Beep... beep.. beep...."TANGAN NI JANGAN PERNAH SENTUH HAK AKU!"
Beep... beep....
"MULUT NI JANGAN PERNAH CUBA BERCAKAP TENTANG CINTA DENGAN MILIK AKU!"
Beepppp... beep... beep....
" DAN MATA NI JANGAN PERNAH TENUNG APA YANG DAH JADI MILIK AKU LAH, DASAR BANGSAT!"
Beeepp... beep...
"Aku.... Rindu kau."
Beepppppp..
"Kau tahu apa posisi yang best?" Tanya Raid tiba-tiba. Ariana mengeleng tanda tidak tahu.
"Mari aku tunjukkan." Raid angkat kepala Ariana ke lengannya. Dia tarik tangan Ariana tanda suruh memeluk pinggangnya. Raid terus balas pelukan Ariana.
"Ha ni baru selesa." Kata Raid sambil menghidu rambut Ariana.Beep... Beep..
"Selamanya.... Ariana Carmila... milik..... Raid Xavier"
Sudah hampir sebulan, Raid Xavier masih tiada tanda- tanda untuk sedarkan diri. Terbaring kaku di katil wad dengan dada penuh wayar berselerakan.
"Sudahlah Ariana, jom kita balik." Kata Datin Arya kepada Ariana yang masih tidak henti menatap Raid.
"Tak apa, mama papa balik lah dulu. Biar Ana pula tunggu Raid dekat hospital okay." Tolak Ariana.
"Baliklah Ariana. Kejap lagi Rayyan datang jaga Raid. Dia dah sampai dekat airport dah tu." Aunty Azalina memaklumkan pada Ariana. Rayyan Xavier, abang kepada Raid akan pulang ke Malaysia setelah pulang kembali ke Itali. Pasti Rayyan akan sedih melihat adiknya yang terlantar kaku ini. Kerana urusan kerja, terpaksa Rayyan tangguhkan kepulangannya untuk adiknya ini.
"Tak apa, Ana tunggu sampai abang Rayyan datang. Baru Ana balik." Ariana masih degil ingin menunggu.
"Ish susah cakap dengan anak awak ni bang." Datin Arya berkata pada Dato' Ilham.
"Kalau ada apa- apa bodyguard ada depan bilik ni. Jaga diri elok- elok Ariana." Uncle Raden berpesan pada Ariana. Ariana mengangguk. Ariana memandang ibu bapanya keluar dari bilik. Dia tingkatkan wajah memandang Raid. Wajah tenang yang tiada reaksi itu menjadi tatapan Ariana.
"Raid, Ana rindu Raid. Bangunlah." Ariana pegang tangan Raid yang dicucuk jarum itu. Perlahan matanya bergenang.
"Kita nak kahwin kan bulan depan? Raid tak nak bangun lagi ke?" Matanya menitiskan air mata. Sungguh dia rindu dengan tunangnya yang suka mengarah itu.
"Sumpah, Ana akan ikut semua kata Raid." Ariana mengengam lembut tangan Raid.
"Tak puas tidur lagi ke Raid." Rintih Ariana.
"Bangunlah. Ana rindu." Ariana menyembamkan muka ke katil. Bahu yang terhinjut-hinjut sedih menghiasai latar malam.
--------------------------
Bunyi deru nafas termengah-mengah di belakang Ariana. Ariana mengangkat kepalanya melihat gerangan itu. Rayyan. Beg galas dibahu terlurut jatuh ke lantai. Sesudahnya sampai ke lapangan terbang terus memecut ke sini melihat adiknya. Betapa luruhnya hati seorang abang melihat adiknya yang terbujur kaku tidak berdaya di atas katil.
Langkah longlai mendekati katil adiknya. Tangan memegang palang membantu diri dari rebah. Muka Rayyan menunduk.
"Maafkan aku sebab lambat." Rayyan mengetap bibir. Ariana yang sedia kala teresak lagi mengalirkan air mata.
"Aku memang abang yang teruk." Bisik Rayyan sambil mengenggam palang katil. Sepatutnya dia sebagai abang, melindungi adiknya. Padahal dia tahu ada seseorang yang mengancam mereka, tindakannya yang lambat itu adalah punca. Dia tahu semua kemalangan ini bukanlah kebetulan, takdir tetapi dirancang oleh seseorang.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...