Semalaman Nash tidak sedarkan diri, Amaryllis langsung tidak memejamkan matanya. Dia setia munggu si sisi suaminya untuk sedar.
Sepanjang malam itu juga, Amaryllis didatangi dengan perasaan risau dan resah apabila melihat keadaan Nash yang langsung tidak sedarkan diri. Namun, wanita itu cuba berlaku tenang dengan menunggu saja.
Tangan Nash digenggam erat dengan harapaan si suami akan sedar dengan segera.
Sejujurnya, Amaryllis berasa risau kerana dia langsung tidak tahu jika suaminya itu mempunyai sebarang penyakit yang mampu membawa maut ataupun apa. Lealki itu juga langsung tidak pernah berkata apa tentang apa-apa penyakit yang dialaminya.
Tidak berapa lama kemudian, Nash perlahan-lahan membuka matanya.
Matanya melilau mencari kelibat isterinya.
"Amary."
Amaryllis terkejut apabila mendengar suara suaminya.
"Nash?" Amaryllis segera naik ke atas katil dan duduk di sebelah suaminya.
"Amary." Nash menyentuh wajah Amaryllis sambil tersenyum.
"Awak tak apa-apa ke? Ada rasa sakit dekat mana-mana?" Amaryllis bertanya dengan riak risau.
Nash menggeleng. Pandangannya langsung tidak lepas dari menatap wajah Amaryllis.
"Awak nak air?" Amaryllis bertanya.
Nash mengangguk.
Amaryllis membantu Nash untuk bangun dan kemudiannya menuangkan air yang berada di atas meja kecil di sisi meja.
Air itu diberikan pada si suami.
Nash meneguk air itu sehingga habis sebelum memberi semula gelas itu kepada Amaryllis.
"Amary." Nash memanggil lembut.
Amaryllis memandang Nash. Air matanya tiba-tiba bergenang di tubir mata.
"Saya... saya ingatkan awak akan tinggalkan saya." Air mata mengalir di pipi Amaryllis.
Nash menarik tangan si isteri dan memeluk erat tubuh isterinya itu.
Amaryllis menangis semahunya.
Nash mengusap belakang badan Amaryllis untuk menenangkannya.
Beberapa ketika kemudian, Amaryllis akhirnya tenang da berhenti menangis. Namun, Nash langsung tidak meleraikan pelukannya. Malah dia berbaring dalam keadaan Amaryllis masih di dalam pelukannya.
"Awak dah tenang?" Nash bertanya sambil memandang Amaryllis yang menyembunyikan wajahnya.
Amaryllis mengangguk perlahan.
Nash memeluk erat Amaryllis dan mencium kepala isterinya itu beberapa kali.
Pelukan dilonggarkan dan Nash memandang Amaryllis.
Amaryllis turut memandang si suami.
Pandangan mereka bertemu.
Nash tersenyum melihat wajah Amaryllis. Dia kemudiannya mengusap air mata di wajah isterinya itu.
"Saya tak pernah nampak awak menangis macam ni dulu. Dulu, muka ni yang paling susah saya nak tafsir. Langsung tak beremosi." Nash berkata lalu mencuit hidung Amaryllis dengan manja.
Amaryllis memandang Nash dengan riak penuh tanda tanya. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu.
Nash tersenyum melihat riak wajah Amaryllis.
"Saya ingat semuanya, Amary. Saya ingat apa yang terjadi antara kita di kehidupan yang lalu."
Amaryllis terkejut mendengar kata-kata Nash itu. Dia tidak menyangka yang Nash akan menginat semula memori lama mereka bersama.
"Dan saya juga tahu yang isteri saya ni dah lama ingat memori ni."
"Macam mana awak tahu?"
"Dari cara awak pandang saya masa pertama kali kita bertentang mata dan cara awak cuba dekati saya seolah-olah awak dah kenal saya lama."
Amaryllis memeluk Nash. Dia berasa gembira kerana akhirnya Nash peroleh memori lama mereka. Meskipun perkara itu sudah lama berlalu, tetapi bagi Amaryllis, memori lama itu sangat bermakna dan ia adalah sumber kekuatannya dari dulu sehinggalah kini.
"Dan yang paling penting sekali, Amaryllis saya sekrang lebih cantik dan bahagia sekarang."
Amaryllis mengangguk.
"Amary." Nash memanggil.
Amaryllis memandang suaminya.
"Boleh saya tahu kenapa corak bunga tu masih ada di belakang badan awak? Sumpahan tu masih tak hilang ke?" Nash bertanya risau. Dia berharap apa yang difikirnya itu tidak benar memandangkan dia mahu hidup bersama dengan wanita dicintainya itu sehingga akhir nafasnya. Dia juga mahu berikan kebahagiaan yang tidak sempat diberikannya dulu kepada wanita itu.
"Jangan risau, semuanya dah berakhir. Corak bunga yang ada dekat belakang saya ni cuma corak biasa je. Ia adalah identiti saya sebagai sebagai seseorang yang pernah menjadi perempuan sumpahan. Ia tak membunuh saya seperti dulu." Terang Amaryllis.
Nash berasa lega mendengarnya. Tetapi dalam masa yang sama dia berasa risau kerana dengan kehadiran corak itu, dia pasti yang ia akan terus menghantui hidup Amaryllis dan ia akan membuatkan wanita itu tidak mampu melupakan masa silamnya.
Pasangan itu berbaring di atas katil sepanjang hari sambil berkongsi cerita tentang diri masing-masing sepanjang mereka tidak bersua.
Keesokan harinya, mereka terbang ke lokasi bulan madu mereka.
Keluarga kedua-dua pihak turut ikut menghantar pasangan pengantin baru itu ke lapangan terbang.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...