Keesokan harinya, Nash keluar dari rumah pada awal pagi sebelum matahari terbit lagi.Arah tujunya sudah semestinya rumah si gadis yang berada di dalam hutan sana.
Tiba saja di depan rumah si gadis, Nash terus membuka pagar utama rumah itu dan mengetuk pintu rumah.
Amaryllis yang sememangnya selalu terjaga awal pagi, terkejut apabila mendengar ketukan pada pintu rumahnya.
Si gadis keluar dari biliknya dan menuju ke arah tangga. Gadis itu berdiri di atas tangga sambil memandang tepat ke arah pintu yang terus diketuk dari luar.
Sejujurnya, Amaryllis berasa agak takut dengan kejadian itu meskipun dia sudah menetap lama di dalam rumah itu. Namun disebabkan perkara seperti itu tidak pernah terjadi pada dirinya, maka dia tidak berniat untuk bertindak.
"Illis."
Tendengar saja suara Nash, Amaryllis terus melangkah laju menuruni tangga dan segera membuka pintu, menjemput kedatangan Nash yang tidak diduganya.
"Hai!" Nash menyapa dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
"Apa kau buat dekat sini pada waktu ni?" Amaryllis bertanya keliru.
"Aku nak tunjukkan sesuatu dekat kau."
"Tunjukkan sesuatu waktu-waktu macam ni?" Amaryllis bertanya keliru.
Nash mengangguk bersungguh-sungguh.
"Jom." Nash menghulurkan tangannya.
Amaryllis memandang tangan itu dengan rasa teragak-agak sebelum dia menyambut huluran tangan lelai itu.
Nash tersenyum sendiri. Dia menggenggam kemas tangan Amaryllis.
"Kita nak ke mana?" Amaryllis bertanya pada Nash yang sedang mengunci pagar utama.
"Jangan risau, aku janji perkara ni akan buatkan kau kagum."
Amaryllis terdiam. Dia ikutkan saja langkah Nash yang membawanya masuk ke dalam kawasan hutan yang dalam.
Setelah beberapa ketika berjalan, mereka akhirnya tiba di tempat yang ingin dituju.
Mereka kini berada di bahagian tebing yang tinggi.
"Kita buat apa dekat sini?" Amaryllis bertanya.
Nash tidak menjawab, malah dia membuka jaketnya dan membentangkannya di atas tanah.
"Duduk sini, Illis." Nash menarik Amaryllis dan mendudukkannya di atas jaket yang dijadikan sebagai alas duduk.
"Ada apa dekat tempat ni hinggakan kau sanggup datang ke rumah aku awal macam ni?"
"Tunggu je. Sesuatu yang menarik akan muncul," kata Nash dengan senyuman.
Beberapa minit kemudian, matahari mulai terbit.
Warna langit perlahan-lahan berubah warna kepada jingga dan unggu.
Langit yang tadinya gelap, kini mulai diwarnai dengan warna-warna yang sangat cantik. Cahaya matahari juga perlahan-lahan mulai kelihatan.
Mata Amaryllis membulat kagum melihat suasana itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyaksikan kecantikan suasana seperti kini.
Nash melentokkan kepalanya di atas lutut dan memandang tepat ke arah Amaryllis.
Lelaki itu tersenyum kecil apabila melihat sinar matahari yang terpantul di dalam mata Amaryllis.
"Terima kasih." Amaryllis menoleh dan mengucapkan kata-kata penghargaan itu.
Semakin lebar senyuman Nash apabila mendengar ucapan terima kasih itu dari si gadis.
"Sama-sama."
*****
Setelah beberapa minit berada di situ, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pulang semula.
Tetapi sebelum balik ke rumah semula, Amaryllis mengajak Nash untuk ke pasar terlebih dahulu untuk membeli barang keperluannya yang sudah semakin berkurangan.
Nash akur dan menemani gadis itu ke mana saja dia pergi.
Semasa di pasar, mereka berdua kelihatan sibuk memilih sayur-sayuran dan ikan laut yang masih segar.
Sedang mereka sibuk memilih, tiba-tiba Nash terdengar suara yang sangat dikenalinya.
"Abang Nash?"
Belum pun sempat Nash menarik Amaryllis untuk pergi dari situ, suara itu sudah memanggilnya dari kejauhan.
Amaryllis tidak tahu apa yang terjadi. Namun, dia terlihat seorang gadis sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua.
"Hai, abang." Gadis itu menyapa dengan mesra.
YOU ARE READING
CURSED
FantasíaAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...