Chapter 27

1.6K 81 2
                                    

Chapter sebelumnya...

Aku melihat anak buah Daichi mula meletakkan sambal dan ayam goreng ke pinggan mereka.

"Jemput makan. Jangan malu-malu. Tak sedap jangan complain. Sedap baru complain."

"Itadakimasu!" kata mereka bertiga. Aku faham maksud dia. Maksud dia, 'Jemput makan' atau 'Saya akan menikmati ini'.

Aku tengok diaorang makan. Aku? Nanti baru makan. Aku nak tengok reaksi diaorang makan nasi lemak.
Mata diaorang membesar. Maksud aku, terbeliak.

Aku mula terfikir, tak sedap ke aku masak? Tiba-tiba, terdengar suara mereka bertiga mengatakan,

"Oishī!" dengan serentak.

CHAPTER 27
Written by : Raiz4You

Author's Point of View

Daichi pening. Pening dengan perangai perempuan tak tahu diri tu. Sekarang dia berada di dalam bilik kerjanya, sambil kaki bersilang di atas meja. Memikirkan cara untuk menolak pertunangan semula bersama perempuan yang telah dia benci.

Aura gelap menyelubungi bilik kerja Daichi. Anak buah Daichi, Kazuki dan Ryu yang berada di dalam ruangan tersebut sedikit takut dengan aura yang dikeluarkan oleh sang ketua mereka.

Sekarang Daichi kena cari cara bagaimana nak menyingkirkan perempuan tersebut. Daichi mendengus. Ligat berfikir dengan tenang cara untuk menghapuskan perempuan itu dari hidupnya.

Telefon pintarnya berbunyi. Daichi memandang ke arah telefonnya. Anginnya sedang tidak baik. Mengangkat panggilan telefon tersebut.

"Hello tuan." ucap orang diseberang sana.

"Ada apa, Mayumi?" ucap Daichi dengan suara berat dan nada datarnya. Tentu sahaja dia mengenali suara itu.

Mayumi, personal assistant di syarikat milik Daichi yang mendengar suara tuannya yang tidak bersahabat sedikit takut. Walaupun sudah lama bekerja di syarikat itu, sekitar 5 tahun, Mayumi masih lagi takut mendengar suara datar sang tuannya. Sudah banyak kali dia mendengarnya. Rasanya seperti mendengar ancaman atau ugutan.

"Ada orang nak jumpa Tuan sekarang kat syarikat." kata Mayumi.

"Cakap dekat dia yang saya tak akan jumpa sesiapa buat masa sekarang."

"Tapi Tuan, dia kata yang dia kawan Tuan."

Dahi Daichi mengerut. Sejak bila dia ada kawan?

"Siapa nama dia?" Daichi berkata. Dia takut orang yang ingin menjumpainya adalah musuhnya.

Kedengaran samar-samar Mayumi sedang berbicara dengan orang tersebut di telefonnya.

"Dia kata nama dia Kenzo. Satoshi Kenzo." Mendengar sahaja nama yang diucapkan oleh sang assistantnya, Daichi menggenggam tangannya.

'Apa yang dia buat kat sini?' kata Daichi dalam keadaan marah.

"Suruh dia tunggu disitu. Saya akan datang." lalu ditutup panggilan tersebut. Berdiri dari tempat duduknya lalu memperbetulkan tali leher dan pakaiannya.

"Kita gerak sekarang." berjalan keluar dari ruangnya dan memerintahkan anak buahnya untuk mengikutinya. Menuju ke syarikat.

•-----•

Kelihatan Firash dan ketiga anak buah Daichi sedang rancak berborak di meja makan. Untuk menjadikan suasana tidak terlalu sunyi dan kekok.

"Sedapkan makanan yang saya masak tu?" dibalas dengan anggukkan kepala daripada ketiga-tiga anak buah Daichi.

"It's so delicious. What it called again? Na..na..nasi lemak?" ucap Shiro.

"Ya, betul tu. Nasi lemak."

"It's taste so good and this red food thingy is so marvelous." Minato memakan dengan lahap setelah berucap tadi.

'Red food thingy?' ucap Firash dalam hatinya.

Mereka melihat muka Firash sedikit berkerut.

"This food." Shiro menunjukkan sambal merah yang Firash masak tadi menggunakan jari telunjuknya.

"Ohh, lauk ni. Ni namanya sambal."

"Sa.. Sambal? What a weird name for a food." ucap Hayato.

"Hei, jangan mempersendakan nama nya. Walaupun pelik bagi kamu, tapi bagi saya, ini adalah pelengkap kepada semua lauk di dunia." bangga Firash menaikkan nama makanan yang telah ada sejak zaman 1940-an.

"I'm just saying ok. Not to mentioning it as a bad dishes."

Firash ketawa kecil. Tidak sangka dia boleh berinteraksi dengan selamba bersama mereka bertiga sejak kejadian yang berlaku tadi malam. "By the way, sedap tak sambal tu? Boleh terangkan rasa apa yang korang rasa?" tanya Firash kepada mereka.

"This food is taste a bit spicy but at the same time, it taste so sweet. So delicious when it touched my tongue." Minato menerangkan rasa sambal yang dirasainya. Firash yang mendengar hanya tersenyum.

"No wonder why many tourists travel to this country. So many beatiful thing in this country that we can learn, see and taste."

•-----•

Daichi telah sampai di syarikatnya. Mula dia menuju ke arah ruangnya peribadinya bersama dua orang anak buahnya.

Setelah sahaja dia membuka pintu ruangan kerjanya, kelibat musuhnya telah duduk di kerusi tempat kerjanya. Sedikit marah akan perilaku sang musuh, tapi dibiarkan sahaja supaya tidak menimbulkan pergaduhan di situ.

"What are you doing here, Mr. Kenzo?" kata Daichi dalam keadaan marah dengan perlakuan Kenzo yang sambil lewa memasuki ruangannya.

"Relax brother, aren't you a little bit too rush? Where is you're attitude?" kata Kenzo dengan selamba.

"Ask it for yourself." balas Daichi dengan decihan kecil.

"Chill bro, benda boleh bawa bincang." kata Kenzo sambil ketawa kecil.

Daichi benci dengan sikap Kenzo yang suka bermain-main dengan api. Daichi melihat sekitar kawasannya, tidak ada orang lain selain dia, Kenzo dan anak buah Daichi.

"Berani eh kau datang ke sini tanpa pengawasan anak buah kau?" Ketawa kecil Kenzo mendengar pernyataan yang diberikan Daichi.

"Well, aku bukan macam kau, penakut." seringai Kenzo kepada Daichi.

Perkataan Kenzo seperti menyindir Daichi. Tentu sahaja perkataan Kenzo tidak diendahkan oleh Daichi. Itu adalah salah satu cara untuk sang lawan menaikkan emosi lawannya.

"At least, aku ada perlindungan jika terjadi sesuatu yang buruk berlaku kat aku." Daichi mengambil tempat duduk di ruangan meja tamu yang memang disediakan jida ada tetamu datang.

Kenzo menyilangkan kakinya di meja kerja Daichi dan tangan yang disilangkan di perutnya. "Daichi, how about we trade?"

"Trade what?" Daichi memandang tajam ke arah Kenzo.

"I don't disturb your Yakuza clan, but in exchange..."

Daichi boleh merasakan perkara yang tidak betul akan berlaku.

"... you give that little kitten to me."

TBC

I know this chapter kinda short (but actually it is). But, I'm hoping your enjoy this chapter . Anyways, sorry.

By,
Raiz

Let Me Go, Stupid Yakuza!Where stories live. Discover now