Sejak terserempak di kedai buku seminggu lepas, Nash dan Amaryllis sering berhubung melalu chat.Ada kalanya mereka akan bertanya khabar, bertanya sudah makan atau belum, atau pun berkongsi gambar aktiviti yang mereka lakukan tika itu. Tingkah mereka sudah seperti pasangan bercinta.
Sejak daripada itu juga, Amaryllis dapat tahu apakah pekerjaan Nash.
Selain daripada bermain piano sebagai hobi, Nash merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat yang terkemuka dan syarikat itu pula merupakan syarikat perusahaan keluarganya.
"Aku tengok kau sejak akhir-akhir ni asyik dengan telefon je. Lepas tu senyum-senyum sendiri. Kau chat dengan siapa?" Nora bertanya.
Amaryllis sekadar menggeleng.
Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni Nora selalu saja datang ke pejabatnya. Wanita itu seolah-olah memantau setiap gerak-geri dan perbuatannya.
"Illis, kau marahkan aku ke? Aku ada buat salah ke?" Nora bertanya lagi memandangkan Amaryllis langsung tidak bercakap dengannya sejak dia tiba.
Amaryllis mnegeluh perlahan.
"Aku sibuk, Nora. Cuti sekolah ni terlalu sibuk untuk aku. Restoran ni selalu ramai dengan pelanggan dan aku kena pastikan pengurusan dalam keadaan yang baik," kata Amaryllis dengan nada mendatar.
Sejujurnya, Amaryllis sudah penat mahu melayankan kerenah Nora.
"Hmmm." Nora mencebik. Dia tidak dapat menerima alasan rakan kongsinya itu.
"Aku dengar ibu ayah kau akan balik ke sini hujung minggu ni. Betul ke?"
Amaryllis mengangguk perlahan.
Nora tiba-tiba menepuk tangan.
"Apa kata kita sekeluarga makan malam sama-sama?" Cadang Nora dengan terujanya.
Amaryllis diam sejenak. Dia cuba mengingat jadualnya pada hujung minggu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
"Boleh juga." Amaryllis memberi kata putus setelah yakin yang dia tidak mempunyai sebarang perancangan pada hari itu.
Nora tersenyum teruja.
"Aku akan beritahu pada mama dan papa." Nora segera berdiri dan berlalu keluar dari pejabat AMaryllis.
Amaryllis menghela nafas lega apabila wanita itu keluar meninggalkan dia sendirian.
Ting!
Notifikasi yang masuk membuatkan Amaryllis segera mencapai telefonnya.
Chat dari Nash dibuka.
Amaryllis tersenyum sendiri apabila melihat gambar Nash sedang menyuap makan Lorea.
Melihat dari sudut gambar itu, Amaryllis dapat meneka siapakah yang mengambil dan menghantar gambar Nash kepadanya. Siapa lagi kalau bukan Freya yang menghantarnya dengan menggunakan telefon Nash
*****
Hujung minggu itu, Amaryllis pergi ke lapangan terbang untuk menjemput orang tuanya.
"Illis." Seorang wanita dalam lingkungan awal 50-an segera mendapatkan Amaryllis dan memeluk erat tubuh wanita itu.
"Selamat pulang, ibu." Amaryllis membalas pelukan mesra itu.
"Kamu apa khabar?" Adriel, ayah kepada Amaryllis bertanya sambil mengusap kepala satu-satunya anak tunggal mereka suami isteri.
"Sihat je." Amaryllis menjawab dengan senyuman di bibir.
Sejujurnya, Amaryllis berasa sangat gembira kerana dia dikurniakan dengan ibu dan ayah yang sangat penyayang di kehidupannya sekarang.
Semua perhatian dan kasih sayang ibu dan ayahnya hanya tertumpu kepadanya dan dia tidak pernah berasa terabai seperti mana yang pernah dirasakannya dulu.
YOU ARE READING
CURSED
FantasíaAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...