27 | MARAH

381 36 6
                                    

Ariana bersandar ke kepala katil. Tangan masih memegang bahagian perut yang terluka. Masih terasa sakit. Raid yang merenungnya tajam beberapa jarak dari katil. Ariana tentang pandangan Raid dengan rasa gerun. Rambut Raid yang agak tak terurus jelas menunjukkan lelaki itu tertekan dan marah.

"Raid." Panggil Ariana takut.

"Apa yang kau cuba buat ni?" Tanya Raid dengan nada beku.

"Ana... naik ke atas. Dia dah ada dekat sana. Ana tak boleh patah balik sebab dia perasan Ana dekat situ." Jelas Ariana takut.

"Kau boleh telefon aku, Ariana!" Marah Raid.

"Tapi... Dia dah dekat dengan Ana." Ariana menunduk.

"Shit! Kalau apa-apa jadi pada kau, aku takkan biarkan dia hidup!" Raid menengking kuat. Tangan dihentak ke palang katil. Ariana tersentak.

"Kalau dalam situasi macam ni! Aku nak kau berundur. Bukannya lawan. Kau tak sayang nyawa? Tak sayang aku!? Aku separuh mati risaukan kau." Suara Raid masih keras.

"Apa yang aku nampak dekat CCTV, kau tak ada langsung niat nak berundur tapi kau lawan." Raid memeluk tubuhnya.

"Aku minta dengan kau, jangan bahaya kan diri. Selagi kau boleh lari, kau lari." Raid hentikan renungan tajamnya.

"Higanbana tu kuat, Ariana. Aku suruh kau belajar ilmu pertahanan diri sebab bila aku tiada kau boleh pertahankan diri kau sendiri." Raid berkata tegas.

"Tengok apa yang dia dah buat pada kau! Kalau lagi teruk macam mana?" Kata Raid lagi. Ariana hanya menunduk dari tadi. Sedar salahnya. Dia sepatutnya cuba larikan diri.

"Kalau kau mati sebab berlawan dia. Aku.. takkan maafkan... diri aku." Raid dekatkan diri lalu memeluk Ariana erat. Dia sembamkan wajahnya pada bahu Ariana.

"Maafkan Ana." Ariana menangis. Tangannya juga membalas pelukan Raid.

"Aku takut Ariana, aku takut. Aku takut hilang kau lagi. Aku tak nak Higanbana dekat dengan kau. Aku tak nak kau terlibat dalam dunia macam ni. Aku takut, Ariana." Raid mengumam perlahan di bahu Ariana. Semakin erat pelukan Raid pada Ariana. Jelas mengatakan dia tak mahu kehilangan Ariana.

"Tolong, jangan buat aku hilang nafas macam ni Ariana. Semua benda ni tak kelakar." Raid merayu lagi. Ariana mengangguk laju.

------------------

"Raid marahkan Ana lagi ke?" Ariana berdiri di tepi Raid yang sedang fokus menghadap laptop itu.

"Raid." Panggil Ariana. Raid diam. Dia tarik jarinya dari keyboard. Memperbetulkan urat- urat yang sudah berbelit itu.

"Raid penat?" Tanya Ariana. Dia mendekati bahu Raid. Mengurut perlahan sekaligus memujuk suaminya itu.

"Sikit." Raid balas ringkas. Terpejam matanya menerima urutan lembut Ariana. Bahu yang tegang itu perlahan- lahan mengendur.

"Nak air? Ana buatkan." Tawar Ariana. Raid yang terpejam membuka matanya. Dia pusing kerusi mengadap Ariana.

"Tak, aku nak peluk." Raid menarik Ariana duduk di atas ribanya. Ariana selesakan diri atas paha Raid.

Raid memeluk Ariana perlahan, takut menyakiti Ariana yang belum sembuh. Kerutan di dahi mula hilang. Ariana usap rambut Raid perlahan. Sebelah tangan lagi dia usap belakang badan Raid.

"Sebenarnya, Ana ada benda nak cakap." Beritahu Ariana. Raid angkat kepala memandang wajah Ariana.

"Apa?" Tanya Raid.

"Ana rasa, Higanbana dua orang berbeza." Kata Ariana takut. Raid berkerut sedikit. Maksudnya, dua orang dalam satu watak?

"Kenapa kau cakap macam tu?" Tanya Raid.

"Raid ingat tak, pertama kali dia serang pusat latihan?" Tanya Ariana. Raid mengangguk.

"Ana sempat bergelut dengan dia. Ana rasa dia lelaki tapi semua orang tahu dia perempuan. Bentuk badan dia lain. Cara lawan dia lain. Perwatakan dia lain." Terang Ariana. Raid terdiam.

"Perwatakan dia lebih kasar dan brutal macam lelaki. Kita jumpa dengan dia, malam daddy hampir mati." Ariana mengingatkan Raid.

"Lagi satu watak?" Tanya Raid. Tapi memang betul dia bergelut ketika mengejar Higanbana, seakan pertarungan lelaki.

"Perempuan. Malam pelancaran senjata, dia jumpa Ana. Dia lebih gila. Lebih pyscho. Dia pandai manipulate Ana. Dan semalam pun macam tu. Ana rasa takut dan seram sangat dengan dia." Terang Ariana lagi.

"Ana rasa, ana syak seseorang. Walaupun daftar darah dan cop jari diorang tak sama. Tapi Ana rasa dia bijak tukar maklumat." Ariana mengusap rambut Raid.

"Kau rasa diorang siapa?" Tanya Raid. Ariana mendekatkan diri pada telinga Raid lalu dibisik. Raid memandang seakan tidak percaya. Ariana mengangguk yakin.

"Kau pasti?" Tanya Raid lagi meminta kepastian.

"Kemungkinan dia tinggi." Ariana dengan yakin menjawab. Raid terdiam lama berfikir. Ariana terkebil-kebil suasana sunyi itu.

"Dah lah tak payah fikir." Ariana sembamkan muka pada dada Raid. Jari menguis bahu Raid.

"Raid marahkan Ana?" Tanya Ariana lepas beberapa minit mereka berkeadaan begitu.

"Herm tak." Jawab Raid. Belakang badan Ariana juga dikuis dengan jari.

"Ana minta maaf susahkan Raid." Pinta Ariana. Bibir mencium leher dan pipi Raid sekilas.

"Aku maafkan. Tapi tolong jangan bahayakan diri kau lagi." Raid raih dagu Ariana lembut. Ariana angguk perlahan.

Mata Raid memerhati bibir merah Ariana. Pandangan mula bertukar redup. Raid mengusap- usap lembut bibir merah Ariana. Muka Ariana mula memerah.

"Raid." Panggil Ariana perlahan. Raid dekatkan wajah perlahan sebelum dikucup lembut bibir merah Ariana. Lama.

Dari tangannya memegang dagu Ariana bertukar memegang belakang leher Ariana. Memperdalamkan ciuman. Tangan Ariana terketar-ketar menahan dada Raid yang sudah sedikit agresif itu.

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan pintu.

Terlepas tautan bibir pasangan tersebut memandang pintu bilik. Alif sudah tersengih gatal.

"Maaf menganggu tapi King nak jumpa kau, Haze." Alif memberitahu pada Raid. Ariana bangun dari riba Raid. Wajahnya yang merah itu ditekup dengan tangannya.

Raid mendengus geram. Masa nilah Rayyan nak memanggilnya. Dia bangun dari kerusi kasar. Tak puas hati. Tunggulah Rayyan, dia kerjakan sampai lunyai abangnya itu. Menyibuk.

Alif di tepi pintu sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi marah Raid. Nampak sangat.










To be continue...

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now