Modern World"Hiasan ni kami nak letak dekat mana?" Seorang pekerja bertanya kepada si pengurus yang kelihatan sibuk menguruskan pekerja-pekerja yang lain.
"Sangkut dekat atas sana. Minta tolong pada perkeja lelaki yang lain untuk gantungkan," kata si pengurus perempuan.
Perkerja itu mengangguk akur dan segera berlalu pergi untuk meneruskan kerjanya.
"Pengurus!" Seorang pekerja lelaki berlari mendapatkan si pengurus.
"Ada apa, Alfie?"
Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap kepenatan.
"Saya baru dapat berita ni. Band yang akan hadir malam ni tak dapat datang. Salah seorang dari ahli mereka kemalangan pagi tadi." Beritahu lelaki itu dengan riak risau terlakar di wajahnya.
Pengurus perempuan itu mengeluh perlahan.
"Pengurus." Seorang pekerja lelaki menyampuk perbualan itu setelah dia terdengar apa diperkatakan oleh rakan sekerjana.
"Saya ada kenalan yang ada band juga. Kalau pengurus berminat, saya boleh hubungi mereka."
Si pengurus perempuan dan Alfie berbalas pandangan seketika.
"Hubungi mereka dan pastikan mereka datang setengah jam sebelum majlis bermula," kata si pengurus dengan tegas.
Pekerja lelaki itu tersenyum sendiri lalu mengangguk faham. Dia berlalu pergi untuk menghubungi rakan yang dikatakan tadi.
"Amaryllis!" Seorang wanita melompat dan memeluk erat si pengurus yang sibuk.
"Nora."
Si wanita bernama Nora meleraikan pelukannya. Dia mengukirkan senyuman buat rakannya itu.
"Apa kau buat dekat sini? Bukan ke sepatutnya kau tengah bersiap sekarang ni?" Amaryllis bertanya dengan nada risau.
Nora merupakan rakan kongsi Amaryllis dan juga merupakan pemilik restoran yang sedang dihias sekarang.
Restoran milik Nora itu adalah merupakan cawangannya yang ketiga dan Amaryllis adalah rakan kongsi serta pengurus restoran cawangan terbaru mereka.
"Kau pun sama. Kau tak sepatutnya ada dekat sini," kata Nora sambil mencebik.
"Aku kena pastikan majlis ni berjalan dengan lancar, Nora. Aku tak nak imej kau tercalar hanya disebabkan masalah kecil yang tak sepatutnya terjadi." Amaryllis berkata meluahkan kerisauannya.
"Jangan risau, Illis. Semuanya akan baik-baik je. Percayakanlah pekerja-pekerja kita."
Amaryllis menggeleng perlahan.
"Sudah! Aku datang ke sini bukan nak dengar bebelan kau." Nora menepuk tangannya.
Seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua.
"Alan, pantau keadaan dekat sini. Pastikan semuanya siap sebelum majlis," arah Nora dengan tegas.
"Baiklah, cik." Alan menunduk akur.
Nora mencapai tangan Amaryllis dan menggenggamnya erat.
"Jom kita pergi bersiap!"
Nora terus menarik Amaryllis keluar dari restoran itu.
Amaryllis terpaksa ikutkan saja tingkah Nora. Dia tidak mahu rakan kongsinya itu berjauh hati jika dia menolak pelawaan itu.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan kereta terus dipandu laju meninggalkan kawasan itu.
*****
Jam 2030
Semua persiapan dan perhiasan dapat disiapkan tepat pada masanya.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...