Beberapa hari selepas makan malam itu, Amaryllis yang sibuk dengan kerjanya didatangi oleh Luke.
Seperti biasa, Amaryllis langsung tidak melayan lelaki itu dan menyibukkan diri dengan urusannya.
"Ada apa-apa yang awak nak cakapkan ke? Kalau tak ada apa-apa, saya harap awak tak ganggu kerja saya."
Luke yang berdiri di depan meja Amaryllis langsung tidak bersuara. Dia hanya memandang Amaryllis dengan harapan wanita itu akan memandangnya semula.
Melihat tingkah Amaryllis yang langsung tidak mempedulikannya, Luke mula berasa marah.
Tanpa berfikir panjang, Luke terus merampas dokumen yang sedang dibaca oleh Amaryllis dan mencampaknya ke lantai.
Amaryllis yang terkejut dengan tindakan itu, terus mendongak dan memandang Luke dengan pandangan marah.
"Apa yang kau cuba lakukan, Luke?" Amaryllis bertanya dengan riak yang serius. Dia pantang apabila orang menggangu kerjanya.
"Kita perlu berbincang."
"Apa yang perlu dibincangkan antara kita? Aku tak rasa ada sesuatu yang penting antara kita." Amaryllis kelihatan sangat marah hinggakan dia tidak lagi berkata lembut dengan Luke.
Luke menghampiri Amaryllis. Kerusi yang diduduki wanita itu dipusingkan menghadapnya dan dia terus mengepung Amaryllis dengan meletakkan kedua-dua belah tangannya pada tempat letak lengan.
Luke dan Amaryllis berbalas pandangan.
"Siapa lelaki tu?"
"Kau siapa nak tahu semua benda tentang aku?"
"Jangan buat aku ulang persoalan aku, Illis. Jawab, siapa lelaki tu?!" Luke kini meninggikan suaranya.
"Teman lelaki aku. Kenapa? Ada masalah ke?" Amaryllis menjawab sinis, dengan harapan lelaki itu berhenti bertanya lagi.
"Ha! Teman lelaki? Teman lelaki?!" Luke menumbuk permukaan meja kerja Amaryllis.
Amaryllis tersentak, terkejut dengan tindakan lelaki itu. Dia langsung tidak menyangka, lelaki yang disangkanya baik, lembut, dan mesra itu berubah secara tiba-tiba.
Amaryllis berasa cuak melihat tingkah Luke. Namun, dia tidak menunjuk perasaanya itu. Dia perlu berani berdepan dengan Luke dan memberitahu perasaannya yang sebenar.
"Patutlah dua tiga hari ni kau asyik keluar je dengan lelaki tu. Rupanya kau ada hubungan dengan dia."
"Kau mengintip aku ke?" Bertambah-tambah rasa marah Amaryllis terhadap lelaki itu.
"Itu semua tak penting. Sekarang aku nak kau putuskan hubungan kau dengan lelaki tu. Sekarang juga!"
"Macam mana kalau aku tak nak?" Amaryllis memprovok.
Luke mengetap gigi. Geram dengan sikap keras kepala Amaryllis.
Baru saja Luke mahu membuka mulut, tiba-tiba kedengaran ketukan pada pintu.
Pintu itu dibuka dari luar dan seorang lelaki masuk.
"Illis, jom makan tengahari."
Senyuman di bibir Nash terus menghilang apabila melihat Amaryllis sedang bersama dengan seorang lelaki dalam posisi yang dangat rapat.
"Nash!"
"Maaf, saya tunggu awak dekat luar, Illis."
"Nash! Tunggu dulu."
Belum sempat Amaryllis menghalang, Nash sudah pun keluar dari pejabatnya.
"Tch! Tepilah!" Amaryllis menolak Luke dengan sepenuh tenaganya.
YOU ARE READING
CURSED
FantasyAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...