Chapter 23

1.8K 91 8
                                    

Chapter sebelumnya...

"Shut up Hayato. Your just making it worse." kata Minato. Firash diam. Mungkin apa yang dikatakan oleh Hayato benar. Dia hanya lah beban kepada semua orang. Air mata Firash mengalir sedikit.

"Hey, don't cry. He just kidding ok?" kata Minato. Firash mengelap air matanya.

"So, where you put your phone?" tanya Shiro.

"Saya rasa saya tertinggal telefon saya dalam kereta Daichi." sambil bermain dengan jarinya. Anak buah Daichi menghela nafas.

CHAPTER 23
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

"Now what?" kata Hayato. "Stay still here like a fool?" sambungnya lagi.

Firash memikirkan sesuatu. Walaupun hatinya sakit akibat cemohan yang dilontarkan oleh Hayato, tapi tak kan dia nak duduk diam je? Mestilah dia kena lakukan sesuatu.

"Shiro, kamu ada telefon tak?" Shiro mengangguk. "Boleh saya pinjam?"

Shiro mengulurkan telefonnya kepada Firash. Ingin menggunakan telefon Shiro sebagai penghubung dia untuk menelefon Daichi. Cara ni je yang mampu difikirkan olehnya. Tapi, Firash tak tahu nombor telefon Daichi. Sekali lagi, dengan kepalanya menunduk, meminta Shiro nombor telefon Daichi.

"Boleh saya tahu nombor telefon Daichi apa?" sedikit gusar. Takut Hayato memarahinya.

Shiro mengeluh. Firash mendengar keluhan Shiro merasakan dirinya beban. Setiap kali dia meminta tolong atau sesuatu benda, pasti orang yang diminta olehnya mengeluh. Semakin ke bawah kepala nya menunduk. Memberi kembali telefon Shiro yang berada di tangannya.

Shiro bukannya mengeluh sebab Firash. Dia mengeluh sebab Firash ni naif orangnya. Tak mengetahui keadaan yang berlaku di sekeliling. Jadi senang bagi pihak musuh untuk menangkapnya.

Menaip nombor telefon bosnya di telefonnya lalu mendail. Di seberang sana, Daichi baru sahaja ingin melangkah keluar dari ruangnya untuk menuju ke rumah ibu bapanya di waktu tengah malam. Telefonnya berdering.

Shiro yang menunggu panggilan nya terjawab sedikit gusar. Yah, mana tau lah bos besarnya tu ada sesuatu yang tengah dilakukan olehnya. Panggilannya dijawab.

"Bos, Tuan Firash..." belum sempat habis berbicara, kata-katanya dipotong oleh bosnya. Bosnya memang biadap.Terpaksa lah dia menghadap bos nya ni.

"Apa yang dah terjadi?" nada Daichi di seberang sana kedengaran sedikit risau dan dingin . Jika percakapan ditujukan atau berkaitan dengan Firash, Daichi sedikit protektif dengannya. Tidak mahu kesayangannya kesakitan atau pun terluka.

"Sabar bos. Biar saya cakap dulu. Tuan Firash nak bercakap dengan bos. Rindu mungkin." Shiro berkata sambil menyatakan mengapa dirinya menelefon sang bosnya.

"Pass this phone to him. Now." Daichi sedikit menekan perkataan yang dikatakan olehnya. Shiro menghulurkan telefonnya kepada Firash. Firash menyambut huluran tersebut.

"Hmm? Hello? Ni Daichi ke?" Firash berkata

"Yup, it's me Baby. Miss me already?" sakat Daichi.Tak sepenuhnya. Firash memang ada sedikit rindu terselit dalan hatinya.

"Takde lah. Cuma nak tanya khabar awak je." Firash menutupi perasaan rindunya tersebut. Manakala Daichi, sedikit patah hati apabila mendengar Firash berkata seperti begitu.

"Saya okay je." kata Daichi dengan nada sedih. Dan Firash boleh merasakannya, tapi ia acuhkan sahaja.

