New Life

175 21 0
                                    


5 tahum kemudian

5 tahun sudah berlalu sejak Amaryllis ditinggalkan keseorangan di sebuah rumah yang terletak jauh dari kampung asalnya.

Rumah tempat tinggal gadis itu terletak di satu kawasan bukit dan agak berhampiran dengan sebuah perkampungan lain.

Gadis itu pula umurnya sudah hampir menginjak 20 tahun dan dia sudah biasa dengan kehidupan sendirian.

Selama 5 tahun dia tingal di rumah itu, Harla masih datang melawat meskipun sebulan sekali. Jika wanita itu datang melawat, dia pasti akan membawa sekali makanan dan bahan memasak yang mampu tahan selama sebulan.

Bukan itu saja, wanita tua itu juga memberikan wang belanja untuk si gadis. Sebagai kecemasan, andai kata si gadis mahu membeli barangnya di kawasan berhampiran.

Amaryllis semakin selesa dengan wanita itu, sehinggalah pada ulang tahunnya yang ke-20.

Pada hari kejadian, dia mendapat berita bahawa Harla telah meninggal dunia kerana sakit jantung.

Amaryllis kembali kesunyian dan hatinya bertambah kosong.

Wanita itu sudah dianggap seperti ibunya sendiri dan kehilangan itu sangat melukakan hatinya.

Namun seperti biasa, wajahnya langsung tidak memaparkan sebarang emosi.

*****

2 bulan kemudian

Sepanjang dua bulan kematian Harla, Amaryllis langsung tidak keluar dari rumahnya. Hinggakan, laman rumahnya langsung tidak terjaga dan diuruskan.

Nasib saja rumahnya berpagar. Jika tidak, pasti sudah dimasuki haiwan dan tamannya pasti akan dirosakkan.

Sehinggalah satu hari, Amaryllis mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah dan membersihkan lamannya.

Seperti taman di rumah lamanya, ia dipenuhi dengan bunga spider lily yang berwarna merah darah. Tetapi kini, jumlahnya lebih banyak dari di sana.

Ia tumbuh dengan banyak hingga hampir memenuhi kawasan rumah.

*****

"Nash! tolong angkatkan barang-barang tu masuk dapur."

"Sekejap!"

Nash yang berada di kebun belakang rumah, segera mendapatkan seorang lelaki yang sedang mengangkat barang dapur yang baru dibelinya.

"Kau tak sudah-sudah berkebun dekat belakang tu."

Nash hanya tersenyum.

Barang-barang itu diletakkan di atas meja makan di dapur.

"Aku tengok-tengok je. Mana tahu kut ada serangga pemusnah ke apa," kata Nash sambil mengelap peluh di dahi.

"Ibu mana?"

"Ada dekat sebelah. Bersembang dengan jiran."

"Oh."

"Weh! Kau nak ikut aku tak?" Si lelaki bertanya, lalu meneguk air kosong.

"Ke mana?" Nash bertanya dan duduk di depan lelaki itu.

"Ke hutan. Aku rasa macam nak memburu sikitlah. Tiba-tiba teringin nak makan daging rusa ke, arnab ke."Lelaki itu menjongekt-jongket keningnya.

"Aku okey je. Bila nak pergi?"

"Sekejap! Aku naik tukar baju dulu."

"Hmm. Yelah. Cepat sikit."

Seorang wanita masuk ke dalam dapur.

"Eh, Nash! Hector mana?" Wanita itu bertanya.

"Dia naik ke atas tukar baju. Katanya nak keluar memburu sekejap. Nash ikut sekali."

"Oh! Hati-hati masuk hutan tu nanti."

"Baiklah, ibu." Wanita itu berlalu keluar dari dapur dan masuk ke biliknya untuk menukar pakaian.

Beberapa ketika kemudian, Hector masuk semula ke dalam dapur dengan membawa dua pucuk senapang di belakangnya.

"Jom!"

Mereka berdua keluar dari rumah dan menunggang kuda untuk ke hutan.

*****

Nash Elexie's background

Nash merupakan anak yatim piatu yang telah dijaga oleh keluarga Zayne sejak kecil lagi.

Di dalam keluarga itu, hanya ada si ibu dan juga dua pasang anaknya. Sementara si suami pula sudah lama meninggal dunia akibat sakit.

Si ibu bernama Sophia dan dia bekerja sebagai tukang jahit. Anak pertama keluar itu adalah Hector Frey. Hector mengusahakan bar milik keluarganya, yang merupakan peninggalan si ayah. Akhir sekali, anak perempuan keluarga itu, Camila Harper. Gadis itu kini sedang belajar di kota utama dan menetap di sana untuk sementara waktu.

Nash dan Hector sebaya, 25 tahun. Manakala Camila pula 20 tahun. Mereka bertiga hidup seperti adik-beradik biasa dan menjaga antara satu sama lain.

*****

Nash dan Hector memasang beberapa perangkap di beberapa kawasan yang telah ditetapkan.

Sedang mereka memasang perangkap, Nash ternampak sesuatu dari ekor matanya.

Dia segera mengangkat kepala dan memandang ke arah sekuntum bunga yang berwarna merah darah. Warnanya sangat terang sehingga menarik perhatian si lelaki.

"Bunga apa ni? Tak pernah nampak pula dekat kawasan ni." 

Nash berdiri dan berjalan menghampiri bunga itu.

Ketika berdiri di hadapan bungan itu, Nash memandang sekeliling untuk mencari kumpulan bunga yang lain. Tetapi apa yang dilihatnya lebih mengejutkan daripada apa yang dijangkanya.

"Hoi!" Hector menepuk bahu Nash dan ia menyentak si lelaki.

"Kau pandang apa?"

"Tu." Nash menunjuk ke arah sebuah rumah yang terlindung di balik pokok. Dari tempat mereka berdiri, mereka dapat nampak bunga berwarna merah menghiasi laman rumah itu.

"Sebelum ni, rumah tu tak berpenghuni pun. Tapi akhir-akhir ni, rumah tu nampak macam berpenghuni. Tapi, tak ada siapa pun yang berani datang dekat untuk tengok rumah tu. Dengar kata, rumah tu ada sumpahan dan sesiapa yang masuk tak akan keluar langsung."

Hector bercerita dari apa yang didengarinya dari orang ramai.

Nash masih memandang tepat ke arah rumah itu tanpa berganjak.

"Weh! Jomlah kita pergi dari sini. Bulu roma aku tiba-tiba meremang lain macam ni."

Nash memandang ke arah Hector yang sudah menggosok-gosok lengannya.

Lelaki itu akur dengan ajakan Hector. Mereka berdua berlalu dari situ.

Sebelum itu, Nash sempat menoleh dan memandang semula ke arah rumah itu.

Sekilas pandang, dia ternampak kelibat seorang perempuan melangkah masuk ke dalam rumah itu.

CURSEDWhere stories live. Discover now