Keesokan harinya, Nash membawa Amaryllis ke hospital untuk pemeriksaan.
Apa yang terjadi malam tadi membuatkan Nash tidak senang duduk. Sepanjang malam, Amaryllis asyik terjaga yang berulang-alik ke tandas.
Bukan itu saja, tubuh isterinya itu kelihatan sangat lemah dan wajahnya pucat seperti tidak berdarah. Ikutkan rasa hati, mahu saja Nash membawa isterinya itu terus ke hospital malam itu juga, tetapi melihat keadaan si isteri, dia memberhentikan niatnya itu dan membiarkan si isteri untuk berehat.
"Puan Amaryllis."
Nama Amaryllis dipanggil oleh seorang jururawat wanita.
Nash memimpin tangan Amaryllis dan mereka berdua berjalan masuk ke bilik rawatan.
"Selamat pagi Puan Amaryllis, Encik Nash." Doktor perempuan menyapa pasangan itu dengan mesra. Senyuman manis terukir di bibir doktor itu.
Nash membantu Amaryllis untuk duduk di sebuah kerusi yang disediakan bertentangan dengan si doktor.
"Saya tak tahu kenapa, isteri saya tiba-tiba lemah satu badan dan pucat macam ni." Nash memberitahu dengan riak risau terlakar jelas di wajahnya.
Si doktor mengangguk faham. Dia melihat bacaan tekanan darah Amaryllis dan melakukan beberapa pemeriksaan kecil.
"Boleh tak puan berbaring dekat atas katil tu sekejap?"
Amaryllis mengangguk akur.
Nash membantu Amaryllis dan membaringkan isterinya itu.
"Encik Nash boleh duduk sekejap ya?" Si doktor kemudiannya menarik langsir, memisahkan pandangan Nash
Nash akur. Dia duduk di tempat Amaryllis tadi dan melihat tepat pada langsir yang menutupi pandangannya dari melihat keadaan si isteri. Dia berasa sangat cemas dan risau hinggakan fikirannya terfikir jika si isteri menhidapi apa-apa penyakit yang tidak diketahuinya.
Langsir dibuka. Si doktor memandang Nash dengan wajah yang ceria.
Nash segera mendapatkan Amaryllis. Dia kemudiannya mendudukkan semula Amaryllis di kerusi.
"Macam mana, doktor?" Nash bertanya ingin tahu.
"Ini adalah simptom yang biasa bagi perempuan hamil."
"Hamil? Mengandung?" Nash menyentuh bahu Amaryllis.
Si doktor mengangguk. Tingkah Nash mencuit hatinya dan dia hampir tertawa melihat riak wajah Nash.
"Tahniah, Encik Nash, Puan Amaryllis disahkan 4 minggu hamil."
Mendengar khabar berita itu membuatkan Nash mahu melonjak dan bersorak kegembiraan.
Amaryllis memegang perutnya yang masih kempis dengan perasaan yang sangat gembira. Air mata sudah bergenang di tubir matanya.
"Dalam tempoh awal kehamilan, perempuan biasanya akan hilang selera makan dan mengalami alahan yang teruk. Simptom yang ditunjukkan oleh Puan Amaryllis adalah simptom yang biasa dialami oleh wanita hamil yang lain. Jadi, Encik Nash jangan risau dan pastikan isteri encik dapat rehat yang secukupnya dan jangan biarkan dia terlalu tertekan."
Nash mengangguk faham dengan setiap kata-kata dan nasihat dari doktor itu.
Doktor itu menulis sesuatu di atas sehelai kertas dan kemudiannya diberikan kepada pasangan itu.
"Saya sarankan agar Puan Amaryllis datang lagi bulan depan untuk pemeriksaan susulan."
"Baiklah. Terima kasih, doktor."
Pasangan itu keluar dari bilik rawatan dan terus ke kereta.
Masuk saja ke dalam kereta, Nash terus menarik Amaryllis ke dalam pelukannya. Wajah isterinya itu dikucup semahunya.
YOU ARE READING
CURSED
FantasíaAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...