Firash melihat ke arah jam yang berada ruang tamu tersebut. Menunjukkan waktu 11.39 malam, Firash merasakan sudah lama Daichi sampai di Jepun.

"Awak dah lama sampai sana ke?" Firash bertanya.

"Tak lama jugak lah, dalam setengah jam gitu. Hmmm." walaupun sedikit sakit mendengar pernyataan Firash sebelumnya, tetap Daichi kuatkan hati untuk terus berbicara dengan sang kekasih hati.

"..." Firash diam tidak berkutik. Tidak tahu lagi ingin mengatakan apa.

"Hello? Orang seberang sana ok tak?" Daichi bertanya untuk memastikan adanya kehidupan di seberang sana.

"Saya ok je." sedikit tersentak apabila dikejutkan dengan suara Daichi di seberang sana.

"Dah malam ni, tak tidur lagi ke?" tanya Daichi.

"Belum mengantuk lagi." jawab Firash seadanya. Dia tak menipu. Sedikit penat dengan gelagat dia yang berlaku tadi. Back to the topic, Firash tertanya-tanya adakah masalah yang berlaku disana disebabkan oleh dia?

"Saya nak tanya, awak punya hmmm tu, kena serang sebab saya ke?" pertanyaan Firash membuat Daichi sedikit terkedu. Ingin memberitahu perkara sebenar pada Firash atau membohonginya?

"Tak lah, biasa lah musuh tak suka dengan kumpulan yakuza saya." sedikit menipu dan sedikit benar disitu.

"Sekarang ni, lebih baik awak tidur, dah malam sangat ni." Perbezaan jangka masa di antara Malaysia dan Jepun adalah selama 1 jam. Wajar saja jika si Daichi mengetahui waktu di Malaysia.

"Baik, saya tidur dulu. Awak pun jangan lupa tidur." kata Firash mengingati sang pemilik hati. Sudah dikatakan bahawa Firash telah pun jatuh ke sosok yang bernama Daichi.

"Night Firash, Love you." Daichi mengatakannya dengan tulus.

"Night too." Balas Firash. "Love you too." ucap Firash dengan suaranya yang perlahan sebelum panggilannya diputuskan. Tanpa disedari olehnya, Daichi mendengar ucapan yang dikatakan oleh Firash diakhir panggilan tersebut. Berbunga hati Daichi mendengarnya.

Firash bersemu merah selepas mengatakan perkataan tersebut kepada Daichi walaupun ia berkata dengan suara yang perlahan. Memberi semula telefon milik Shiro kepada pemilik asalnya.

"You're done right?" Firash mengangguk. Dah selesai kes dia ingin menghubungi pujaan hati.

"Now let's go to get some sleep. I'm tired." kata Hayato terus berlalu pergi begitu sahaja. Shiro dan Minato ingin shaja memarahi perilaku buruk yang diberikan kepada Firash. Tapi, mengingati kembali yang umur Hayato jauh lebih tua dari mereka, niat mereka dikurungkan. Harap je lagi tua, tapi perangai macam budak-budak tak cukup akal.

"Ignore him. now let's sleep." Firash mengangguk lalu berjalan ke arah biliknya. Anak buah Daichi pun mula bergerak ke arah ruang yang disediakan oleh Daichi untuk para anak buahnya.

Sampai sahaja Firash dibiliknya, dia terus membaringkan dirinya di katil empuk tersebut. Mula mengenangkan kembali apakah kaitan Daichi dengannya, dan juga pertemuan mereka kali pertama dengan ketidak sengajaan berlanggaran badan.

"Siapa kau sebenarnya pada aku, Daichi?" memikirkan yang Daichi ini mempunyai hubungan dengan masa lampaunya. Lama juga dia berfikir sehingga matanya tidak berkompromi dengannya.

"Aku harap yang kau akan ceritakan semua pada aku setelah kau sampai kembali di sini, Daichi." tanpa ia sedar, matanya telah tertutup rapat. Menuju ke alam mimpi dengan harapan semua yang berlaku ini hanya lah mimpi semata-mata.

TBC

Macam yang saya katakan, saya pelik. :)

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now