Don't You Ever Insult Her!

89 7 7
                                    


"Aku nak balik ke rumah sekejap. Kau berehat la dulu, ya." Nash berkata sambil membasuh pinggang.

Amaryllis mengangguk faham.

Setelah selesai membersihkan ruang dapur, Nash memimpin Amaryllis naik ke bilik gadis itu.

Semasa di dalam bilik, Amaryllis dibaringkan dan diselimutkan.

Nash mengusap kepala Amaryllis dengan lembut.

Dalam pada itu, Nash dapat merasakan kesedihan di dalam hatinya apabila melihat keadaan Amaryllis yang semakin hari semakin lemah.

Wajah si gadis semakin memucat seperti tidak berdarah. Tubuhnya juga sudah semakin menyejuk. Semua ini disebabkan lakaran akar menjalar pada tubuh si gadis yang semakin bertambah secara tiba-tiba.

Amaryllis memegang tangan Nash.

"Jangan risau tentang aku. Aku akan tunggu kau dekat sini." Amaryllis berkata dengan suara yang perlahan.

Nash mengangguk.

"Tunggu aku. Aku balik sekejap je."

Amaryllis mengangguk faham.

Nash mencapai tangan kanan Amaryllis dan mencium belakang tangan gadis itu.

Amaryllis mengukirkan segaris senyuman sebelum memejamkan matanya.

Setelah memastikan yang Amaryllis telah lena, Nash terus berlalu meninggalkan gadis itu.

Pintu rumah serta pagar utama sempat dikuncinya terlebih dahulu sebelum berlalu pergi dari kawasan itu.

Setelah Nash pergi, sekumpulan lelaki seramai enam orang muncul.

*****

Nash pulang ke rumah untuk membantu ibu angkatnya dengan rutin harian.

Namun, semasa tiba di rumah, kelibat si ibu langsung tidak kelihatan.

Hector keluar dari biliknya.

"Mana ibu?" Nash bertanya.

Hector tidak menjawab, malah dia hanya memandang tepat ke arah Nash dengan pandangan tidak puas hati.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Aku tanya ibu mana?" Nash bertanya sekali lagi.

"Siapa perempuan tu?" Hector tiba-tiba menanyakan soalan yang tidak, difahami oleh Nash.

"Perempuan apa pulak kau ni?"

Nash berlalu ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

Hector mengekori lelaki itu.

"Sejak bila kau berkawan dengan perempuan sumpahan tu?"

Tindakan Nash yang baru mahu minum terus terbantut. Dia memandang tepat ke arah Hector dengan pandangan serius.

"Dia bukan perempuan sumpahan." Nash berkata denga nada tegas. Riak wajahnya sangat serius.

"Aku dah dengar banyak benda tentang perempuan tu, Nash. Dia adalah budak perempuan yang pernah sembuhkan kau dulu dan sejak daripada tu, aku juga dapat tahu yang kebolehan dia dah hilang. Kini, kewujudan dia hanya membawa bala pada sesiapa yang dekat denga dia je!"

Nash meluru ke arah Hector dan merengkuh kasar leher baju lelaki itu.

"Kau tak tahu apa-apa tentang dia dan lebih baik kau diam!"

"Aku buat semua ni untuk lindungi kau! Aku tak nak bala menimpa kau."

Tanpa berfikir panjang, Nash terus mencampak Hector ke lantai. Lelaki itu tergolek dan tubuhnya terlanggar kabinet dapur.

"Kau tak tahu apa-apa, Hector."

Tanpa memikirkan keadaan Hector yang sedang menahan sakit, Nash terus mengatur langkah mahu keluar dari situ.

Baru saja Nash mahu melangkah keluar dari dapur, tiba-tiba kepalanya berasa sangat sakit dan berat.

"Argh!" Nash jatuh melutut.

Secara tiba-tiba, gambaran Amaryllis terlintas di fikirannya.

"Amaryllis." Nash menyebut perlahan nama gadis itu. Dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati.

Nash menggagahkan dirinya untuk berdiri semula.

Langkahnya diatur keluar dari rumah.

Baru setapak melangkah keluar, ada sesuatu telah menarik perhatian Nash.

Lelaki itu menoleh dan memandang pada pasu bunga milik ibunya.

Di dalam pasu itu, terdapat satu bunga yang hanya ada di kawasan laman rumah Amaryllis saja.

Kewujudan bunga itu di dalam pasu bunga membuatkan Nash tertanya-tanya sendiri.

Apabila Nash mengalihkan tumpuannya dan memandang sekeliling, ternyata bunga itu bukan saja ada di dalam pasu itu saja, malah turut berada di beberapa kawasan yang lain.

Kejadian itu membuatkan Nash semakin panik dan risau.

Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari.

"Amaryllis!" Nash menjerit memanggil nama gadis itu di dalam hatinya.

Tiba saja di laluan yang menyambungkan laluan di antara rumah Amaryllis dan kawasan kampung, kelihatan bunga spider lily berwarna merah sudah tumbuh di sepanjang laluan itu.

Disebabkan rasa risau yang menggunung di dalam diri, Nash meneruskan lariannya, meredah kawasan berbunga beracun itu.

Semasa dia semakin hampir dengan rumah si gadis, Nash terperasan bahawa pagar rumah sudah terkuak luas.

Nash segera berlari masuk.

Buka saja pintu utama, Nash terus dikejutkan dengan suasana di dalam rumah itu.

Rumah yang ditinggalkannya tadi bersih, kini sudah tidak ada rupa seperti rumah.

Akar selirat yang halus sudah menjalar di segenap kawasan rumah.

Bukan itu saja, malah enam mayat lelaki yang dililit akar kelihatan tergantung pada siling.

"Amaryllis." Nash memanggil dengan  suara yang bergetar.

Langkahnya lemah menghampiri sekujur tubuh yang terbaring di tengah ruang tamu dengan dikelilingi oleh bunga spider lily yang menjadi lambang bunga sumpahan milik si gadis.

CURSEDWhere stories live. Discover now