Jam 9 pagi, Nash berjalan pulang ke rumahnya setelah bersarapan bersama Amaryllis.Tiba saja di depan rumah, dia terlihat Hector sedang duduk di atas bangku yang ada di laman rumah. Lelaki itu kelihatan sedang mengasah sebilah kapak dan di sebelahnya terdapat sebilah parang yang berkilat. Mungkin sudah diasah oleh lelaki itu.
Nash tidak mempedulikan lelaki itu. Dia melangkah menghampiri pintu rumah, sehinggalah namanya dipanggil oleh Hector.
Nash kembali berpaling, menghadap si lelaki.
"Sini sekejap." Hector memanggil sambil menepuk ruang kosong yang ada di sebelahnya.
Nash melepaskan keluhan. Dia menghampiri Hector sambil menggaru belakang kepalanya.
"Ada apa?" Nash berdiri di depan Hector dan bertanya. Dia langsung tidak duduk seperti yang dipinta oleh Hector.
"Kau ke mana semalam? Semalaman tak balik. Ibu risau, tau." Hector bertanya kerana dia turut berasa risau dengan kehilangan tiba-tiba sahabatnya itu.
"Oh! Aku jumpa kawan semalam dan bemalam dekat rumah dia."
"Kawan? Kau ada kawan lain ke dekat kampung ni? Aku tak pernah tahu dan tak pernah nampak kau dengan sesiapa pun sebelum ni." Hector menjongket sebelah keningnya. Dia mulai curiga dengan Nash yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu darinya.
"Aku ada kawanlah. Cuma jarang berjumpa je dan kau tak kenal dengan dia."
"Apa kata kau perkenalkan kawan kau tu dekat aku? Aku nak jumpa jugak dengan dia."
Kini giliran Nash pula yang menjongketkan keningnya.
"Kenapa pulak kau nak berjumpa dengan dia? Lagipun ia bukan urusan kau pun." Nash kelihatan tidak berpuas hati apabila dia merasakan yang Hector seperti meraguinya.
Hector mengeluh berat.
"Aku bukan apa, Nash. Aku cuma risau dengan kau sebab sejak akhir-akhir ni kau lebih banyak termenung dan selalu bersendiri. Kalau perubahan kau tu disebabkan oleh 'kawan' yang kau katakan tu, aku rasa ada baiknya kau jangalah berkawan dengan dia lagi. Aku risau kalau dia bawa pengaruh yang buruk dekat kau."
Nash berkerut dahi.
"Terima kasih sebab risaukan aku. Tapi ia tak ada kena-mengena dengan urusan hidup kau. Jadi, jangan nak masuk campur."
Nash berpaling dan mengatur langkah mninggalkan sahabatnya itu.
Baru beberapa langkah, Nash berhenti dan memalingkan kepalanya, memandang Hector dai balik bahunya.
"Lagipun, kau tak akan faham benda ni." Nash menyambung langkahya dan terus masuk ke dalam rumah.
Hector hanya mampu melepaskan keluhan berat melihat tingkah aneh Nash.
*****
Waktu makan tengah hari, mereka semua duduk bersama di meja makan.
Nash selesai makan terlebih dahulu dan dia bersedia untuk bangun dan pergi. Tetapi panggilan dan suruhan Hector membantutkan langkahnya.
"Nash, boleh tak kau duduk sekejap?" Hector meminta tanpa memandang lelaki itu.
Nash akurkan saja dan dia kembali duduk, menunggu yang lain selesai makan sebelum meneruskan kepada usul yang mahu yang dibincangkan oleh Hector.
5 minit kemudian, mereka semua selesai mengemas dan membersihkan apa yang patut. Mereka berempat turut beralih ke ruang tamu untuk berbincang.
"Jadi, ada apa yang penting sangat tu?" Nash segera bertanya.
Hector dan ibunya berbalas pandangan untuk beberapa detik sebelum kedua-dua mereka memandang tepat pada Nash.
"Untuk pertunangan kau dengan adik aku..."
Camila tiba-tiba berdiri.
"Bukan ke adik dah cakap dengan abang sebelum ni? Adik tak nak bertunang ataupun kahwin dengan Nash! Nash dah macam abang adik sendiri!" Si gadis segera membantah tanpa sempat Hector menghabiskan kata-katanya.
Hector memandang tajam ke arah si adik.
Dua beradik itu saling berbalas pandangan tajam mereka.
Nash mengeluh perlahan. Sememangnya, dia tidak pernah setuju dengan keputusan Hector dan ibu angkatnya itu.
"Nash, macam mana dengan kamu?" Si ibu bertanya dengan lembut kepada Nash.
Hector dan si adik terus mengalihkan pandangan mereka pada Nash.
Nash menggaru kepala dan menghela keluhan berat.
"Sejujurnya, Nash pun fikirkan perkara yang sama dengan adik. Perasaan kami hanya seperti seorang abang dan adik je. Lagipun, adik dah ada teman lelaki dekat bandar sana."
Si ibu fan Hector mengalihkan pandangan pada Camila pula. riak mereka jelas menunjukkan yang mereka mahukan jawapan dari mulut gadis itu sendiri.
"Ya! Adik dah ada teman lelaki dekat bandar sana." Gadis itu terpaksa mengaku dengan wajah memerah menahan malu.
Hector dan Sophia berpandangan sesama sendiri.
"Kau dah tanhu ke tentang ni?" Hctor bertanya pada Nash dengan riak serius terlakar di wajah.
Nash mengangguk saja sebagai jawapan.
Hector melepaskan keluhan. Sejujurnya, dia berasa agak kecewa, namun terpaksa diakurkan juga hati dan perasaan Camila dan Nash.
"Baiklah, aku akur dengan keputusan korang berdua. Tapi, kalau korang ubah fikiran, beritahu aku." Hector memandang Nash dan adiknya silih berganti.
Camila tersenyum lebar.
"Terima kasih, abang!" Camila berkata dengan nada teruja.
"Lagi satu. Abang nak kau bawa teman lelaki kau tu jumpa dengan abang dan ibu. Boleh?"
Sophia mengangguk setuju dengan cadangan anak lelaki itu.
Camila yang teruja, segera mengangguk setuju dengan permintaan abang dan ibunya.
Nash hanya mampu menghela nafas lega dengan keputusan Hector yang tidak memaksa mereka berdua.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...