Under The Moonlight

112 11 1
                                    

Beberapa hari berlalu selepas kedatangan Amaryllis ke kampung itu seperti kebiasannya.

Dalam beberapa hari itu juga, Nash cuba mencari maklumat tentang si gadis. Dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang latar belakang gadis itu. Ini semua kerana kemunculan tiba-tiba si gadis menjadi satu misteri bagi Nash dan ia selalu bermain di kepala.

Namun, usahanya itu menemui jalan buntu. Maklumat tentang Amaryllis langsung tidak wujud dan ia seperti dipadam oleh seseorang.

Nash menghempaskan badannya di atas katil. Dia memandang ke siling dan mengeluh panjang.

"Macam mana lagi yang perlu aku buat untuk dapatkan maklumat tentang dia?" Nash mengusap wajahnya beberapa kali.

Tok! Tok!

Nash menoleh, memandang ke arah pintu biliknya yang terbuka  sedikit.

Camila berdiri di muka pintu dengan senyuman terukir di wajahnya.

"Camila." Nash segera duduk tegak di atas katilnya.

"Boleh Camila masuk?" Camila bertanya lembut.

Nash mengangguk.

Camila masuk ke dalam bilik si lelaki dan berdiri di sisi katil.

"Ada apa Camila datang ke sini?" Nash bertanya kerana hairan dengan tujuan Camila mahu berjumpa dengannya.

"Camila nak cakap tentang rancangan abang dengan ibu tentang kita berdua." Camila berkata sambil menunduk, memandang kedua-dua belah tangannya.

Nash memandang tepat pada Camila sambil menjongketkan keningnya.

"Cakaplah, abang dengar." Nash mengukirkan senyuman.

Camila menghela nafas.

"Maaf! Camila tak nak bertunang dengan abang," kata Camila dalam keadaan menunduk memandang lantai.

Nash diam sejenak dan kemudiannya tertawa kecil.

Camila mendongak, memandang tepat pada si lelaki di depan matanya itu.

"Kenapa abang ketawa?"

"Maaf. Sejujurnya, abang tak kisah pun kalau Camila tak setuju dengan keputusan mereka berdua. Abang pun tak adalah menaruh apa-apa harapan pada Camila. Lagipun, abang dah anggap Camila macam adik sendiri."

Camila menghela nafas lega apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

"Tapi, kenapa abang setuju je masa ibu dengan abang Hector beritahu tentang ni?" tanya Camila kehairanan.

"Mungkin sebab abang nak balas jasa ibu. Kalau dengan cara kahwin dengan kamu dapat membuatkan ibu gembira, abang okey je. Tapi, bila Camila cakap benda ni pada abang, abang lega juga."

Camila turut mengukirkan senyuman.

"Jadi, kamu dah ada teman lelaki ke dekat bandar tu?"

Soalan Nash serta-merta membuatkan Camila tersipu malu dan wajahnya sedikit memerah.

Nash tersenyum melihat reaksi si gadis.

*****

Jam 2.45 pagi

Disebabkan tidak boleh melelapkan mata dan kebosanan yang melanda, Nash mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan mengambil udara.

Nash menarik keluar kudanya dari dalam bangsal dan menunggang kuda itu, menuju ke arah kawasan hutan yang berhampiran.

Di dalam kawasan hutan itu terdapat sebuah tasik yang sangat cantik dan menenangkan di waktu malam dan Nash selalu ke sana apabila bosan dan tidak dapat nak melelapkan mata di malam hari.

Setelah beberapa minit menunggang, Nash akhirnya menghentikan langkah kudanya.

Dia memandang lurus ke depan dan menghirup udara segar itu. Kemudiannya dia turun dari atas kuda itu dan menariknya ke arah sebuah pokok yang terletak berhempiran dengan kawasan tepi tasik.

Langkah dihentikan dan kuda ditambat pada pokok.

Tiba-tiba Nash terkejut apabila melihat terdapat pakaian tergantung elok di atas dahan pokok itu.

"Baju siapa pulak yang tergantung dekat atas ni?"

Baru saja Nash mahu mengambil pakaian itu, bunyi kocakan air serta gelombang yang terhasil pada permukaan tasik itu menarik perhatiannya.

Nash segera menoleh, memandang pada kawasan tasik. Tika itu, matanya serta-merta membulat.

Satu susuk seorang perempuan kini berada di permukaan dan dia membelakangkan Nash.

Nash mahu segera menoleh kerana malu, namun terbatal niatnya apabila dia terlihat terdapat lakaran hitam yang sangat banyak di belakang badan perempuan itu.

Di bawah cahaya bulan yang terang dan rambut yang pendek, Nash dapat melihat dengan jelas lakaraan yang ada di belakang badan perempuan itu.

Pada bahagian tengkuk perempuan itu terdapat lakaran sekuntum bunga yang besar. Lakaran hitam yang memenuhi belakang badan perempun itu pula, datangnya dari bunga tersebut.

Lakaran itu kelihatan seperti tatu, tetapi jelas di mata Nash, ia kelihatan seperti hidup. Ia menjalar dan bergerak pada permukaan kulit si perempuan.

Perempuan itu menoleh secara tiba-tiba.

Nash bertambah terkejut apabila mengenali perempuan di depan matanya itu.

Mereka berdua bertemu mata untuk seketika.

Perempuan itu berjalan menghampiri kawasan tepi dan Nash segera menoleh apabila perempuan itu semakin menghampiri.

"Apa kau buat dekat sini malam-malam macam ni, Ilis?" Nash bertanya gugup.

Nash terdengar bunyi titisan air jatuh ke tanah.

"Mandi," jawabnya singkat.

"Aku tahu tu. Tapi tak sejuk ke mandi tengah malam macam ni dekat tengah-tengah tasik?"

Amaryllis menggeleng.

Setelah beberapa ketika kemudian dan meyakini bahawa gadis itu sudah selesai berpakaian, Nash terus menoleh.

"Bahaya tahu tak mandi dekat luar secara terbuka macam ni. Macam mana kalau ada orang yang tak dikenali nampak kau dekat sini?" Nash memberitahu dengan nada tegas dan suara yang sedikit tinggi.

Amaryllis mengabaikan lelaki itu. Dia mengemas barangannya dan mahu segera berlalu meninggalkan tempat itu.

"Aku balik dulu. Selamat malam," ucap Amaryllis lalu mengatur langkah mahu pergi.

Nash pantas menangkap tangan gadis itu dan menggenggamnya kemas.

"Aku ada soalan nak tanya dekat kau." Nash memandang Amaryllis dengan pandangan serius.

Amaryllis membalas pandangan mata Nash.

"Ia bukannya urusan kau," kata Amaryllis yang sudah tahu apa yang mahu ditanyakan oleh lelaki di depannya itu.

Genggaman Nash semakin kemas dan ia membuatkan Amaryllis berkerut dahi menahan rasa sakit itu.

Amaryllis memandang tepat ke dalam anak mata Nash. Dari pandangan itu, si gadis tahu bahawa si lelaki tidak akan melepaskannya dan akan terus mendesak dirinya untuk memberitahu segalanya.

Akhirnya si gadis mengalah. Dia menghela keluhan berat.

"Baiklah, aku akan beritahu kau semuanya."

"Betul ni?"

"Ya, betul."

Nash melepaskan pegangannya.

Amaryllis menggosok pergelangan tangannya yang memerah.

"Jom ke rumah aku. Aku akan sediakan minuman panas untuk kau nanti."

Nash mengangguk akur.

Mereka berdua berlalu meninggalkan kawasan tasik.

CURSEDWhere stories live. Discover now