First Time Ouside The World and New Companion

168 23 1
                                    


Amaryllis memeriksa setiap barang keperluan yang masih ada di dalam simpanannya.

Selepas kematian Harla, tiada sesiapa lagi yang datang dan membelikan barang-barang keperluannya.

Gadis itu memandang pada kabinet kosong. Dia menghela nafas berat.

Disebabkan keadaan yang mendesak diri, Amaryllis mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Dia perlu ke kampung berhampiran untuk membeli barang keperluannya.

Amaryllis naik ke biliknya. Sehelai jubah labuh berkerudung dan berwarna biru gelap diambil dan dikenakan pada tubuh.

Dia kemudiannya berlalu keluar dari rumah dan berjalan tenang menuju ke pagar utama.

Pagar rumah dibuka dan dikunci semula.

Dengan langkah yang berat, Amaryllis berjalan meninggalkan kawasan rumahnya dan menyelusuri jalan kecil menuju ke gerbang utama kampung.

Perkampungan yang hampir dengan rumahnya itu dinamakan sebagai Sahara. Ia dikelilingi dengan tembok yang tinggi dan kawasannya terletak dekat dengan laut.

Langkah Amaryllis dihentikan oleh pengawal yang menjaga gerbang utama.

Gadis itu diarahkan untuk membayar cukai masuk dan dia akurkan saja.

Setelah membuat bayaran, Amaryllis berjalan masuk ke kawasan pasar yang kelihatan sibuk dan dipenuhi ramai orang.

Ramai orang berjual beli dan suasana sangat riuh.

Si gadis yang tidak biasa dengan keriuhan dan keadaan yang terlalu bising, mula berasa rimas. Namun, disebabkan barang keperluan, dia gagahkan juga diri.

Dua jam kemudian, Amaryllis selesai membeli keperluannya. Dia mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah.

Sedang dia berjalan, langkahnya terhenti apabila terdengar sesuatu.

"Meow." Seekor anak kucing berwarna hitam putih keluar dari satu lorong. Kucing itu kemudiannya menggosokkan kepalanya pada kaki Amaryllis.

Amaryllis beralih ke tepi. Dia tidak mahu mengganggu laluan orang ramai. Kucing itu turut mengekori Amaryllis bergerak ke tepi.

Gadis itu kemudiannya mencangkung dan menggosok si kecil itu.

"Meow! Brrrr."

Anak kucing itu berdengkur apabila digosok.

*****

Nash keluar dari sebuah kedai buku.

"Datang lagi, Nash!!" Tuan kedai berkata.

"Baik! Terima kasih." Nash menyahut dengan senyuman di bibir.

Baru beberapa langkah dia berjalan dari kedai itu, matanya terpandang pada satu susuk berjubah sedang mencangkung di tepi jalan sambil menggosok seekor anak kucing.

Entah mengapa, Nash kelihatan tertarik untuk memerhatikan tingkah orang itu meskipun dia sendiri pun tak tahu sama ada orang itu adalah lelaki mahupun perempuan.

Orang itu meletakkan bakul barangannya dan menggeledahnya.

Seekor ikan segar yang bersaiz kecil dikeluarkan dan diberikan kepada si kecil itu.

Nash tersenyum sendiri melihat tingkah orang itu.

Anak kucing itu makan dengan penuh selera.

"Kau nak ikut aku?"

Nash terkaku. Entah mengapa, dia seolah-olah dapat dengar suara orang itu. Walhal, suasana agak riuh dan dikerumi dengan orang ramai.

Setelah si kucing selesai makan, orang itu mengangkat si kucing dan dia berdiri.

Orang itu mula membuka langkah, meninggalkan kawasan itu dengan membawa si anak kucing.

Nash kemudiannya tersentak dan tersedar apa yang dilakukannya.

"Kenapa aku berhenti dekat sini semata-mata nak tengok orang bagi makan kucing? Macam tak pernah nampak pulak." Nash menggeleng dan dia mula mengatur langkahnya semula.

*****

"Kita dah sampai. Selamat datang ke rumah aku. Mulai saat ni, rumah ni akan jadi rumah baru kau dan aku harap kau sukakannya."

Anak kucing itu diletakkan di atas lantai.

Ia mencium-cium lantai dan berjalan, meneroka isi rumah.

Amaryllis pula masuk ke dapur untuk menyusun barang-barang yang dibelinya.

Si kucing masuk ke dapur dan memanjat kaunter dapur. Ia duduk di sebelah singki dan memandang tepat pada Amaryllis.

"Meow!"

Amaryllis berhenti menyusun. Dia memandang kucing itu dan berfikir sejenak.

"Mulai hari ni, nama kau Blackie."

"Meow!"

"Hmm." Amaryllis mengusap kepala kucing itu.

Setelah selesai mengemas, Amaryllis berlalu ke ruang tamu dan berbaring di atas sofa.

Blackie mengekori Amaryllis dan turut berbaring, menggulungkan dirinya pada leher gadis itu.

"Lepas ni aku akan mandikan kau. Aku nak berehat sekeap."

Amaryllis memejamkan matanya dan terlena dalam beberapa saat kemudian.

CURSEDWhere stories live. Discover now