Sebulan kemudian
Amaryllis keluar dari bilik mandi dengan rambut yang basah.
Gadis itu duduk di hadapan meja solek. Dia menyinsir rambutnya yang panjang di depan cermin.
Tiba-tiba, tingkahnya terhenti. Matanya memandang tepat pada rambutnya.
"Rambut pendek sesuai sangat untuk kamu. Nampak macam Clarissa." puji Harla yang bertanggungjawab memotong rambut si gadis sehingga pendek di paras bahu.
Amaryllis terus merenung wajahnya sendiri.
Dia kemudiannya membuka salah satu laci yang ada di meja solek.
Sebuah gunting dikeluarkan dan tanpa teragak-agak, si gadis memotong rambutnya sendiri sehingga pendek separas bahu.
Amaryllis memandang pantulan wajahnya dengan riak puas hati terlakar di wajahnya.
"Meow."
Blackie melompat naik ke atas riba Amaryllis.
"Aku nak ke kampung. Makanan kau pun dah habis," kata Amaryllis sambil mengusap lembut kepala si kucing kecil.
"Meow."
"Aku akan bawa kau sekali."
Amaryllis berlalu ke almari bajunya dan mengeluarkan jubah berkerudung yang pernah dipakainya untuk ke kampung itu sebelum ini.
Gadis itu kemudiannya mengambil sebuah bakul dan meletakkan Blackie di dalamnya.
"Jom."
Gadis itu berlalu keluar dari rumahnya dan mengatur langkah ke Kampung Sahara.
*****
"Haih..." Nash mengeluh panjang.
"Kenapalah aku yang kena beli semua benda ni?!" Nash merungut apabila dia terpaksa pergi membeli dan menempah barang keperluan bar milik Hector.
Selepas memastikan semua keperluan bar telah ditempah, Nash pergi ke pasar untuk membeli keperluan rumah pula.
Ketika di pasar, dia membeli pelbagai jenis sayuran dan makanan laut yang masih segar.
Sehinggalah tiba-tiba Nash terlanggar seseorang apabila dia menoleh.
"Maaf!" Nash segera menunduk dan meminta maaf.
Orang itu mengangkat tangan, menandakan dia tidak apa-apa. Dia kemudiannya berlalu dari situ.
Nash mengangkat kepala dan melihat pemergian orang itu.
"Kenapa aku rasa macam pernah nampak dia sebelum ni?"
Nash menunduk semula dan ternampak sebuah dompet. Dia segera mengambil dompet itu dan mencari kelibat orang dilanggarnya tadi.
"Eh?! Hilang dah. Ke mana dia pergi?"
Nash meredah orang ramai dan mencari kelibat orang tadi.
Setelah beberapa ketika mencari, Nash akhirnya ternampak kelibat orang itu.
Orang itu berada di gerbang keluar. Dia berdiri di tepi itu, seolah-olah sedang menunggu seseorang.
Nash segera mendekati orang itu dan menegurnya.
"Maaf mengganggu."
Orang itu memandang tepat pada Nash.
Nash terkedu dan terkelu melihat mata milik orang itu.
Ia berwarna mint. Berkilat dan bersinar apabila terkena panahan cahaya matahari. Namun, ia langsung tidak memaparkan sebarang emosi.
Orang itu membuka mulutnya dan menutup semula. Dia mahu berkata sesuatu, tetapi segera membatalkan niatnya itu.
Nash tersedar.
"Maaf! Saya terjumpa ni."
Nash menghulurkan dompet milik orang itu.
"Mungkin tercicir masa saya terlanggar cik tadi. Nasib baik saya terjumpa cik lagi," kata Nash dengan senyuman kecil di bibirnya.
Orang itu menunduk sebagai tanda terima kasih.
Dia kemudiannya membuka bakul untuk meletak dompetnya. Tiba-tiba seekor kucing menjengah keluar.
"Kucing jalanan hari tu! Jadi betullah dia orang yang sama aku nampak hari tu."
"Terima kasih," kata orang itu dengan sangat perlahan.
"Ha?!" Nash langsung tidak mendengar ucapan orang itu dengan jelas.
Tanpa berkata lebih, orang itu segera mengatur langkah dengan laju, meninggalkan Nash yang diselubungi dengan tanda tanya.
*****
Amarylis tiba di rumah dan dia segera membuka jubah labuhnya.
"Meow~" Blackie melaompat keluar dari dalam bakul dan menggosokkan kepalanya pada kaki gadis itu.
Amarylis berlalu ke dapur dan menyimpan semua barangan yang dibelinya.
Setelah itu, dia berlalu ke ruang tamu dan berbaring di atas sofa.
Gadis itu termenung, memandang ke siling.
"Kenapa aku rasa macam pernah nampak lelaki tu sebelum ni?" Amaryllis tertanya sendiri di dalam hatinya.
Blackie melompat naik di atas badan si gadis dan menggulungkan badannya dengan selesa.
Amaryllis memejamkan matanya dan tertidur.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...