Chapter 8

3.1K 127 6
                                    

Chapter sebelumnya...

Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memerhatikan mereka.

"Jadi, ni lah kekasih hati Daichi yang dikatakan oleh Ichika?" Katanya.

"Aku akan rampas dia dari kau, Daichi dan aku akan jadikan dia sebagai milik aku." sambung dia lagi.

Setelah itu, dia menyeringai lalu ketawa.

"Your mine, Kitty."

CHAPTER 8
Writen by : Raiz4You

Author's Point of View

Kelihatan Firash dan Daichi sedang menikmati makanan di hadapannya. Akan tetapi, Daichi melihat Firash seperti sedang bermain-main dengan makanannya.

"Kenapa ni? Tak sedap ke makanannya?" kata Daichi.

Daichi meletakkan sudu dan garfu yang di pegang olehnya di atas meja. Lalu, ia menyentuh tangan Firash.

Firash yang termenung tadi tersentak apabila merasakan benda hangat menyentuh pergelangan tangannya.

Lalu Firash memandang ke arah Daichi lalu berkata,"Hmm... Tak ada lah. Cuma terfikir pasal benda yang lepas." sambil melepaskan tangannya daripada pegangan Daichi.

"Ohh... Ingat fikir pasal saya. Hehehehe." kata Daichi dengan ketawanya.

"Tak ingin saya nak fikir pasal tuan. Lebih baik saya fikir pasal kehidupan saya selepas ini." kata Firash dengan muka datarnya.

"Firash, saya ada permintaan." Minta Daichi kepada Firash.

"Apa dia, Tuan? Kalau saya mampu, saya tunaikan." kata Firash sambil memasukkan makanan ke dalam mulut.

"Saya minta awak tinggal satu rumah dengan saya."

Firash tersedak. Dia menggapai air yang berada di atas meja. Setelah minum, rasa lega datang dalam dirinya.

"Untuk apa saya kena tinggal dengan awak? Saya ada rumah sendirilah." kata Firash menolak permintaan Daichi.

"Untuk pastikan awak selamat. Saya takut abang Ichika tu pergi rumah awak lepas tu tangkap awak."

Firash terdiam seketika. Lalu dia berkata,"Ok, tapi dengan satu syarat. Saya duduk kat bilik lain. Tak nak satu bilik dengan tuan."

Daichi berasa gembira dan sedih bersamaan. Gembira sebab permintaan dia diterima, sedih kerana syarat yang dikemukan oleh Firash.

Dia baru bercadang nak tidur satu bilik dengan Firash. Tapi, tak apa lah. Yang penting Firash tinggal satu atap dengan dia.

Suasana hening datang seketika. Daichi hanya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang ke arah Firash yang sepertinya sudah kenyang.

"Awak dah siap makan ke? Kalau dah, jom kita balik." ucap Daichi sambil menghulurkan tangannya.

Firash malu. Malu sebab diperlakukan seperti seorang perempuan dan juga sebab orang ramai memandangnya.

Firash menepis huluran tangan tersebut. Firash bangun dari tempat duduknya lalu berkata,"Malu bodoh." tanpa disensor olehnya.

Daichi yang menerima perlakuan tersebut mula membuat muka sedihnya. Firash yang melihat perubahan muka Daichi merasakan ingin muntah.

Dia berasa amat ragu-ragu yang adakah benar Daichi tu seorang ketua Yakuza? Dia berfikir dalam kepalanya sangat lama.

Kemudian dia berkata,"Dah, jom gerak balik rumah. Jangan nak buat acah-acah nangis.Geli tau tak?" kepada Daichi yang masih membuat muka.

Firash mula berjalan keluar dari restoran mewah tersebut disusuli dengan Daichi. Mereka mula menuju ke arah kereta yang telah di bawa oleh Daichi.

Setelah selesai menjumpai kereta tersebut, mereka terus masuk ke dalam dan memakai tali pinggang keselamatan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Firash terlupa nak bagitahu Daichi yang sepatutnya Daichi kena hantar dia pulang ke rumahnya.

