Bad Things Happened

182 26 4
                                    

3 tahun kemudian

Masa berlalu dengan sangat pantas. Amaryllis kini sudah  menginjak zaman remajanya. Umurnya juga sudah menginjak 13 tahun.

Namun, kehidupannya masih sama. Dia masih dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Tetapi, semuanya mula berubah apabila Clarissa jatuh sakit.

Kebolehan Amaryllis juga semakin lama semakin tidak berfungsi. Jika ada sesiapa saja yang datang dan meminta sesuatu, ia pasti tidak akan tertunai. Malah, perkara yang sebaliknya pula yang akan berlaku kepada mereka.

Sebagai contoh, beberapa hari lepas, mereka sekeluarga telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki itu berhajat agar kebunnya ditumbuhi buah yang banyak agak dia dapat menghasilkan keluaran dengan banyak.

Amaryllis mendengarnya dan membuat seperti kebiasaannya. Tetapi semalam, mereka dikhabarkan bahawa kebun lelaki itu telah musnah diserang serangga serta binatang liar.

Disebabkan kejadian itu, Ryzal dipaksa untuk membayar ganti rugi. Dalam masa yang sama, berita tentang kemalangan itu mula tersebar ke serata tempat dan ia dikaitkan dengan hilangnya kebolehan Amaryllis.

Sejak daripada itu, tiada sesiapa lagi yang datang bertemu dengan keluarga kecil itu.

Clarissa juga semakin tenat dan hanya terbaring di atas katilnya. Sementara Ryzal pula, semakin tidak terurus dan serabut dengan kesusahan yang mula mencengkam.

Amaryllis duduk di sisi Clarissa dengan semangkuk bubur di tangan.

Clarissa tersenyum payah setiap kali memandang wajah si anak gadis.

Wanita itu cuba untuk mengangkat tangannya.

Amaryllis meletakkan mangkuk bubur di tepi dan dia mencapai tangan si ibu lalu meletaknya pada pipi dia sendiri.

Tangan itu semakin dingin. Kehangatan yang dulu sentiasa menyelimuti dirinya, semakin menghilang.

Clarissa menggerakkan bibirnya.

Amaryllis menunduk, merapatkan telinganya pada si ibu.

"Hiduplah... dengan gembira... anakku. Kamu... layak peroleh... kebaikan dan cinta... yang ada dalam dunia ni." Clarissa berbisik perlahan dengan suara tersangkut-sangkut.

Amaryllis mendongak, memandang wajah si ibu yang kurus dan cengkuk sehingga menampakkan lekuk tulang pipinya.

Air mata Clarissa mengalir setiap kali melihat wajah tidak beremosi si anak.

Hatinya hancur apabila mengenangkan tindakannya yang tidak menghalang tindakan suaminya sejak dulu lagi. Jika tidak, pasti Amaryllis sudah tersenyum dan tertawa sekarang ini.

"Ibu." Amaryllis bersuara.

Semakin laju air mata Clarissa apabila mendengar si anak memanggilnya.

Gadis itu jarang sekali bercakap. Hinggakan Clarissa hampir lupa bagaimana suara si anak dan pernah juga terdetik di fikirannya, kemungkinan si anak sudah bisu.

"Maafkan ibu... Amary." Clarissa sudah teresak-esak.

Amaryllis hanya mampu memandang saja. Dia langsung tidak merasakan apa-apa di dalam hatinya.

Sejujurnya, dia faham apakah itu gembira, sedih, amarah dan pelbagai lagi jenis emosi. Tetapi, semua itu langsung tidak ada di dalam dirinya.

Dia seolah-olah balang kosong yang tidak diisi dengan apa-apa. Jika ada pun, ia pasti akan keluar semula melalui pecahan yang ada di bahagian bawah balang itu.

*****

Seminggu kemudian

Clarissa akhirnya meninggal kerana sakitnya.

Amaryllis berdiri di hadapan pusara ibunya. Riak wajahnya langsung tidak memaparkan kesedihan. Gadis itu langsung tidak menangis atau bersedih.

Riak wajahnya kosong tanpa perasaan.

"Tengok budak tu. Dia tak ada perasaan ke? Langsung tak menangis ke apa." Bisikan mula kedengaran.

Amaryllis langsung tidak ambil pusing dengan bisikan buruk tentang dirinya.

Dia meletakkan jambangan bunga di atas pusara si ibu dan berlalu pergi dari kawasan itu.

Pulang saja ke rumah, dia ternampak si ayah terbaring di atas sofa dengan botol minuman keras di dalam tangan.

Keadaan lelaki itu kelihatan sangat  tidak terurus.

Disebabkan tidak tahu hendak buat apa, Amaryllis berlalu naik ke biliknya dan mengurungkan dirinya di dalam itu.

Tanpa berfikir panjang, Amaryllis merebahkan dirinya di atas katil dan memejamkan matanya rapat.

CURSEDWhere stories live. Discover now