3 tahun kemudian
Masa berlalu dengan sangat pantas.
Kehidupan Amaryllis dan Nash sebagai pasangan suami isteri sangat harmoni. Mereka saling hromat-menghormati antara satu sam lain. Mereka juga suka meluangkan masa hujung minggu bersama memandangkan kedua-dua mereka agak sibuk pada hari bekerja.
Meskipun begitu, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata. Tetapi, itu bukanlah perkara yang penting bagi mereka berdua kerana bagi mereka berdua, asalkan mereka ada antara satu sama lain.
"Amary." Nash menjengah isterinya yang berada di dalam bilik bajunya.
"Ya?" Amaryllis yang sedang memegang dua helai dress menoleh apabila dipanggil.
"Tak habis pilih baju lagi?" Nash menghampiri Amaryllis. Dua helai baju yang dipegang si isteri diambil.
"Antara dua tu, mana awak rasa cantik?" Amaryllis bertanya berkenaan baju yang dipilihnya tadi.
Nash memandang dua helai dress yang dipegangnya. Satu berwarna kelabu hitam, sementara satu lagi berwarna krim lembut dan hitam dengan corak bunga sakura pada bahagian bawah dan juga leher.
"Saya suka yang ni."
Nash menghulurkan baju berwarna krim.
Dress itu dibeli Nash semasa lelaki itu bekerja luar negara dan ia dihadiahkan buat isterinya. Dia juga mahu melihat isterinya memakai dress itu memandangkan ia masih belum dipakai lagi.
"Okey." Amaryllis mengambil dress itu dengan senyuman gembira.
"Padankan dengan rantai ni." Cadang Nash yang sedang berdiri di depan rak barangan kemas milik Amaryllis.
Amaryllis mengangguk setuju.
"Jom, pilih baju untuk saya pulak." Nash menarik tangan Amaryllis dan mereka berlalu ke bilik pakaian Nash pula.
Untuk Nash, Amaryllis memilih baju berkolar berwarna putih, vest berwarna krim dan kot berwana hitam dan krim. Pilihan warna baju yang dipilih sepadan dengan dress yang akan dipakai oleh si wanita.
Itulah rutin mereka suami isteri jika mereka bersiap untuk menghadiri majlis formal. Mereka akan meminta pasangan mereka untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai. Bagi mereka, cukuplah jika ia cantik di mata pasangan mereka.
Selesai memilih pakaian masing-masing, mereka pun bersiap dan bersedia untuk menghadiri majlis yang akan diadakan di sebuah hotel.
*****
Setiba je Nash dan Amaryllis di sebuah hotel yang gah berdiri, mereka disambut dengan barisan pekerja-pekerja hotel terssebut.
Pintu dibuka bagi menghormati tetamu mereka.
Nash dan Amaryllis keluar daripada kereta.
Seorang pekerja perempuan menghampiri Amaryllis dan menghulurkan sejambang bunga ros merah.
Amaryllis menerima bunga itu dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
"Selamat ulang tahun perkahwinan, Amary." Nash berbisik lembut pada isterinya.
"Selamat ulang tahun perkahwinan juga, suamiku."
Pada tahun sebelum ini, mereka hanya menyambut ulang tahun perkahwinan berdua. Namun, sambutan ulang tahun mereka kali ini agak berbeza sedikit dari tahun-tahun yang sebelumnya. Pada tahun ini, mereka bercadang untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan ahli keluarga, saudara-mara, dan juga rakan terdekat.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...