2 tahun kemudian
"Ryzal!' Clarissa menjerit, memanggil nama suaminya dari dalam bilik mandi.
Ryzal yang mendengar jeritan itu, segera mendapatkan si isteri dengan riak cemasnya.
"Rissa, kenapa ni?" Ryzal muncul di depan pintu bilik mandi yang terbuka luas.
"Saya nak tunjukkan sesuatu dekat awak. Awak masuk bilik Amary dulu," kata Clarissa dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsir.
Ryzal akurkan saja. Dia berlalu masuk ke dalam bilik Amaryllis yang terletak di sebelah bilik mandi.
Beberapa minit kemudian, Clarissa masuk ke dalam bilik itu bersama-sama dengan Amaryllis yang baru sudah mandi dan hanya berkemban.
"Rissa?" Ryzal memanggil dengan nada risau apabila melihat kerutan yang teralakar di wajah si isteri.
"Awak cuba tengok ni." Clarissa mendukung anak perempuannya dan meletakkannya di atas katil.
Clarissa membalikkan tubuh Amaryllis, dan menunjukkan sesuatu yang ada di belakang tubuh si anak.
Di belakang kanak-kanak itu, di antara bahu kiri dan kanannya terdapat satu lakaran bunga. Ia berwarna hitam.
Mata Ryzal membulat besar apabila melihat lakaran bunga itu.
"Saya tak tahu macam mana ia boleh ada. Sebelum-sebelum ni tak ada pulak. Ni tiba-tiba je muncul." Clarissa berkata dengan cemas dan risau.
Ryzal memegang tangan isterinya.
"Awak pakaikan dulu baju dia. Saya ada benda nak cakap dengan awak." Ryzal berkata dengan nada serius.
Clarissa akur. Ryzal berlalu keluar dari bilik anak perempuannya dan masuk ke dalam biliknya, menanti kedatangan si isteri.
Beberapa minit kemudian, Clarissa masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik ditutup rapat.
"Amary mana?"
"Saya suruh dia main dekat ruang tamu."
Ryzal mengangguk.
Clarissa duduk di sebelah Ryzal di atas katil.
"Ada apa ni? Awak nak cakap tentang lakaran yang ada dekat belakang badan Amary ke?"
Ryzal mengangguk perlahan.
"Jadi, apa yang awak tahu tentang benda tu?"
Ryzal menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan.
"Saya pernah dengar satu cerita dongeng. Cerita ni lama sangat. Setiap ribuan tahun, akan lahirnya seorang bayi perempuan yang sangat istimewa. Dia dikurniakan dengan satu kebolehan yang mampu menunaikan apa saja permintaan. Bukan itu saja, setiap kelahiran, mereka mempunyai lambang bunga seperti mana yang ada pada anak kita tu." Ryzal bercerita dengan riak muka yang serius.
Berkerut dahi Clarissa mendengar cerita itu. Dia seolah-olah tidak mempercayai cerita suaminya itu.
"Awak yakin ke anak kita tu salah seorang daripada mereka? Dan awak percaya ke dengan benda-benda macam ni?"
"Saya sendiri pun tak pasti. Lagipun cerita ni dianggap sebagai dongeng je. Tapi, macam mana kalau anak kita tu salah seorang daripada mereka?"
Clarissa terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang akan dilakukannya jika benar dongeng itu betul.
"Nak cuba ke?" tanya Ryzal untuk kepastian.
"Saya sendiri pun tak tahu," balas Clarissa dengan ragu-ragu.
Kedua-duanya kemudian mengeluh panjang.
Mereka berdua duduk di dalam bilik itu sambil berfikir.
Beberapa minit kemudian, mereka berdua keluar dari bilik itu.
"Amary." Clarissa memanggil nama anak perempuannya itu apabila tidak kelihatan kelibat si anak di ruang tamu
"Rissa, dekat belakang ni." Ryzal bersuara dari pintu belakang.
Wanita itu segera pergi ke belakang dan terus ternampak kelibat si anak di belakang rumah, sedang duduk membelakangkan mereka berdua.
Pasangan itu mendekati si anak.
"Amary, kamu buat apa tu?" Rissa bertanya.
Amaryllis menunjukkan seekor rama-rama yang mati di atas telapak tangannya.
"Rama-rama," kata Amary dengan riak sedih terlakar di wajah.
Clarissa tersenyum. Dia mencangkung di sebelah si anak dan mengusap kepalanya.
Amaryllis menekup tangannya dan memejamkan matanya.
Clarissa memerhatikan saja tingkah si anak.
Apabila kanak-kanak itu membuka semula telapak tangannya, rama-rama yang tadinya mati, hidup semula dan terbang di udara.
Clarissa dan Ryzal terkejut melihat kejadian itu. Mereka berpandangan sesama sendiri.
Amaryllis yang tidak tahu apa-apa, hanya tersenyum melihat rama-rama itu kembali hidup dan terbang bebas.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...