Weird Dream

47 3 0
                                    

Dua minggu kemudian

Dua minggu berlalu sejak kejadian di antara Amaryllis dan Luke.

Seperti yang dirancangkan, Amaryllis berhenti dari menjadi pengurus di restoran milik Nora.

Pada awalnya, Nora tidak membenarkan Amaryllis untuk meletakkan jawatan. Namun setelah beberapa kali Amaryllis mengulangi dan berkata perkara yang sama, Nora akhirnya mengalah dan membenarkan rakannya itu untuk berhenti. Nama Amaryllis sebagai rakan kongsi juga sudah ditarik semula.

Amaryllis akhirnya berasa bebas apabila dia tidak lagi terikat dengan dua beradik itu.

Selepas saja meletakkan jawatannya di restoran itu, Amaryllis terus diberikan jawatan di syarikat ayahnya. Dia mula diajar bagaimana cara untuk menguruskan syarikat itu memandangkan dia adalah satu-satunya waris yang akan mewarisi syarikat itu suatu hari nanti.

Bukan itu saja, hubungan Nash dan Amaryllis juga semakin akrab. Si lelaki telah membawa Amaryllis bertemu dengan keluarganya, begitu juga dengan Amaryllis.

Atas kata sepakat dua keluarga, pasangan itu diikat dengan pertunangan beberapa hari selepas itu. Nash dan Amryllis langsung tidak mebantah, malah mereka gembira apabila kedua-dua keluarga dapat menerima mereka dengan hati yang terbuka.

Meskipun begitu, ada sesuatu yang aneh dialami Nash selepas mereka berdua bertunang.

*****

Nash yang sibuk menyemak fail projek, tiba-tiba berhenti melakukan kerjanya. Fail ditutup dan dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

Nash memandang siling pejabatnya dan memikirkan sesuatu.

Sejak dia bertunang dengan Amaryllis, dia sering didatangi dengan mimpi yang aneh.

Di dalam mimpinya itu, dia sering memimpikan dirinya dan juga Amaryllis. Tetapi apa yang mengharaikannya adalah Amaryllis di dalam mimpi itu kelihatan lebih muda. Wajah gadis itu juga langsung tidak beremosi dan keadaannya sedikit tidak terurus. Bukan itu saja, warna mata Amaryllis juga kelihatan berbeza di dalam mimpinya.

Pada mulanya, Nash berfikir itu hanyalah sekadar mimpi biasa dan dia juga menafikan gadis itu adalah Amaryllis sendiri. Tetapi, hati dan firasatnya kuat mengatakan yang gadis muda itu adalah Amaryllis. Cuma penampilannya saja yang berbeza.

Mimpi yang dialami Nash itu bukannya datang sekali, malah beberapa kali setiap kali lelaki itu tidur. Mimpi itu juga bukannya berulang, tetapi berlainan dan ia seolah-olah menggambarkan perjalanan kehidupan mereke berdua di dunia itu.

Tok! Tok!

Mikael muncul di depan pintu pejabat Nash.

"Kenapa?" Nash bertanya.

"Tak keluar makan dengan Illis?" Mikael bertanya sambil berjalan menghampiri adiknya itu dan duduk bertentangan dengan Nash.

"Illis keluar negara dengan ayah dia. Urusan kerja katanya."

Sejak Amaryllis bekerja di syarikat ayahnya, wanita itu agak sibuk sedikit dari kebiasaannya. Adakalanya, wanita itu menelefonnya sambil menguruskan kerja-kerja yang ada.

Melihat Amaryllis bekerja keras membuatkan Nash risau akan keadaan kesihatan tunangnya itu.

"Oh! Nak keluar makan dengan aku tak?" Ajak Mikael yang sebenarnya kebosanan.

Nash memandang jam tangannya.

"Boleh juga. Kejap aku kemaskan meja ni dulu."

"Okay. Aku tunggu dekat kereta."

CURSEDWhere stories live. Discover now