju petang. Salah satu daripada mereka tidak pun menjumpai Firash, dan sangkaan mereka bertiga adalah Firash diculik dengan musuhnya boss mereka.

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now