The Wedding Day

41 3 0
                                    

Beberapa bulan kemudian, Nash dan Amaryllis selamat disatukan.

Perkahwinan mereka disambut dengan sangat meriah. Ramai tetamu dijemput hadir untuk memeriahkan majlis penyatuan dua hati itu.

Amaryllis kelihatan sangat cantik dengan gaun serba putihnya, manakala Nash pula sangat segak dan tampan dengan tuxedo putih hitamnya.

Pasangan itu kelihatan sangat serasi dan cantik apabila berada di atas pelamin yang indah dengan hiasan bunga.

Amaryllis memandang si lelaki yang kini bergelar suaminya. Memori lama bermain di dalam kepala.

Siapa sangka, lelaki yang dulunya kelihatan sedikit comot dan selekeh, kini kelihatan sangat segak, tampan dan mampu mencairkan hati mana-mana gadis yang memandangnya. Mengenangkan perkara itu membuatkan Amaryllis tertawa kecil.

Nash memandang si isteri. Dia tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Amaryllis.

"Apa yang kelakar sangat tu?" Nash berbisik di telinga Amaryllis.

Amaryllis menggeleng manja.

Nash memegang dagu Amaryllis dan mencium dahi isterinya itu.

Wajah Amaryllis memerah apabila Nash bertingkah seperti itu. Dia malu kerana para tetamu kini sedang memerhatikan mereka.

"Jangan buat aku cemburu dekat sini. Tolong hormat sikit." Mikael yang baru naik ke atas pelamin berkata sambil mencebik.

"Kalau tak nak cemburu pergi kahwin sana," kata Nash sambil memeluk pinggang Amaryllis dengan niat mahu menunjuk.

"Tch!"

Mikael memandang Amaryllis.

"Tahniah, Illis."

"Terima kasih, Mika." Amaryllis tersenyum manis.

"Ni hadiah dari saya sebagai abang ipar awak." Mikael menghulurkan sebuah sampul putih.

Amaryllis memandang Nash dan si suami mengangguk.

Sampul itu diambil dan isinya dikeluarkan.

Dua helai tiket penerbangan dengan nama Nash dan Amaryllis tertera.

"Hadiah bulan madu untuk korang berdua. Tentang perbelanjaan kau jangan risau, aku dah uruskan dengan keluarga kita." Tambah Mikael lagi.

"Terima kasih." Ucap pasangan itu.

Mikael senyum lebar. Dia gembira melihat si adik.

Mikael menghampiri Amaryllis dan menundukkan sedikit tubuhnya.

"Pastikan ada berita gembira lepas balik nanti." Bisik Mikael pada wanita itu.

Tidak semena-mena wajah Amaryllis berubah merah.

Mikael tertawa melihat reaksi adik iparnya itu.

Keluarga Amaryllis dan Nash kemudiannya naik ke pelamin.

"Tahniah, Illis." Freya memeluk erat tubuh Amaryllis.

"Terima kasih, Freya."

Jonas menghampiri isterinya, Freya.

"Hai, sayang." Amaryllis menyapa bayi lelaki yang didukung oleh Jonas.

Sebulan lepas, Freya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan dia diberi nama Izan Zora.

"Tahniah juga, Nash."

"Terima kasih, Freya."

Freya tiba-tiba mendekati abang kembarnya.

CURSEDWhere stories live. Discover now