Dari perbualan Adriel dan Calix, Amaryllis mendapat tahu sesuatu yang sangat tak dijangkanya.
Seperti yang diketahui, Amaryllis pernah mempunyai kompilasi jantung semasa kecil dan keadaannya sentiasa dipantau oleh doktor. Setiap bulan Amaryllis akan ke hospital dan menetap di sana selama beberapa hari untuk dipantau keadaanya.
Calix merupakan seorang doktor yang bertanggungjawab untuk memantau keadaan Amaryllis.
Calix juga bukan saja merupakan seorang doktor biasa. Dia adalah seorang pakar jantung yang sangat terkenal dan juga pemilik hospital tempat Amaryllis dirawat.
Semasa Amaryllis menetap selama seminggu di hospital, dia bukan saja selalu didatangi oleh ibu bapanya yang datang melawat dan doktor yang memantau saja, tetapi dia juga didatangi oleh sepasang kanak-kanak yang tidak dikenalinya.
Di awal perkenalan, Amaryllis sangat pendiam dan tidak mahu bermain dengan pasangan beradik itu. Bukan itu saja, mereka juga kelihatan beberapa tahun lebih tua dari Amaryllis dan ia membuatkan si kecil itu berasa takut untuk bermain dengan mereka.
Namun, setelah beberapa kali diajak bermain, Amaryllis akhirnya ikut sertai mereka.
Sejak daripada itu, si pasangan kembar sering datang dan bermain dengan Amaryllis.
Hubungan mereka tiga sekawan terputus setelah Amaryllis menjalani pembedahan jantung da berpindah ke tempat lain.
Kini, tahulah Amaryllis siapakah gerangan pasangan kembar itu. Mereka adalah Nash dan Freya yang berada di depan matanya sekarang.
"Wah, siapa sangka budak perempuan yang selalu kita kacau dulu rupanya Illis sendiri." freya berkata dengan tawa kecilnya.
Amaryllis tertunduk malu.
"Mak cik gembira tengok keadaan kamu sekarang. Bukan saja sihat, tapi semakin cantik pula." Sylvia memuji kecantikan Amaryllis yang semamangnya sangat memukau sesiapa saja yang melihatnya.
Muka Amaryllis memerah apabila dipuji sebegitu.
Mikael yang diam saja sejak tadi hanya memerhatikan saja tingkah si adiknya, Nash.
Dari pemerhatiannya, dia tahu yang adiknya itu telah jatuh cinta. Adiknya itu langsung tidak mengalihkan pandangannya dan asyik saja memandang Amaryllis dengan senyuman di bibir.
Melihat tingkah Nash membuatkan Mikael mahu mengusik adiknya itu.
"Amaryllis." Mikael memanggil dengan lembut.
Amaryllis memandang Mikael dengan pandangan tanda tanya.
Nash turut memandang laju ke arah abangnya apabila lelaki itu memanggil nama Amaryllis dengan nada mesra.
Mikael menjeling sekilas pada Nash untuk melihat reaksi adiknya itu. Dalam diam, Mikael tertawa sendiri apabila melihat renungan tajam Nash.
"Awak dah berpunya ke?" Mikael bertanya selamba.
Disebabkan soalan itu, semua memandang tepat ke arah Amaryllis. Mereka seolah-olah menunggu jawapan dari wanita itu.
"Belum." Amaryllis menjawab dengan wajah yang memerah. Dia berasa malu kerana menjadi tumpuan semua.
"Ah~ Kebetulan saya pun tak berpunya lagi dan sedang mencari calon." Mikael berkata lagi.
"Oh!" Amaryllis tidak tahu mahu membalas apa lagi.
Mikael menyembunyikan senyumannya apabila melihat riak Amaryllis yang kelihatan tak keruan.
"Kau jangan nak berangan la bang. Kau tu tua lagi dari Illis." Nash menyampuk. Tidak senang dengan kata-kata Mikael sebentar tadi.
YOU ARE READING
CURSED
FantasíaAda kisah menceritakan bahawa setiap seribu tahun, akan lahirnya bayi perempuan yang sangat cantik dan sempurna paras rupanya. Bukan itu saja, kesempurnaan dan kecantikan itu diiringi dengan satu kebolehan yang sangat dikagumi ramai. Kebolehan itu m...