She's The One Understand Her

173 22 1
                                    

Sejak dari kematian Clarissa, Amaryllis bertanggungjawab melakukan semua tugas yang selalu dilakukan oleh Clarissa semasa hidupnya.

Ryzal pula, selalu balik lewat malam dan pasti dalam keadaan mabuk.

Selain itu, lelaki itu juga selalu melepaskan amarah dan kebenciannya kepada Amaryllis.

Lelaki itu selalu mempersalahkan Amaryllis ke atas kematian isterinya.

Kerana itu, Amaryllis sering dipukul dan diseksa dengan teruk. Namun, seperti biasa, gadis itu langsung tidak memaparkan sebarang reaksi di wajahnya.

Dia menerima saja cacian, pukulan dan kebencian si ayah tanpa memahami punca kemarahan si ayah terhadap dirinya.

Suatu pagi, Amaryllis duduk berseorangan di taman bunganya.

Dia menyiram dan menjaga setiap bunga yang ada di kawasan itu, sehinggalah dirinya disapa oleh seseorang.

"Selamat pagi, Amary." Seorang wanita tua dalam lingkungan 50-an menyapa.

Amaryllis terhenti tingkahnya. Dia menghadap wanita tua itu dan mununduk, sebagai balasan kepada sapaan wanita itu.

"Nama mak cik Harla, jiran sebelah rumah kamu," kata Harla sambil menuding ke arah sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah Amaryllis sendiri.

"Apa kamu buat dekat sini awal pagi macam ni?"

Amaryllis mengangkat bekas air, menandakan bahawa dia sedang menyiram pokok bunga yang ada.

"Oh! Rajin kamu." Harla tersenyum.

"Kamu dah sarapan pagi?" Wanita itu bertanya dengan prihatin.

Amaryllis menggeleng.

"Baguslah, mak cik ada bawakan sarapan untuk kamu. Jom masuk ke dapur kamu. Mak cik akan hidangkan semua ni."

Amaryllis akur. Dia membasuh tangan terlebih dahulu sebelum berlalu masuk ke dalam rumah diikuti oleh Harla.

Harla meletakkan bekas makanan yang dibawanya di atas meja.

Amaryllis hanya duduk dan memerhatikan saja tingkah Harla yang menyediakan semuanya.

"Ayah kamu mana?" Harla bertanya apabila menyedari suasana sunyi yang menyelubungi rumah.

Amaryllis menunjuk ke arah ruang tamu.

Harla pergi ke ruang tamu dan kembali semula ke ruang dapur beberapa saat kemudian.

"Ayah kamu masih tidur, jadi kamu makanlah dulu, ya."

Amaryllis akur. Dia menikmati sarapan paginya dengan ditemani oleh Harla.

Sedar diri diperhatikan, Amaryllis mengangkat kepala dan membalas pandangan Harla.

"Betul kata ibu kamu. Kamu pendiam orangnya."

Amaryllis hanya memandang saja dan berharap agar Harla meneruskan kata-katanya.

"Ibu kamu juga ada berpesan dekat mak cik agar jagakan kamu kalau apa-apa jadi dekat dia nanti."

Amaryllis mengangguk faham.

"Terima kasih." Gadis itu bersuara dengan perlahan, seolah-olah berbisik.

Harla tersenyum mendengar suara Amaryllis.

Clarissa pernah juga memberitahunya bahawa Amaryllis sememangnya jarang bercakap. Tetapi dia tak sangka pula gadis itu akan sependiam yang dilihatnya.

Dan mendengar suara gadis itu, membuatkan dia senang dan tahu bahawa gadis itu selesa dengan layanan baik yang diberikan.

*****

2 tahun kemudian

Masa berlalu dengan sangat pantas.

Harla selalu datang menjenguk keadaan Amaryllis dan membawakan makanan buat gadis itu. Ia sudah menjadi rutin buat si wanita dan si gadis.

Sepanjang dua tahun itu juga, Amaryllis dapat tahu bahawa wanita tua yang selalu membawa makan untuknya itu, tinggal berseorangan di rumahnya.

Wanita itu mempunyai tiga orang anak. Namun, mereka semua bekerja jauh dan jarang sekali pulang.

Dalam dua tahun mengenali wanita itu, Amaryllis pernah nampak sekali saja anak wanita itu pulang melawat. Itu pun seharian saja.

Dia juga sudah selesa dengan layanan baik wanita itu.

Sehinggalah satu hari, Ryzal membuat keputusan yang mendadak untuk dirinya.

"Esok kau akan tinggal dekat tempat lain." Ryzal berkata tanpa emosi di wajah.

Amaryllis memandang tepat wajah Ryzal, mengharapkan jawapan dan alasan lelaki itu membuat keputusan itu untuk dirinya.

"Aku akan kahwin dengan perempuan lain minggu depan dan aku tak nak tengok muka kau dekat dalam rumah ni lagi. Kau faham tu?!" Ryzal kelihatan serius dengan kata-katanya

Amaryllis hanya mampu mengangguk.

Hatinya terasa bagaikan ditikam dengan ribuan pisau, namun ia tidak dapat dipaparkan pada wajah ataupun dengan kata-kata. Ini kerana dirinya sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan emosi itu.

CURSEDWhere stories live. Discover now