Seminggu kemudianSejak kali pertama Camila mengemukakan niatnya untuk berkawan dengan Amaryllis, dua gadis itu kini menjadi rakan baik.
Pada mulanya, Amaryllis berasa ragu-ragu untuk berkenalan dengan gadis itu memandangkan dia tidak pernah mempunyai kawan seumur dengannya melainkan Nash.
Namun, atas pujukan Nash, Amaryllis setuju untuk berkenalan dengan Camila.
Dan bagi Camila pula, pada awalnya dia turut berasa kekok berkawan dengan Amaryllis memandangkan gadis itu langsung tidak mempaparkan sebarang emosi pada wajah ataupun pada nada percakapannya. Dia juga susah untuk bercakap.
Tetapi memandangkan Camila adalah seorang gadis yang suka bercakap dan bersembang, akhirnya Amaryllis terpaksa melayakan saja kerenah gadis itu dan berbual dengannya.
Nash berasa senang apabila melihat Amaryllis yang semakin berani membuka hatinya untuk berkenalan dengan Camila.
Kini, mereka bertiga sedang berkelah di sebuah kawasan lapang dengan pemandangan tasik di depan mata.
"Illis tengok ni!" Camila menunjukkan mahkota bunga yang dihasilkannya dengan penuh bangga.
"Cantik." Amaryllis memuji.
Camila meletakkan mahkota itu di atas kepala Amaryllis.
"Lagi cantik kalau Illis yang pakai." Camila memuji ikhlas.
Amaryllis mengukirkan segaris senyuman.
"Terima kasih." Wajah gadis itu memerah tanpa disedarinya.
Camila tersenyum gembira melihat Amaryllis.
"Illis, saya ada sesuatu nak beritahu." Camila menggenggam tangan Amaryllis.
Riak wajah Camila yang tadinya ceria, berubah muram.
"Kenapa Camila?"
Amaryllis bertanya kehairanan.
"Cuti semester saya dah nak habis. Hujung minggu ni saya kena balik ke kampus di bandar." Camila meluahkan kesedihannya.
"Oh!" Amaryllis terkejut mendengar berita itu. Dalam tidak sedar, ada perasaan kosong di dalam hatinya setelah mendengar berita itu.
"Jangan risau, Illis! Saya janji akan selalu datang jumpa dengan awak bila cuti nanti." Camila cuba memujuk hatinya dan Amaryllis.
Amaryllis mengangguk faham.
Dua gadis itu meluangkan masa bersama seharian sebelum pulang ke rumah pada petangnya.
Sebelum berpisah, dua gadis itu sempat berbalas pelukan sebagai tanda perpisahan.
*****
Seperti yang diberitahu, pada hujung minggu itu Camila bersiap untuk bertolak balik ke kampusnya.
Keluarga itu saling berpeluk-pelukan.
"Abang, jaga Illis dengan baik." Camila berpesan kepada Nash semasa dia berdiri di depan lelaki itu.
"Ya, tahu."
Camila tersenyum kecil.
"Jangan risau, Camila akan setiasa sokong hubungan abang dengan Illis," kata Camila dengan nada mengusik.
"Tch."
Camila tertawa kecil melihat wajah Nash yang sudah memerah.
Setelah itu, si gadis masuk ke dalam kereta kuda yang sudah sedia menunggu.
"Jaga diri, Camila." Pesan si ibu dan Hector.
Kereta kuda mula bergerak.
Camila menjengahkan kepalanya dari tingkap dan melambaikan tangannya.
Semua membalas lambaian gadis itu sehinggalah kereta kuda itu menghilang dari pandangan.
Semasa kereta kuda berjalan keluar dari gerbang utama, ekor mata Camila ternampak satu susuk yang sangat dikenalinya di balik sebatang pokok.
Camila terus menjengah keluar dari tingkap.
Gadis yang dilihatnya tadi melambaikan tangannya.
Camila tersenyum sendiri dan membalas lambai sahabatnya itu.
"Selamat tinggal, Camila." Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...