Chapter 20

1.7K 84 3
                                    

Chapter sebelumnya...

"Baik Pa." Nampaknya, terpaksa aku tangguhkan niat nak pulang semula ke tanah air milik kekasih aku. Panggilan telefon dimatikan. Aku diam.

Aku bangun dari duduk ku. Sekarang aku kena bergerak pergi rumah utama. Rumah Papa dan Mama aku.
Belum sempat lagi bergerak dari sofa yang aku duduki, deringan telefon mula berbunyi sekali lagi.

"Siapa pula yang telefon ni?" tanpa melihat nombor yang tertera di telefon, aku menjawab panggilan tersebut.

"Boss, Tuan Firash..."

CHAPTER 20
Written by : Raiz4You

Firash's Point of View

Aku terbangun. Aku melihat sekitar aku. Tiga orang lelaki Jepun yang diperintahkan oleh Daichi berada di birai katil aku. Kelihatan riak muka mereka dalam keadaan risau.

"Mr. Firash, are you alright?" tanya salah seorang dari mereka. Aku haus.

"Saya haus. Nak air." kata aku dengan suara serak.

Lantas, salah seorang dari mereka bergerak mengambil segelas air lalu diberikan kepada aku. Aku terus sahaja meneguk air tersebut dalam sekali teguk. Rasanya memang sangat nikmat bila kita haus lalu minum air. Seperti berada di pesisiran pantai sahaja nikmatnya.

"Terima kasih."

"Welcome." balasnya. Aku diam seketika. Nak perah otak jap. Apa yang jadi sebenarnya?

"Boleh saya tanya, apa yang berlaku?" tanya ku pada mereka.

"Urmmm, You fainted." ucap Shiro seperti sedikit risau.

"Berapa lama?" aku memandang mereka.

"About 3 hour you fainted. What made you faint? Do you have any health problem?" ujar Shiro sedikit risau. Aku menggeleng menandakan aku tiada masalah tentang kesihatan diri aku.

Aku cuba ingat balik sebab apa aku pingsan. Otak! Sila lah bekerja! Aku melihat sekitarku. Ni bilik Daichi kan? Aku ternampak buku album yang berada di almari kecil. Seingat aku lah tadi aku pegang dan lihat isi dalaman buku tu sebelum aku pingsan.

Aku ingin bangun dari pembaringan ku akan tetapi, mereka bertiga tidak mengizinkan.

"No! You still need to rest. Your body is still weak to move around. Just sit still and say what you need. We'll try to pick it up for you." Shiro berkata. Aku cuma nak ambil buku kat almari kecil tu je. Melebih diaorang layan aku. Macam aku patah kaki je. Padahal pingsan je.

"Eh, tak apa, saya ambil sendiri je." Baru sahaja hendak bangun, aura membunuh memenuhi ruangan bilik Daichi. Merinding bulu roma aku. Aku memandang ke arah mereka bertiga. Mereka tersenyum, tapi senyuman mereka seperti senyuman hendak menbunuh orang.

"Please. Listen to us. If you get hurt, we will be killed. Understand?" Hayato berbicara tanpa nada dan memandang aku dengan padangan tajamnya. Mendengarnya dia berkata seperti begitu dan riak mukanya yang sedikit seram, bulu roma aku meremang. Sebegitukah protektifnya Daichi sehingga berniat untuk membunuh anak buahnya jika aku terluka?

Aku diam ketakutan. Siapa tak takut kalau pembicaraan ni menjerumus ke arah pembunuhan. Aku pasrah. Biarlah mereka menjalankan tugas yang diberikan oleh Daichi supaya mereka selamat.

"So, what did you want Mr. Firash?" Shiro bertanya dengan nada yang lembut. Sedikit mententeramkan hati aku yang ketakutan ni.

"Boleh tak tolong saya ambil buku yang ada kat atas meja tu?" balas aku ke Shiro sambil menunding jari ke arah almari kecil tersebut. Shiro bergerak lalu mengambil buku tersebut. Lantas diberikan buku itu kepada aku.

Sampai sahaja buku itu di dakapan aku, mula sesi belek membelek buku dimulakan. Cari punya cari tak jumpa . Mana gambar tadi?

"Try to find this?" aku melihat ke arah empunya suara tersebut. Minato sedang memegang sekeping gambar yang berada di tangannya. Aku mengangguk. Gambar tersebut diberikan kepada aku. Aku meneliti gambar ni. Ni gambar aku masa form 2, tapi kenapa ada pada Daichi? Kepala aku sedikit pening memikirkan hal tersebut. Aku meletakkan gambar tersebut disamping aku. Perut aku secara tiba-tiba berbunyi.

'Aduh kau ni perut. Baru nak buat scene ala ala penyiasat. ' aku menggerutu di dalam hati.

Anak buah Daichi memandang ke arah aku. Aku malu. Sebab apa? Sebab perut aku berbunyi depan diaorang bertiga.

Mereka bertiga diam, tidak mengetawakan aku. Sehingga Shiro bertanya,"Are you hungry Mr. Firash?"

Tak payah tanya kamu dah tahu. Aku menganggukkan kepala. Mereka berjalan keluar dari bilik lalu menutup pintu. Wait, tak kan diaorang tinggalkan aku kot. Aku hanya menatap pemergian diaorang. Mesti diaorang ingat aku tak sopan depan diaorang. Lepas tu, tak suka dengan aku. Sebab tu diaorang keluar ambil pisau nak bunuh aku. Tapi, Daichi arah kan diaorang untuk jaga aku. Takkan diaorang nak bantah pula. Sedang aku memikirkannya, pintu bilik kembali terbuka.

Mereka bertiga datang dengan membawa makanan. Untuk aku mungkin?

"Sorry for leaving you for a minute. We bring you some food." Shiro berkata padaku. Dia mengambil tempat di birai katil. Aku ingin mengambil pinggan yang berisi makanan di tangannya tapi dihalangi oleh Shiro.

"I will feed you." nampaknya aku memang tak boleh buat hal sendiri lepas pingsan tadi. Sedang aku disuapi oleh si anak buah Daichi, aku baru teringat yang aku belum mandi. Jap, sekarang pukul berapa?

"Ahhhh, sekarang pukul berapa?" aku bebicara setelah makanan di mulutku telah memasuki perut.

"8:13 PM." Balas Minato singkat. Rasanya Daichi dah sampai sana belum?

"Kamu semua rasa Daichi dah sampai Jepun belum?" mulut ku penuh kembali dengan nasi.

"I think not. Around 7 hour for him to reach Japan from Malaysia if taking a flight."

"Baru nak telefon dia..." kata aku sedikit sedih.

"If you want to call him, wait till 11:00 pm or tomorrow. Now, time for you to bath." ujar Shiro. Aku baru perasan yang makanan aku telah pun habis.

"Pukul 11:00 malam? Baik, saya akan tunggu." kata aku. Aku bangun dari katil menuju ke arah bilik air. Welp. Diaorang tak halang aku. Nasib baik. Kalau tak mesti nanti aku dimandikan oleh mereka. Aku harap mata aku bekerjasama malam ni.

TBC

This sound weird and i don't know what I'm writing. Btw, my english is so bad. Huhuhuhu. Someone please teach me english. Jkjk XD. Speaking pulak saya ni. Ahhaha. Anyways, enjoy this chapter.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now