It Might Be A Lie

112 12 0
                                    

Nash kini sedang duduk bersendirian di ruang tamu sementara Amaryllis ke dapur untuk menyediakan minuman panas untuknya.

Di kesempatan itu, Nash mengambil peluang untuk melihat sekeliling ruang rumah itu.

Rumah itu tidaklah besar dan tidaklah kecil sangat. Sesuailah untuk tinggal sendirian. Tetapi, ia tetap juga bahaya untuk seorang gadis muda tinggal bersendirian di dalam kawasan hutan itu.

Sejujurnya, lelaki itu terkejut apabila melihat rumah si gadis. Dia langsung tidak menyangka bahawa rumah yang pernah dilihatnya semasa memburu bersama Hector, adalah rumah milik Amaryllis. Kemungkinan juga, perempuan yang dilihatnya pada tika itu juga adalah si gadis itu sendiri.

Pandangan Nash terhenti pada seekor anak kucing yang sedang lena di bahagian hujung sofa.

"Oh! Kucing hari tu. Dia dah nampak besar sikit dari sebelum ni," bisik hati Nash.

Lelaki itu menghulurkan tangannya dan mengusap lembut si kucing hitam.

Kucing itu bergolek manja.

Nash tersenyum sendiri.

"Minuman kau. Jemputlah minum." Teguran itu membuatkan Nash menarik semula tangannya dan memandang tepat ke arah Amaryllis.

"Terima kasih."

Amaryllis mengangguk dan dia duduk bertentangan dengan lelaki itu.

Nash mencicip minuman panas itu terlebih dahulu untuk memanaskan badan.

Kemudian, barulah lelaki itu menumpukan perhatiannya pada si gadis.

Situasi antara mereka diam.

Nash mempunyai ribuan persoalan bermain di dalam kepala. Tetapi, dia tidak dapat memilih soalan yang mana mahu ditanyanya terlebih dahulu.

"Apa nama penuh kau?"

"Amaryllis Equinox."

"Kau bukan dari sini, bukan?"

Amaryllis mengangguk.

Nash diam sejenak.

"Apa atau siapakah kau ni sebenarnya? Ada apa dengan lakaran dekat belakang badan kau tu?"

Amaryllis memejamkan matanya sejenak. Dia menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan perlahan.

Mata dibuka semula dan pandangannya dihalakan tepat pada si lelaki.

"Kau pernah dengar tentang Perempuan Sumpahan?"

Nash mengangguk.

"Apa yang kau tahu tentang mereka?"

"Hmm. Mereka ada kebolehan yang istimewa, sangat cantik dan mereka yang terpilih hanya akan lahir seribu tahun sekali."

Amaryllis mengangguk, membenarkan kata-kata Nash itu.

"Apa lagi yang kau tahu tentang mereka?"

Nash menggeleng. Dia hanya tahu perkara itu dari cerita-cerita orang kampung saja. Tidak pernah pula dia mahu tahu dengan lebih lanjut tentang cerita perempuan sumpahan yang menjadi cerita dongeng yang selalu didengarinya semasa kecil.

"Aku adalah salah seorang dari mereka."

Nash memandang tepat ke dalam anak mata Amaryllis. Lelaki itu kemudiannya tiba-tiba tertawa.

"Lawak apa yang kau cuba nak buat ni? Mana mungkin perempuan macam tu wujud. Lagipun, memang tak ada bukti tentang kewujudan mereka dekat dunia ni." Nash berkata dengan tawa yang tersisa.

"Macam mana kalau aku kata yang aku dah lama kenal kau sejak kau kecil lagi?"

Kata-kata gadis itu membuatkan Nash berhenti tertawa. Riak wajahnya berubah serius dan dahinya berkerut.

"Ibu angkat kau, Sophia pernah bawa kau berjumpa dengan aku masa kau berumur 12 tahun. Tika tu, kau demam selama dua minggu dan kau masih tak sembuh. Jadi, ibu kau ambil keputusan untuk bawa kau berjumpa dengan aku dan minta pertolongan dari kebolehan aku. Setelah berjumpa dengan aku, kau terus sembuh keesokannya dan meneruskan kehidupan kau seperti biasa."

Nash berkerut dahi mendengar cerita gadis di depannya itu.

"Apa bukti yang kau ada untuk membuktikan bahwa itu adalah kau?"

"Kalau aku jumpa dengan ibu kau, aku yakin dia akan kenal aku. Tapi, aku tak ada masa nak berjumpa dengan sesiapa lagi sekarang ni."

"Kalau betul kau adalah perempuan tu, buktikan kebolehan kau tu!"

Amaryllis menggeleng.

"Ha! Kau menipu, sebab tu kau tak boleh nak buktikan apa-apa untuk aku."

Amaryllis mengeluh.

"Aku dah tak ada kebolehan tu lagi. Kalau kau minta sesuatu, perkara yang sebaliknya pula yang akan berlaku dari apa yang kau minta."

"Aku tak percaya! Baiklah, aku minta kau buktikannya. Aku nak bernasib baik sepanjang minggu ni."

Amaryllis hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia terpaksa melakukan perkara yang sudah lama tidak dilakukannya.

Dia merapatkan kedua-dua belah telapak tangannya dan menggenggamnya erat. Mata dipejam rapat. Gadis itu membayangkan sesuatu dan ditujukan kepada Nash.

Amaryllis membuka matanya semula.

"Jangan salahkan aku kalau apa-apa yang buruk terjadi pada kau." Amaryllis memberi amaran.

"Heh! Aku yakin kau hanya nak takut-takutkan aku je," kata Nash masih lagi yakin dengan kata-katanya.

Dalam pada itu, Nash perasan satu lakaran hitam naik ke kawasan leher kiri Amaryllis. Tetapi ia kemudiannya hilang dalam sekelip mata.

Nash menggeleng perlahan.

"Kau balik la dulu. Kita akan sambung nanti. Aku nak berehat, tidur." Amaryllis segera berdiri.

Nash turut berdiri.

"Aku balik dulu."

Amaryllis mengangguk.

Nash berlalu keluar dan meninggalkan rumah itu.

Setelah itu, Amaryllis segera naik ke biliknya dan merebahkan diri di atas katil.

"Kenapa aku beria sangat nak buktikan perkara ni dekat dia? Bukannya dapat bagi apa-apa manfaat dekat aku pun," bisik hati si gadis yang dihurungi dengan tanda tanya.

CURSEDWhere stories live. Discover now