"Camila! Buat apa dekat sini?" Nash terkejut dengan pertembungan tidak diduganya."Ibu suruh Camila pergi pasar belikan barang masak," kata Camila sambil mencuri pandang gadis yang ada bersama dengan Nash.
Nash berdiri di depan Amaryllis, menghalang pandangan Camila dari terus memandang gadis itu.
"Oh! Yeke."
Nash mulai berasa janggal dan tidak selesa dengan situasi itu.
"Abang dari mana? Awal pagi lagi dah tak ada dekat rumah."
"Ah! Abang saja jalan-jalan ambil angin pagi dan terus ke pasar cari apa yang perlu."
Camila mengangguk-anggukkan kepalanya, tidak sepenuhnya menerima alasan lelaki itu.
"Nash." Amaryllis memegang hujung baju Nash dan memanggil si lelaki dengan suara yang perlahan.
Nash segera berpaling dan menumpukan tumpuannya pada Amaryllis.
"Ya, Illis. Ada apa-apa yang kau nak ke?" Nash bertanya penuh prihatin.
Amaryllis menggeleng.
"Kalau kau ada urusan dengan dia, aku nak minta diri dulu," kata Amaryllis yang berasa tidak selesa apabila dirinya menjadi tumpuan utama gadis yang tidak dikenalinya itu.
"Sekejap. Aku akan hantar kau balik."
Amaryllis menarik penutup kepalanya dan mengangguk perlahan.
Nash kembali menoleh pada Camila.
"Maaf, Camila. Abang terpaksa minta diri dulu. Sekejap lagi abang balik rumah."
Camila mengangguk saja.
"Hati-hati dalam perjalanan balik nanti." Pesan Nash yang turut risau dengan keselamatan Camila yang bersendirian.
"Baik."
Nash dan Amaryllis berlalu dari situ.
Camila memandang pasangan itu berlalu pergi meninggalkannya. Dalam pada itu, dia juga perasan yang mereka berlalu pergi dengan berpegangan tangan.
"Hmmm."
*****
"Aku terpaksa balik dulu." Nash berkata setelah dia selesai membantu menyusun barang dapur yang dibelinya tadi untuk Amaryllis.
Amaryllis mengangguk faham.
"Jumpa lagi nanti."
Nash segera berlalu pulang ke rumahnya.
Masuk saja ke dalam rumah, Camila terus menyambut kepulangan lelaki itu.
Nash terkejut dan mulai resah apabila memikirkan pertembungan mereka di pasar pagi tadi.
Tanpa mempedulikan Camila, Nash berlalu ke biliknya. Namun, Camila mengekori lelaki itu disebabkan rasa ingin tahunya.
Belum pun sempat Nash membuka pintu biliknya, Camila terus bertaya soalan yang mahu dielak Nash sendiri.
"Siapa perempuan tadi?" Camila bertanya tanpa berselindung.
Camila berasa ingin tahu tentang identiti perempuan tadi memandangkan dia tidak pernah nampak Nash bersama mana-mana perempuan sepanjang mereka membesar bersama.
"Kawan." Nash masuk ke dalam bilik dan Camila turut masuk untuk mengorek lagi rahsia yang cuba disimpan Nash.
"Berapa lama dah kenal?" Camila bertanya lagi.
"Tak lama mana pun." Nash menjawab, masih lagi tidak memandang Camila walau sekilas pun.
"Perempuan tu cantik. Dia teman wanita abang ke?"
Nash terus berpaling dan memandang tepat pada Camila apabila soalan itu ditujukan.
"Dia kawan abang je." Nash menafikannya walaupun hakikatnya, wajah lelaki itu sudah memerah.
Camila tersenyum sendiri melihat sisi lain Nash yang sukar sekali untuk dilihat.
Camila duduk di atas katil Nash. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk.
Nash duduk di sebelah Camila.
"Siapa nama dia?"
"Amaryllis."
"Abang suka dekat dia ke?"
Nash menekup wajahnya dan menggeleng. Dia sendiri pun tidak tahu apakah perasaannya terhadap gadis itu. Sama ada ia hanyalah simpati semata-mata ataupun dia benar-benar telah jatuh suka kepadanya.
"Dia tinggal dekat mana? Camila tak pernah nampak pun perempuan secantik dia dekat kawasan kampung kita ni." Camila tertanya-tanya dari keluarga manakah gadis itu datang dan di manakah tempat tinggalnya.
Nash tidak menjawab soalan itu. Dia tidak mahu Camila tahu siapakah gerangan sebenar Amaryllis serta dimanakah gadis itu tinggal.
Camila memandang Nash yang diam tidak menjawab soalannya yang satu itu. Faham akan tindakan Nash itu, Camila terus berhenti untuk bertanya dengan lebih banyak lagi.
"Boleh tak kalau Camila nak berjumpa dengan dia lagi?"
Nash memandang Camila dengan tanda tanya.
"Camila nak berkenalan dan berkawan dengan dia kalau dia tak kisah," kata Camila dengan penuh mengharap.
Nash mengeluh perlahan.
"Nanti abang tanya dekat dia kalau dia sudi nak berjumpa dengan kamu."
Camila tersenyum gembira.
Dalam pada itu, persoalan Camila tadi bermain-main di dalam kepalanya sehingga ia membuatkan Nash tertanya sendiri apakah hubungannya dengan Amaryllis yang sebenarnya.
YOU ARE READING
CURSED
FantasiAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...