"Hanna?" Panggil Ariana. Pintu tandas diketuk. Dia ada terdengar Hanna muntah dengan sangat teruk ketika dia sampai ke rumah ini. Jadi dia terus masuk ke dalam bilik Hanna. Pintu tandas yang sedikit terbuka itu ditolak."Awak okay?" Tanya Ariana risau apabila melihat Hanna yang duduk di lantai.
"Ariana." Hanna senyum kecil pada Ariana.
"Saya okay." Dia memandang Ariana. Diukir juga senyuman menandakan dia baik sahaja.
"Awak muntah teruk ni. Demam?" Ariana mendekati Hanna. Dia melutut di hadapan Hanna lalu tangan diletakkan di leher Hanna. Suhu badan hanya normal baginya.
"Tak lah. Saya nak datang bulan kot ni. Hormon tak stabil." Hanna menggeleng perlahan.
"Lama saya tak senggugut teruk macam ni. Badan tak dapat terima." Hanna memegang perutnya. Dahi berkerut dengan sedikit peluh menunjukkan dia memang tak selesa dan sakit dengan keadaan ini.
"Jom saya papah awak ke katil." Ariana meletakkan tangan Hanna ke bahunya. Tangannya menahan tepi badan Hanna. Hanna bangun dari duduknya di bantu Ariana.
"Terima kasih Ariana." Ucap Hanna pada Ariana perlahan. Wajahnya pucat. Memang tak mampu buat apa-apa.
"Saya ambilkan ubat dulu okay." Kata Ariana sebaik sahaja Hanna berbaring ke katil. Dia perbetulkan selimut di kaki Hanna. Suhu penghawa dingin dinaikkan. Lalu dia keluar ke luar mengambil ubat.
"Nah." Dua pil kecil diberikan bersama air suam kepada Hanna.
"Hanna." Panggil Ariana perlahan. Dia seakan serba salah ingin memulakan bicara. Hanna pula selepas selesai menelan ubat memandang Ariana pelik.
"Kenapa?" Tanya Hanna pelik. Dia masih lagi terasa senak di perutnya.
"Kalau saya cakap ni, awak terasa tak eh." Gumam Ariana perlahan tapi masih boleh didengari Hanna.
"Cakap je Ariana." Hanna senyum Ariana.
"Bila last awak datang period?" Ariana bertanya. Hanna terdiam.
"Saya... Lupa..." Hanna bergumam perlahan. Takkanlah...
Telefon di tepi katil di ambil. Lalu dibuka kalender di telefonnya. Terakhir kali dia datang bulan, bulan lepas. Ni dah hampir hampir hujung bulan. Ahh dia dah terlewat. Sepatutnya dua minggu lalu dia akan period. Telefon terlepas dari tangan.
"Awak... Ada bersama dengan abang Ray?" Ariana takut-takut bertanya.
"Tapi saya tak anggap awak macam tu pun!" Laju-laju Ariana berkata.
"Tak kot. Saya terlewat sikit je ni." Hanna ketawa kecil. Dia menggeleng laju. Memang dia ada terbabas dengan Rayyan. Dia pun sama liar dengan Rayyan. Jadi ini hanya aktiviti biasa buat mereka. Mampuslah kalau Alex dan Raid dapat tahu. Mesti mereka dimarahi cukup-cukup.
Bukan dia tak pernah marah dan paksa Rayyan untuk bernikah dengannya tapi Rayyan sering memberi alasan seperti bahaya untuk masa sekarang dan banyak masalah datang sekali gus membuatkan dia tak sempat fikir tentang kahwin.
Apa yang Hanna mampu buat adalah tunggu dengan sabar. Dia pun dah terbiasa dengan perangai liar selama di luar negara. Tapi tidaklah sampai ke kelab dan parti. Berulang alik dari Malaysia ke Itali dan kadang kala ke Spain juga menjadikan mereka rindu satu sama lain dan tiada masa.
"Awak tak nak call abang Ray? Pergi check. Mana tahu ada masalah lain." Ariana cakap dengan nada perlahan.
"Tak ada apa lah. Esok okay lah ni." Hanna berbaring ke katil.