"Ahhhh... Tuan." kata Firash ragu-ragu.

"Ye sayang? Kenapa ni?" kata Daichi sambil menggoda Firash.

Untuk seketika, bulu roma Firash meremang dan dia merasakan seperti ingin muntah kembali. Kemudian, dia memandang ke arah Daichi.

"Boleh hantar saya balik rumah saya tak?" kata Firash.

"Nak buat apa? Kan awak dah tinggal kat tempat saya. Buat apa saya nak hantar awak pergi rumah awak?" Daichi berkata dengan suara yang dalam dan keras.

"Saya nak ambil baju saya. Kalau tak ambil, saya nak pakai baju apa nanti?" kata Firash setenang-tenangnya.

Daichi mengutuk dirinya sendiri kerana berasa bodoh. Betul juga apa yang dikatakan oleh Firash.

"Ohhh, ok." kata Daichi dengan perasaan malu memenuhi dirinya.

Setelah beberapa minit memandu kereta, akhirnya mereka tiba di destinasi yang ingin di tuju.

Firash keluar dari kereta dan berlari terus masuk ke dalam rumah. Daichi hanya mampu melihat perbuatan Firash tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan Firash membawa 2 bagasi yang besar. Dia terus memasukkan bagasi tersebut ke dalam kereta.

Setelah selesai memasukkan bagasi tersebut, dia bergerak menuju ke bahagian depan kereta. Semasa hendak masuk ke dalam kereta, kedengaran bunyi tembakan.

Firash terkejut dan tergesa-gesa memasuki kereta. Daichi memandang ke arah Firash dan berkata,

"Mereka dah datang."

Daichi mula menghidupkan kereta dan terus bergegas menuju ke arah rumah agamnya.

Kelihatan sebuah kereta sedang mengejar mereka dari belakang sambil melepaskan beberapa tembakan ke arah kereta Daichi.

"Sial betul lah. Boleh pula mereka ikut kita." kata Daichi.

Daichi melihat Firash menangis ketakutan dan menggigil sambil memeluk lututnya.

"Jangan takut. Tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus. Kejap lagi kita akan sampai." kata Daichi ingin menenangkan Firash.

Tidak lama selepas itu, tiada lagi aksi tembak menembak didengari. Daichi menarik nafas lega.

Dia melihat Firash masih dalam keadaan yang sama. Dia terus membawa Firash ke rumah agamnya.

Setelah tiba, Daichi memberhentikan keretanya. Dia memeluk Firash le dalam dakapannya.

"Shhhh... Kita dah selamat dah." ucap Daichi sambil menepuk manja belakang badan Firash.

Firash masih lagi menangis di dalam pelukan Daichi. Tidak lama kemudian, bunyi tangisan tidak lagi kedengaran melainkan bunyi dengkuran yang keluar.

'Budak ni dah tidur ke?' bisik kecil hati Daichi.

Diachi melihat ke arah Firash. Kelihatan Firash sedang tertidur dengan matanya yang sedikit berair. Daichi mengelap air mata tersebut.

Daichi melepaskan Firash dari dakapannya. Dia meluru keluar dari keretanya dan menuju ke arah tempat duduk Firash.

Dia mengangkat Firash lalu membawanya ke bilik tidur miliknya. Untuk bagasi, dia menyuruh para anak buahnya untuk dimasukkan ke dalam rumah.

Dia meletakkan Firash perlahan-lahan di atas katil supaya tidak mengejutkannya. Dia memandang ke arah muka Firash, lalu memberikan kecupan singkat di pipi kanannya lalu berkata,

"Sweet dream, Baby."

TBC

I'm so sorry for this late update. Author banyak kerja sekolah yang nak kena buat. So maaf kalau buat korang tertunggu-tunggu. Sorry kalau citer ni x best.

P.s. : The whole story happening in afternoon.
(kisah di atas berlaku pada waktu tengah hari.)

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now