Memories of Them

105 11 2
                                    

Jam 3.00 pagi

Amaryllis terjaga dari tidurnya secara tiba-tiba. Gadis itu duduk di atas katilnya dan termenung, memandang ke hadapan.

Si gadis turun dari katil dan segera mencapai sebuah beg yang ada di sebelah katilnya. Beg itu sememangnya ada di sebelah katil dan ia bertujuan untuk dibawa apabila dia mahu mandi di tasik berhampiran.

Amaryllis menapak turun dan matanya mengerling ke arah susuk Nash yang sedang lena di atas sofa dengan Blackie yang tidur di atas badannya.

Lelaki itu tidak mahu balik ke rumahnya kerana risau jika perkara buruk berlaku terhadapnya. Amaryllis pula terpaksa membenarkan lelaki itu untuk bermalam di rumahnya untuk malam itu.

Amaryllis mengatur langkah keluar dari rumahnya dan mengatur langkah menuju ke arah tasik berhampiran.

Setelah beberapa minit berjalan, gadis itu akhirnya tiba di tempat kebiasaannya. 

Beg yang dibawa diletakkan di bawah pokok. Setelah itu, dia menghasilkan unggun api kecil di tepi itu.

Tanpa membuka pakaian mahupun menukar pakaian yang lebih selesa, Amaryllis mengatur langkah menghampiri tasik. Gadis itu berjalan masuk ke dalam air sehinggalah paras air mencecah ke dadanya.

Gadis itu berdiri kaku untuk merendamkan tubuhnya seketika. Kemudiannya, dia menyelam ke dalam dan berenang sehinggalah ke kawasan tengah tasik.

*****

Nash terjaga dari tidurnya.

Bunyi pintu ditutup membuatkan dia terjaga.

"Illis?" Nash duduk dan memandang ke arah pintu.

Lelaki itu berdiri dan berjalan menghampiri pintu. Dia membuka pintu itu dan ternampak susuk Amaryllis yang berjalan tenang meninggalkan kawasan rumah.

"Dia nak ke tasik hari tu ke?"

Nash mengusap wajah untuk menyegarkan dirinya.

Tanpa berfikir panjang, Nash membuka langkah dan mengekori langkah Amaryllis.

Pintu rumah dan pagar rumah sempat ditutup kemas  dan dia sambung mengatur langkah sehinggalah dia sampai ke kawasan tasik.

Tiba saja di kawasan tasik, susuk Amaryllis tidak kelihatan di kawasan itu. Yang ada hanyalah sebuah beg dan unggun api yang masih hidup di bawah sebatang pokok.

Nash menghampiri kawasan itu dan duduk berhampiran dengan unggun api untuk memanaskan tubuh. Dalam masa yang sama, dia menunggu kemunculan Amaryllis di permukaan air.

Setelah beberapa ketika kemudian, gadis itu timbul di permukaan dan dia memandang tepat ke arah si lelaki.

Nash melambaikan tangannya.

Amaryllis menghampiri tepi tasik dan dia melangkah keluar dari dalam air itu.

Nash mencapai sehelai tuala yang ada di atas beg. Dia segera berdiri dan menghampiri Amaryllis.

Tuala itu dihulurkan kepada si gadis dan dia menerimanya.

"Terima kasih."

Mereka berdua duduk di tepi unggun api. Mereka berdua hanya duduk diam sambil menikmati suasana malam itu.

"Illis."

"Hmm?"

"Aku nak tahu. Selain daripada  kebolehan kau menunaikan permintaan orang, apa lagi kebolehan kau yang lain?" Nash bertanya ingin tahu.

"Ada satu."

Nash menoleh dan memandang ke arah si gadis. Dia menunggu si gadis untuk meneruskan kata-katanya.

"Di akhir hayat kami, kami mampu melihat memori perempuan-perempuan sumpahan yang sebelum kami dan yang telah mati." Sambung Amaryllis dengan pandangan menghala ke depan.

"Boleh aku tahu macam mana dengan pengakhiran mereka semua?"

"Mereka semua mati dalam keadaan sedih dan bersendirian. Pengakhiran mereka semua sama saja."

Terdetik rasa kasihan di hati Nash apabila mendengar cara kematian mereka. Tetapi, Amaryllis langsung tidak memaparkan sebarang emosi di wajahnya.

"Kau tak rasa macam nak ubah pengakhiran hidup kau ke?"

Amaryllis mengahlihkan pandangannya ke arah Nash.

"Apa maksud kau?"

"Maksud aku, kau dengan perempuan yang lain tak minta untuk hidup di bawah sumpahan tu dan kalian berhak mendapat dan merasai cinta dan sayang yang ada dalam dunia ni. Kenapa disebabkan ketamakan manusia, korang yang kena tanggung akibatnya? Kenapa kehidupan korang perlu diakhiri dengan penyeksaan dan kesakitan?"

Suara Nash kedengaran agak bergetar. Lelaki itu seolah-olah tidak dapat menerima hakikat takdir itu walaupun bukan dirinya yang menanggung dan melalui perkara-perkara itu dalam hidupnya.

Nash berdiri dan menghampiri Amaryllis.

Lelaki itu menghulurkan tangannya ke arah Amaryllis.

Gadis itu memandang tangan Nash dan memandang si lelaki itu pula.

Amaryllis teragak-agak menguhulurkan tangannya dan Nash segera menarik si gadis untuk berdiri.

"Aku janji akan bantu kau untuk jalani sisa hidup kau ni dengan sesuatu yang baru. Aku nak kau cipta pengalaman dalam hidup yang tak akan kau lupa dan berikan harapan untuk kau meneruskan kehidupan walaupun kematian menghampiri kau."

Amaryllis memandang tepat pada wajah Nash yang memaparkan tekadnya.

Kata-kata lelaki itu masuk ke dalam hati dan dia dapat merasakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkannya sendiri.

Nash menunduk dan mengambil tuala yang terjatuh di atas tanah.

"Jom kita balik. Kau kena bilas badan kau, nanti demam pula." Tuala itu diselimutkan di atas bahu Amaryllis.

Si gadis mengangguk akur.

Nash berlalu ke bawah pokok dan mengambil beg Amaryllis. Beg itu digalas dan dia kembali mendapatkan Amaryllis.

"Jom." Nash mencapai tangan si gadis dan menggenggamnya kemas.

Amaryllis mengikut saja langkah Nash. Sambil itu, dia memandang tangannya yang digenggam kemas dan belakang badan lelaki itu silih berganti.

CURSEDWhere stories live. Discover now