"Lagipun Rayyan sibuk. Kan ada mesyuarat hari ni. Saya rasa mesti diorang balik lewat." Hanna memejamkan mata. Ariana mengangguk kecil.
"Tak apa lah. Awak rehat. Saya nak turun ke bawah kejap." Ariana menutup lampu bilik lalu keluar.
Hanna membuka balik matanya. Tangan diusap pada perut. Dia menggeleng laju. Takkan! Dia terus pejamkan mata untuk tidur sementara menunggu rasa sakit untuk reda.
----------------------
"What is this Xavier!? All the problems are on us! We are also involved to explain all this fuss!" Dengan pelat Spanish wanita berumur 40 an bersuara. Rayyan dan Raid yang duduk di bersebelahan di pandang silih ganti oleh wanita tua itu.
"I agree with what she said. I also have to face the same problem. We have lost the trust of the community." Lelaki berumur 50-an pula bersuara. Pelat Francis nya kedengaran.
"I think you should explain to all of us about this problem. This is your family's problem, not ours." Lelaki hampir berumur dengan wanita Spanish tadi juga bersuara dengan pelat Thailand juga lelaki dari pihak Indonesia juga mengangguk setuju.
"This is beyond my expectations. The deaths of many of my employees should not happened." Rayyan menyatakan kesalnya. Walaupun kejadian itu sudah berlalu, tapi masih dia dimarahi orang ramai dan mendatang kebencian dalam diri masyarakat. Kerana masalahnya orang tidak bersalah menanggung akibat.
"We are working to curb this problem. We will find out who the mastermind is. But for now, Act as it nothing happened. I will solve it as soon as possible." Raid turut bersuara. Matanya tajam memerhati semua wajah disitu.
"Yes as you should. I don't want to deal with this until you both finish it. I don't want any problems. I as the third highest shareholder, deserve respect. Not to mention when Tengku Raden is dying, led by young people like you both bring more problems." Wanita Spanish itu senyum sinis. Kaki disilang lalu badan dihadap pada dua lelaki muda itu.
"I don't care if this is your company, but I have my rights. I have been working since it was still being developed. When I was working there was not a single problem with being led by Tengku Xavier. But when it's your turn to hold this position, various problems arise. I think you should just sell this company to someone who deserves it." Dengan nada yang sinis dan penuh memerli dilontarkan.
"Like Haline Axel, Tengku Axel's granddaughter." Wanita itu memandang satu persatu muka dihadapannya. Yang lain sudah memasang wajah terkejut. Tapi sudah terbiasa dengan helah pihak itu. Entah bagaimana dia boleh membeli saham yang paling tinggi selepas Rayyan. Mungkin ini juga mempengaruhi dari Tengku Darren Axel yang asalnya berkacukan Spain.
"She is our enemy. She admitted on the day the new weapon was launched. How do you know her!?" Raid sedikit menekan suaranya.
"That woman almost killed Tengku Raden!" Lelaki dari Thailand beriak marah. Mana kan tidak, berikan syarikat pada yang menghancurkan sahabatnya. Memang gila.
"I should have removed Spain from the list in the beginning. A snake in the grass! That suits you well." Rayyan dengan wajah beku berkata. Mata helangnya sudah memanah wanita tua itu.
"You can't make decisions with your own will. You still need our approval from all of us!" Wanita itu bangun dari duduk. Takut akan jawatan yang dipegang sekarang.
"I think everyone would agrees." Rayyan memandang wajah-wajah lain di dalam bilik itu.
"It's the best for all of us." Lelaki Indonesia itu senyum sinis. Sudah lama dia ingin melihat kejatuhan wanita itu.
"Alex gonna take over your shareholder." Rayyan bangun dari duduknya memberi keputusan muktamad.
"He doesn't deserve it. He is not our citizen." Wanita itu mencerlung tajam ke arah Raid.
"He is my right-hand man, ma'am. He is your employee back then. Even i'm, your leader were a Malaysian but I'm representing Italy." Nada sarkastik dilemparkan pada wanita tua itu.
"No! I will sell my shares to Haline Axel! I have my rights, so does she!" Wanita itu keluar dari bilik itu di ikuti pengawal miliknya.
To be continue...
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...