Get Along

144 12 1
                                    


Beberapa bulan sudah berlalu sejak Nash dan Amaryllis bertemu.

Setiap kali gadis itu pergi ke kampung, mesti mereka akan bertembung dan pertembungan itu dianggap sebagai satu kebetulan bagi Amaryllis.

Tetapi, tidak bagi Nash. Ini kerana, dia selalu memerhatikan si gadis dan dapat mengagak hari apakah si gadis akan datang ke kampungnya.

Dengan cara itu, senanglah baginya untuk bertemu dengan si gadis dan menganggap bahawa pertemuan itu sebagai satu kebetulan.

"Nak makan? Aku belanja." Nash bertanya pada si gadis yang hanya diam membisukan diri.

"Amary?" Nash mencuit bahu si gadis apabila langsung tiada respon darinya.

"Tak apa," jawab si gadis singkat.

"Okey."

Mereka berjalan beriringan. Setiap kali si gadis berhenti untuk membeli sesuatu, si lelaki pasti akan mengekorinya dan ia membuatkan si gadis berasa agak janggal.

Satu lagi, lelaki itu banyak mulut dan selalu saja mengajak si gadis untuk bersembang. Tetapi, disebabkan Amaryllis bukanlah seseorang yang banyak cakap, dia hanya menjawab dengan singkat saja.

"Ada apa-apa lagi ke yang nak dibeli?" Nash bertanya sambil menjengah ke dalam bakul yang dibawa Amaryllis.

Amaryllis memandang bakulnya dan melihat-lihat apa lagi yang diperlukannya.

"Tak ada." Amaryllis berkata dan memandang ke dalam mata Nash.

Lelaki itu tersenyum melihat pandangan mata si gadis.

Amaryllis segera melarikan pandangan matanya.

Sejujurnya, Nash suka melihat warna mata Amaryllis yang unik meskipun ia tidak terkandung sebarang emosi.

"Nak balik dah ke?"

Amaryllis mengangguk.

"Nak aku temankan?"

Si gadis menggeleng.

"Oh, okey." Nash terpaksa akur.

Sepanjang perkenalan mereka, lelaki itu sering kali mempelawa diri untuk menemani si gadis pulang. Namun, si gadis selalu menolak pelawaan itu dan ia agak mengecewakan si lelaki yang sememangnya mahu tahu lebih lagi tentang si gadis.

"Hati-hati balik," pesan Nash kepada Amaryllis.

Amaryllis sekadar menundukkan sedikit kepalanya sebelum berlalu pergi meninggalkan kawasan pasar itu.

Nash memandang langkah si gadis sehingga dia hilang dari pandangan. Setelah itu, barulah dia mengatur langkah, pulang ke rumahnya.

Tiba saja di rumah, Nash perasan terdapat sepasang kasut yang tidak diketahuinya.

Lelaki itu melangkah masuk dan terus memandang ke ruang tamu.

"Nash!" Seorang perempuan berdiri dan segera mendapatkan lelaki itu.

"Camila." Nash terkejut dengan kepulangan satu-satunya adik perempuan Hector.

Camila memeluk erat Nash.

"Bila sampai?" Nash bertanya sambil mengusap kepala si gadis.

Camila mendongak dan tersenyum.

"Baru je beberapa minit lepas. Nash dari mana?"

"Dari pasar. Jumpa dengan orang sekejap tadi."

"Oh!"

Camila meleraikan pelukannya dan kembali duduk di sofa.

Sophia, ibu kepada mereka bertiga keluar dari ruang dapur dengan membawa sedulang minuman.

"Oh! Nash dah balik."

Nash tersenyum kepada Sophia sebelum berlalu naik ke biliknya.

"Bagus juga kamu balik ni. Ibu dengan Hector ada sesuatu nak bincangkan dengan kamu."

Camila memandang ibunya dengan pandangan hairan.

"Macam penting je. Ada apa-apa masalah ke ibu?" Camila bertanya kerisauan.

Sophia tersenyum.

"Bukan masalah besar pun. Tapi ia penting," kata Sophia denan senyuman di bibir.

Berkerut dahi Camila melihat senyuman si ibu yang kelihatan agak mencurigakan pada pandangannya.

*****

Amaryllis duduk berehat di sofa dengan malasnya.

Blackie yang sedang tidur di atas ribanya, diusap dengan lembut.

Si gadis termenung jauh meskipun tangannya sibuk mengusap bulu si kucing.

Di dalam kepalanya, memikirkan perihal Nash.

Entah mengapa, sejak mengenali lelaki itu beberapa bulan yang lalu, dia selalu berfikir tentang si lelaki. Kadang-kala, akan mncul satu perasaan yang tidak difahaminya, sehingga dirinya gelisah dan tidak tenteram.

Amaryllis tiba-tiba menghelakan keluhan berat.

Ternyata kewujudan lelaki itu di dalam hidupnya membuatkan dia tertanya-tanya. Pelbagai perasaan yang tidak difahaminya juga tiba-tiba muncul dan ia sangat membingungkan diri si gadis.


CURSEDWhere stories live. Discover now