Ariana duduk di atas sofa bersebelahan Datin Arya sambil sibuk dengan telefon bimbitnya. Raid di hadapan langsung tidak dipandang. Dia masih sakit hati dengan pergaduhan mereka sekarang. Kalau ikutkan hati, dia ingin terperuk dalam bilik. Tidak mahu bertemu siapa-siapa.Entah kenapa Rayyan minta semua untuk turun kerana ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Dato' ilham juga turut ada di situ sedang bercakap-cakap dengan Raid. Ariana mengeluh perlahan. Penat menunggu.
Selang beberapa minit barulah Rayyan turun bersama Hanna dan Alex. Alex melambai ke arah Ariana apabila gadis itu memandangnya. Ariana hanya memaparkan senyuman.
"Maaf menunggu." Pinta Rayyan. Alex dan Hanna berjalan ke arah luar. Tidak ingin masuk campur.
"Ariana, sebenarnya ini tentang korang berdua." Tanpa basa-basi Rayyan memula bicara. Dato' ilham mengangguk tanda memberi izin kepada Rayyan.
"Pasal kami?" Tanya Ariana dengan debaran.
"Abang cadangkan, Ariana dengan Raid kahwin secepat yang mungkin." Kata Rayyan mencipta reaksi pada muka Ariana. Raid hanya beriak biasa. Mesti mereka sudah berbincang terlebih dahulu.
"Abang Ray, situasi kami sekarang ni tak baik. Ana tak nak kahwin dalam keadaan macam ni." Ariana bangun dari duduknya. Dia tidak mahu kalau berkahwin dalam keadaan dirinya bertentang angin dengan Raid.
"Abang faham. Tapi keadaan sekarang bahaya. Seseorang perlu jaga Ariana lebih dekat." Rayyan memandang Ariana dengan serius.
"Macam mana kalau Abang Ray upah je bodyguard. Diorang boleh jaga Ana. Raid pun tak payah susah-susah jaga Ana." Ariana memberi solusi.
"Ana pun ada mama, papa. As a parent, diorang boleh jaga Ana." Ariana memandang Dato' ilham dan Datin Arya.
"Sebenarnya Ariana.... Kami pun tak mampu nak jamin keselamatan kamu sayang. Mungkin dengan bersama Raid, kamu boleh selamat." Datin Arya bersuara. Bukannya dia tidak kesal. Tapi dia dan suaminya turut diancam bahaya. Ada baiknya mereka menyerahkan Ariana kepada Raid.
"Ma." Ariana pandang Datin Arya.
"Ariana, terima lah. Kami pun tak termampu nak jaga kamu." Kata Dato' ilham. Pandangan Ariana beralih ke ayahnya.
"Mama dengan papa nak lepaskan Ana macam tu je?" Ariana sedikit berkerut. Dia tak sangka ibu bapanya akan setuju.
"Ini saja cara yang ada." Balas Datin Arya.
"Ariana, can we talk?" Tanya Raid setelah lama berdiam diri. Tangan dihulurkan pada Ariana. Ariana menggeleng.
"No. Ana tak nak." Tolak Ariana. Dia sudah penat dengan pergaduhan.
"Ariana, you should talk to your future. Kami buat semua ni untuk Ariana." Suara Rayyan kedengaran.
"Ariana." Mohon Raid. Ariana menenangkan diri sebentar sebelum berjalan ke luar rumah. Raid ikut dari belakang.
"Duduk." Mereka berhenti di bangku berhadapan kawasan agak lapang. Ariana duduk. Raid berdiri di hadapan Ariana. Mereka diam seketika. Ariana hanya memandang ke arah lain.
"Kenapa kau tak nak terima cadangan Rayyan?" Tanya Raid memulakan bicara.
"Ana tak nak dalam keadaan macam ni." Balas Ariana tanpa memandang Raid.
"Disebabkan keadaan ini, kita kena kahwin." Raid mendekati Ariana. Dia melutut ke rumput. Tangan Ariana digenggam. Mata memandang Ariana.
"Kau.. masih cintakan aku?" Tanya Raid. Ariana pandang Raid.
"Kenapa tanya soalan yang Raid dah tahu jawapannya?" Ariana bergumam.
"Aku cuma nak pastikan dan dengar lagi sekali dari mulut kau." Mata Raid penuh berharap.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
AksiyonTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...