The Second Encounter

55 4 3
                                    


Seminggu kemudian

"Luke nak keluar hujung minggu ni."

"Jadi? Kenapa kau beritahu aku benda ni?" Amaryllis yang sibuk dengan kerjanya bertanya tanpa memandang Nora.

"Apa kata kau temankan dia?"

Amaryllis yang tadinya hanya tertunduk membaca fail laporan, terus mendongak dan memandang tepat ke arah Nora.

"Apa maksud kau aku yang temankan dia? Kenapa bukan kau atau pun ibu je yang temankan dia?"

Sejujurnya, Amaryllis tahu apa yang dirancangkan oleh Nora dan juga puan Ilya. Dan dia juga tahu perasaan Luke terhadap dirinya.

Namun, Amaryllis langsung tidak mengendahkan perkara itu dan hanya fokus akan kehidupannya.

Cumanya, sejak bertemu dengan Nash semula, Amaryllis tidak dapat melupakan lelaki itu dan sering berharap untuk bertemu dengannya lagi.

Hakikatnya, Amaryllis tidak pernah melupakan lelaki itu walaupun beratus tahun sudah berlalu.

Hajat yang dibuatnya dahulu adalah tali harapan untuk dirinya bertemu dengan Nash di kehidupan yang baru dan pertemuan mereka beberapa hari yang lepas membuatkan Amaryllis berharap agar mereka dapat bersama seperti dahulu.

Namun, melihat keadaan Nash yang sepertinya tidak mengingati apa yang pernah berlaku di antara mereka membuatkan Amaryllis berasa sedih.

Amaryllis sangat berharap mereka dapat bertemu lagi dan berkenalan dengan rapat lagi. Lagi-lagi setelah memberikan nombor telefonnya kepada lelak itu.

Tetapi, walaupun sudah seminggu berlalu, lelaki itu langsung tidak menghubunginya dan ia membuatkan Amaryllis kecewa.

"Hoi! Termenung pula!" Nora menegur sambil menepuk meja kerja Amaryllis.

Amaryllis menggeleng.

"Aku tak nak pergi. Banyak lagi kerja yang perlu aku buat."

Amaryllis kembali mengangkat fail laporannya tadi.

Nora tidak semena-mena merampas fail itu dan mencampaknya ke sofa.

"Suka atau tak, kau akan temankan Luke juga."

"Tsk." Amaryllis berdecit marah.

Nora adalah perempuan yang sangat keras kepala. Dia mahukan semua orang di sekelililingnya mengikut arahan dan faham dirinya. Tetap dia langsung tidak mengambil kira perasaan orang sekelilingnya.

Amaryllis terpaksa akur. Bukan dirinya hanya membiarkan Nora berbuat apa saja. Cuamnya dia tidak mahu mengeruhkan hubungan mereka hanya disebabkan perkara sekecil itu.

*****

Hujung minggu

Seperti yang dijanjikan, Amaryllis terpaksa menemani Luke keluar membeli barangan keperluan lelaki itu.

"Maaf sebab ganggu hujung minggu awak, Ilis."

Luke berkata dengan nada serba salah apabila wanita itu hanya berdiam diri saja sejak dari dijemput dari rumahnya.

Amaryllis menghela keluhan kecil.

Luke menjeling sekilas. Dia mahu meliat riak wajah Amaryllis tika itu.

"Jangan risau, bukan salah awak pun." Amaryllis berkata sebegitu, namun dia langsung tidak memandang si lelaki yang sedang memandu.

Melihat tingkah wanita di sebelahnya membuatkan Luke tahu bahawa wanita itu terpaksa menemaninya

Beberapa ketika kemudian mereka tiba di pusat beli-belah.

Kedua-dua mereka masuk ke dalam pusat beli-belah itu.

CURSEDWhere stories live. Discover now