Notice ⚠️ untuk beberapa bab yang terawal, kurangnya dialog dan lebih kepada penceritaan saja.Harap korang semua enjoy cerita ni!😆
*****
Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di hadapan sebuah bilik.
Dahinya berpeluh. Kepalanya serabut memikirkan keadaan si isteri yang sedang bertarung melahirkan anak pertama mereka.
"Ryzal." Seorang lelaki yang merupakan jiran kepada lelaki itu cuba menenangkannya.
"Duduk dulu. Jangan risau, semuanya akan berjalan dengan lancar." Lelaki itu berkata sambil menepuk bahu Ryzal.
Ryzal akur. Dia duduk dengan tenang. Tangan digenggam erat dengan kepada menunduk, memandang lantai klinik.
Beberapa jam kemudian, seorang doktor keluar dari bilik bersalin.
Ryzal segera mendapatkan doktor itu.
"Doktor, macam mana dengan isteri dan anak saya?" Ryzal bertanya dengan gemuruh.
Doktor itu tersenyum di balik penutup mulutnya.
"Tahniah Encik Ryzal, awak dapat anak perempuan."
Ryzal tersenyum gembira.
"Encik boleh masuk sekarang."
"Baiklah, terima kasih doktor."
Ryzal segera melangkah masuk ke dalam bilik bersalin itu.
Si isteri kelihatan sedang terbaring penat. Di dalam pelukannya pula, terdapat satu susuk kecil yang dibalut elok dengan kain bersih.
"Clarissa."
Si isteri memandang wajah si suami. Senyuman nipis terlakar di wajah penat wanita itu.
"Anak kita." Clarissa bersuara perlahan.
Ryzal mengambil bayi kecil itu dari pelukan isterinya. Air mata lelaki itu gugur apabila memandang wajah bersih si kecil yang baru lahir.
"Cantiknya kamu." Ryzal mencium dahi si kecil.
"Apa namanya, sayang?" Clarissa bertanya.
Ryzal diam sejenak. Dia memandang lama wajah si kecil yang sedang lena. Tiba-tiba senyuman terlakr di bibirnya.
"Amaryllis Equinox." sebutnya dengan nada gembira.
Clarissa turut tersenyum mendengar nama itu.
"Selamat datang ke dunia, Amaryllis," ucap si lelaki kepada anak perempuannya.
*****
Cerita ni tak panjang mana pun dan setiap bab sememangnya akan pendek. Kalau panjang pun, semuanya sebab author terlebih idea. Hahaha
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...