Keesokan harinya, Adriel dan Gloria membawa Amaryllis ke rumah keluarga Luke untuk membincangkan perkara yang berlaku di antara Luke dan Amaryllis semalam.
Seperti kebiasaannya, kedatangan keluarga kecil itu pasti akan disambut mesra oleh Ilya. Kedatangan mereka sangat dialu-alukan.
Melihat dari tingkah Ilya yang mesra dengan senyuman manis di bibir, mereka sekeluarga dapat meneka bahawa wanita itu masih tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh anak lelakinya terhadap Amaryllis. Lagipun, Ilya juga tidak nampak wajah Amaryllis memandang wanita itu memakai penutup mulut.
Mereka masuk ke dalam ruamh itu dan duduk di ruang tamu.
"Tunggu sekejap ya, saya peergi sediakan minuman kejap." Ilya mahu meminta diri untuk ke dapur.
"Ilya, Nathan ada dekat rumah?" Adriel bertanya.
"Ada. Dia dekat belakang tengah uruskan kebun dia."
"Boleh panggilkan dia sekejap tak?"
Ilya memandang Adriel dengan perasaan hairan. Lelaki itu kelihatan sangat serius.
"Ya, sekejap saya panggilkan dia." Ilya berlalu ke belakang rumahnya dan memanggil si suami.
Nathan masuk ke dalam rumah dan menjengah tetamunya.
"Aku naik mandi kejap, Riel. Nanti aku turun," kata Nathan.
Adriel mengangguk faham.
Nathan naik ke biliknya dan memebrsihkan dirinya sementara Ilya pula berada di dapur, menyediakan minuman dan makanan ringan untuk tetamunya.
Beberapa ketika kemudian, pasangan suami isteri itu masuk ke ruang tamu dan duduk bersama dengan tetamunya.
"Ada apa kau datang pagi-pagi ni? Tak maklumkan aku pulak tu." Nathan memulakan perbualannya.
Jika kebiasaannya, Adriel akan menelefonnya terlebih dahulu jika sahabatnya itu mahu singgah ke rumahnya. Tetapi kedatangan Adriel di awal pagi tanpa maklumannya terlebih dahulu membuatkan dia diselubungi dengan tanda tanya.
"Anak-anak kau ada?"
"Ada je. Dekat bilik masing-masing."
Nathan dan Ilya berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat. Mereka berasa hairan dengan tingkah keluarga kecil itu.
"Macam ni la, Nathan. Aku tak nak besar-besarkan perkara ni. Aku cuma nak Luke turun dan minta maaf pada kami sekeluarga. Itu je." Adriel berkata dengan tenang.
"Minta maaf? Apa yang anak kami dah buat sampaikan dia perlu minta maaf pada kamu sekeluarga?" Ilya bertanya.
Gloria memegang tangan Amaryllis.
Amaryllis membuka penutup mulutnya.
Nathan dan Ilya terkejut melihat keadaan Amaryllis.
"Apa yang terjadi pada kamu, Illis?" Nathan bertanya. Terkejut melihat kesan lebam membiru di pipi putih Amaryllis.
"Semalam ada pertengkaran antara Luke dengan anak kami. Aku tak kisah kalau mereka bergaduh mulut je. Tapi ni sampai cederakan anak aku, ibu ayah mana je yang tak marah dan sedih bila tengok satu-satunya anak mereka kena macam ni."
"Mana mungkin Luke buat Illis macam tu! Anak kami bukannya macam tu." Ilya tiba-tiba melenting. Dia menganggap Amaryllis menuduh anak lelakinya punca wanita itu jadi begitu.
"Masa bila tu?" Nathan bertanya dengan tenang.
"Tengah hari semalam." Amaryllis bersuara.
Nathan memejamkan matanya seketika.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...