Chapter 33

1.3K 60 16
                                    

Chapter sebelumnya...

"I don't care what you guys saying, I want you guys to search him. Now!" perintah Daichi kepada mereka lalu menamatkan panggilan telefonnya.

Dia menumbuk meja kerja tanda geram sebab Firash telah hilang. Dia berjalan mengambil kunci kereta lalu keluar dari pejabatnya. Anak buahnya, Ryu dan Kazuki yang dari tadi berada di luar menjaga keselamatan boss mereka kini berjalan di belakang mengikuti Daichi.

"Sediakan helikopter. Kita akan pergi ke Malaysia, sekarang." Daichi berjalan tanpa menghiraukan pandangan pekerja lain yang memandangnya. Dia juga sudah tidak kisah lagi dengan larangan ibunya yang tidak membenarkan dirinya mengunjungi tanah air ayahnya.

'Wait for me, Firash. I'll find you."

CHAPTER 33
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

Daichi telah tiba. Tiba di rumah agamnya. Berjalan laju berjumpa dengan anak buahnya yang lain.

"Where's Firash?" tanya dia kepada tiga anak buahnya yang menjaga Firash. Tidak ada satu patah kata pun yang terkeluar dari mulut mereka bertiga.

"I've said, where is Firash?" Masih lagi menahan amarahnya yang menguap-nguap. Tidak perlu tunggu lagi untuknya meletup.

"You three. Come here." Mereka bertiga, Shiro, Hayato and Minato berganjak ke hadapan.

Dorrr!!! Satu das tembakan dilepaskan oleh Daichi. "I ask you one more time, where's Firash went?" Tergugat juga mereka disitu apabila Daichi melepaskan tembakan disitu.

Hayato ingin membuka mulutnya untuk memberitahu Daichi yang Firash disebabkan dia lalai dalam menjalankan tugasnya tapi tangannya ditarik oleh Minato. Shiro berganjak ke hadapan lalu menceritakan segalanya kepada Daichi.

"Sebenarnya, kami ajak Firash keluar bersama kami tapi tanpa kami sedar, Firash telah hilang dari pandangan kami. Maafkan kami, Bos." sambil tunduk hormat kepada Daichi. Tidak lupa juga Hayato dan Minato untuk melakukan hal yang sama seperti Shiro.

Daichi mengambil nafas sedalam mungkin untuk tidak melepaskan amarahnya tepat disitu. "Jadi, nak buat apa sekarang?"

Mereka terdiam kembali kerana tidak tahu mahu buat apa selepas ini. Daichi menyilangkan tangannya di dada sambil menunjukkan riak mukanya yang datar.

"Bos!!" Pandangan mereka semua teralih ke arah empunya suara tersebut. Ryu tercungap-cungap mengambil nafas sambil membawa komputer riba di tangannya.

"Saya dah jumpa!!" Daichi dan anak buahnya yang lain memandang ke arah Ryu dengan muka tanda tanya.

Ryu mengambil nafas lalu berkata,"Firash, dia berada di- "



Pada masa yang sama, Firash sedang berada dalam keadaan tidak sedar diri. Firash, hanya berpakaian atas dan seluar dalam sahaja yang dikenakan pada dirinya.

Firash terbangun dengan merasakan badannya terikat pada kerusi. 'Aku kat mana ni?' batin Firash mula bersuara. Firash melihat sekitar kawasan sekelilingnya, seperti gudang lama yang tidak dipakai. Dia melihat sekelilingnya lagi sekali, takut akan dirinya tersalah lihat. Tapi apa yang ditunjukkan oleh matanya adalah benar dan bukan khayalan semata-mata.

Perasaan gundah mula menimpa dirinya. Minda Firash mula berfikir macam-macam. 'Aku kena culik ke? Siapa yang culik aku?'

"Already awake? I thought your already dead." Firash yang mendengar suara tersebut mencari kelibat yang berkata. Sampai saja matanya pada empunya suara tadi, dia terkejut.

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now